Wednesday, July 22, 2009

Kerana sebiji kelapa


Kerana sebiji kelapa telah menyebabkan banyak pihak sengsara. WHY!!!.........

Semalam masa abah on the way balik dari Ulu Yam ke Gombak ikut Jalan Hulu Yam Sg Tua, tiba2 kelapa yg dibawanya didalam bakul motor telah memboloskan diri. Menyebabkan kelapa itu tergolek-golek diatas jalanraya.

Menyebabkan sebuah kereta telah memberhentikan keretanya secara tiba-tiba di tengah jalan sekaligus menyebabkan sebuah motosikal yang berada disisi kiri kereta tersebut telah melanggar side mirror membuatkan motor itu jatuh ke jalan raya. Alhamdulilah, si penunggang motor cuma luka sikit dan motornya tak ada rosak atau pecah. Sang kereta, pemandunya ada sedikit terperanjat tapi side mirror dia ada calar sket. Aku tak boleh imagine kalau kejadian diatas lebih tragis sehingga menyebabkan kematian. Simpang malaikat 44....

Waima bagaimanapun kesemuanya kena ke balai, buat report. Moral of the story...

1. Jangan bawak lebihan muatan ketika memandu motosikal.

2. Jangan bawak kelapa, durian atau buah-buahan keras yang lain.

3. Berhati-hati dijalanraya sebab malang tak berbau.

4. Kena la aku jemput abah kat balai polis ulu yam sebab malam makin larut. Abah dah la tak berapa nampak, nanti jadi benda lain lak. Nauzubillah. kami bertolak dari ulu yam lebih kurang jam 11.30 malam. So aku follow belakang motor abah yg ditunggang oleh yeop sipan. Seram beb...jalan ulu yam tu kan ker sunyi...kalau aku pecut tinggalkan dia, sapa2 tah yang akan jadi penumpang. Heheheheeeeeeeeeeeeeeeeee.......Dalam pada tu aku sorang ajer yang nampak ada seekor kuda hitam nak lintas jalan...sedangkan mak, abah dan pida tak nampak apa2 pun.....

1 comment:

nohas said...

Mcm di alam misteri pulak (versi keliwon),hmm...kuda hitam melintas, ada tak putera raja..hehe..Alhamdulillah, selamat sampai..