Sunday, July 5, 2009

Baby's Day Out - Part 1

Petang Jumaat baru-baru ni, anak sedara aku yg baru datang dari Kota Kuala Muda, Kedah dok ajak p ronda2 ke Zoo Negara. Laa...apa ke heinya nak p sana?? Saje jer ngah, kami nak tengok gajah...Lupa lak nak tanya si udin, kat kedah tak dak zoo karrrr...
Ok la sebagai memenuhi hajat dia...aku pun setuju. Masalahnya..aku kena bawak budak2 yg berumur 2 tahun hingga ke tingkatan 2 yg kesemuanya berjumlah 6 orang. Masalah ke-2, mak bapak depa tak ikut...bole ke aku handle semua budak2 ni....Rasa macam membawa rombongan tadika pulak..harharharharhar...

Sesampai di zoo, alhamdullilah cuaca agak redup then tak ramai orang. So bebudak ni nak berlari kesana sini aku tak berapa risau sangat sbb keberangkalian mereka2 ni berlanggar dgn pengunjung zoo yg lain adalah 20% sahaja. Kebetulan masa kami sampai ada pertunjukkan burung kakak tua dan singa laut. So kitaorg layan pertunjukkan ni sebelum explore binatang2 lain.
Dihadapan pintu masuk.
Hei,..masa p sini aku dok teringat cerita P.Ramlee tajuk "Masam-masam manis'...pheh!! orang dulu2 dating kat zoo tu...So aku buat lawak dgn bebudak tu..Aku cakap "hangpa lepaih ni kalau balik Kedah tak dak la orang kunun ek"...
Lin, ipah, amin, eisya, dennis dan udin

Bila tengok rimau ni teringat lak adegan dalam cerita P.Ramlee - "Labu labi". Bila si Labi mimpi jadi tarzan Malaya dan si Labu jadi harimau yg tak ada ekor, siap boleh bagi salam dan bole bergayut kat akar pokok seberang air. Antara dialognya..."eh! rimau pun reti bagi salam"...."aku rimau sekolah daaaa....." cengitu la lebih kurang.

Macam body builder...berketul2 muscle dia...


Ini mak hippo dengan anak hippo jantan yg baru lahir April baru-baru ni. Dari belakang macam ba alif ba ya...sebab badan dia warna pink.

No comments: