Friday, August 7, 2009

Kau pergi jua

Rabu minggu lepas aku mendapat perkabaran dari adik aku di Setiawan yg ibu mertuanya telah meninggalkan alam fana ini. Al-fatihah utk allahyarhamah.
Pagi itu lebih kurang jam delapan, aku meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Arah tujuan adalah ke Kg. Pasir Panjang, Setiawan, Perak Darul Ridzuan utk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah serta keluarganya.
Aku exit di Bidor lantas menggunakan jalan lama ke Teluk Intan. Dari Teluk Intan aku ambil laluan menyeberang Sg. Bernam untuk ke Sitiawan/Lumut.


Hidup ini umpama menyeberangi jambatan, kalau kukuh jambatannya ada kejayaan yang menanti diseberang sana, kalau goyah jambatannya...adakah kita akan sampai ke destinasi???

Sepanjang laluan melalui Lekir, teringat kisah dulu. Masa tu aku masih belajar di UiTM Manjung sekitar tahun 92. Bila time nak balik ke KL, laluan ni la kitaorang lalu. Masa tu masih under construction, sepanjang laluan lebih kurang 15 kilometer, jalannya masih berbatu kerikil (crusher run). Bergegar seluruh badan mengikut rentak bas. Itu dulu......sekarang boleh pecut..tapi awas ada perangkap laju...jangan sesuka hati nak berdesup desap. Sekitar jam 11 pagi kami pun sampai le ke Kg. Pasir Panjang.

Jenazah dikebumikan selepas zohor diiringi dengan curahan hujan seolah-olah menangisi pemergian orang tersayang. Selepas selesai segalanya, kami pun bertolak balik ke Kuala Lumpur. Tapi mak request nak ke Lumut...memandangkan aku kena pegi jauh (kemana?...nanti la aku cerita), so harapan mak itu tak dapat la aku nak tolak.






Tak ramai orang pun kat sini, mungkin hari bekerja kut....Another request dari mak...dia nak makan ikan bakar...aduii...mana la aku nak cari kedai ikan bakar ni...maklumlah bukan familiar sangat...hehehehe..lagipun baru pukul 5 mana ada kedai yg bukak lagi...tapi nak seribu daya..tak nak seribu dalih...puas juga la aku explore lumut...last2 aku jumpa kat Bandar Baru Seri Manjung...Peh!!! sampai 2 ekor ikan sekali kitaorang order...terlepas kempunan mak.....

Hidup ini bak satu perjalanan yang ada penghujungnya.
Dari Allah kita datang kepadaNya juga kita kembali.

No comments: