Monday, July 27, 2009

Pendakian yang tak pasti

Petang isnin minggu lepas, pendakian bermula dengan berjalan kaki dari kaki bukit sehinggalah ke pertengahan bukit melalui laluan tanah merah diselang-seli dengan lori-lori hantu yang membawa tanah dan membawa bersama debu-debu merah sekaligus melekat ke baju kurung anggunku lantas menyebabkan kulitku mula terasa kegatalan.
Kenapa tak bawak kereta ke site. Hello!!!.........opis aku mana ada sediakan four wheel drive..noway aku nak mengorbankan kereta antik ku melalui jalan2 tanah merah itu. Walaupun aku rasa kereta ku mampu meredahnya tetapi utk menyelamatkan keempat-empat absober daripada diganti, baik aku letakkan kereta ku diam-diam di kaki bukit. Aku rela berjalan kaki dari aku terbang 5 6 rat. Apa barang....lagipun sepatutnya client la yang bawak we all tengok site...lagipun kita orang bukan construction company maaaa............
Oh! tidak....cuaca masih lagi terik bila kami sampai...tetapi alhamdullilah mula beransur redup. Mungkin sebab aku posa ari tu.....hehehehe...Masalahnya jerebu agak tebal tika dan saat itu lantas aku mula termengah-mengah menyedut udara yg agak tidak baik utk kesihatan tetapi demi tugas nak buat camno...redah ajer la.......




Bapak besar punya batu!!!!!...ini kalau p site masa diaorang tengah letupkan bukit mau hancur kepala biarpun sekeras mana topi keras yang korang pakai. Masa aku tengok jajaran batu kapur yang terbentuk seperti tulang belakang dinasour kat belakang site ni, aku teringat kat bawah ni. Kalau la bole diukir semua muka Perdana Menteri Malaysia kat situ...mau jadi isu besar nih........hehehehe......





Dia ni tak ada kena mengena dalam ini cerita tapi sebab dia sama nama dengan Mount Rushmore kat atas tu. Rushmore dgn Reshmonu kan ker lebih kurang aje..hehehehe....
Akibat dari berjerebu di Kemensah Height dan berhujan asid di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Khamis membawa ke Ahad aku demam...............sedey....

1 comment:

JHaZ KiTaRo said...

salam dari pelajar di bumi eire.. blog hopping..