Friday, January 23, 2009

Paya Indah Wetland

Masa aku road tour dgn trainee inspect 6 lots of development land dari KL-Puchong-Pulau Meranti-Dengkil-KL ditengah mentari yg terik menyengat termasuk kesilapan masuk simpang menyebabkan aku terpaksa membuat satu perjalanan yg agak jauh utk sampai ke Dengkil dari Pulau Meranti Puchong. Macam biasa masa on the way nak balik aku lalu kat kawasan ni. Well, normal sifat ingin tahu mengatasi segalanya. Wonders gak apa sebenarnya yg dikatakan Paya Indah Wetlands ini.
Paya Indah Wetland telah dirizabkan sebagai Rizab Tanah Lembap dibawah Kanun Tanah Negara dengan keluasan meliputi 450.76 hektar. Terletak kira-kira 15 kilometer dari KLIA dan 8 kilometer dari Pekan Dengkil. Terdapat 4 ekosistem/habitat di kawasan ini iaitu sistem tasik, hutan paya gambut yang telah dibalak, tanah tandus hasil dari aktiviti perlombongan dan juga Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Terdapat 14 buah tasik disni. Banyak flora dan fauna kat sini. Kira banyak la hidupan liar yg kita tak pernah nampak ader kat sini. Binatang yg memang hidup dikawasan tanah lembap.
Paya Indah Wetland adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Aku difahamkan Paya Indah Wetland ini tidak dibuka untuk orang awam. Tetapi utk kawasan yg dilabel sebagai rekreasi, buat masa ini orang ramai boleh datang. Kemasukkan adalah percuma tetapi terhad kepada kawasan yang dinyatakan sahaja (Sila rujuk kepada pegawai bertugas). Walaupun terdapat chalet, ia disediakan hanya utk kegunaan badan2 kerajaan sahaja. Related agency seperti NGO berkaitan maksudnya yg berkaitan dengan hidupan liar mempunyai saluran tertentu untuk mengadakan sebarang aktiviti spt WWF @ seangkatan dengannya. Dengan kata lain memang tidak dibuka utk orang awam. Tetapi ada pelajar2 universiti yg mengadakan aktiviti disini bagi maksud pembelajaran. Aku ader tanya kalau aktiviti seperti family day boleh ker dibuat disini. Petugas tu cakap tak boleh. Kalau utk sehari sahaja bagaimana? Dia kata boleh la cuba tulis kepada Penguasa Paya Indah Wetlands utk sebarang pertanyaan kat sini piw@wildlife.gov.my
Kaunter penerangan

Seekor Merak yg sengaja dilepaskan disekitar kompleks pentadbiran

Kawasan kompleks pentadbiran


Salah satu tasik iaitu Tasik Typha

3 ekor badak air (Hippopotamus amphibious) berasal dari Afrika

Petunjuk arah

Tasik Kemuning dimana buaya tembaga (Crocodylus porosus) duduk dalam ni.

The main entrance



Broucher

1 comment:

nohas said...

Bila dialihbahasakan kelakar gak bunyinya "Rizab Tanah Lembap"..wetland rasa mcm glamor je..apa2 pun berbanggalah dgn bahasa kebangsaan kita..