Hajat bondaku sempena kelahiran latest cucundanya adalah mengadakan majlis cukur jambul setelah genap sebulan dilahirkan. Maka sabtu lepas termaklumlah impian mak. Just a simple majlis and further more nak test gurindam baru Putera-Puteri yang aku catit semasa sekumpulan warga emas sedang mengadakan majlis berendoi di kampung ari tu.
Juadah yang disediakan
Anissa Fatihah a.k.a Fatimah Zahra
Wahai Putera, Wahai Puteri, Tidurlah Anakanda, Yang Dikasihi ;
PUTERA-PUTERI
Wahai Putera, Wahai Puteri, Tidurlah Anakanda, Yang Dikasihi ;
Buai Diayun, Berpegang Tali, Anakanda Menangis, Pujuk Diberi ;
Pejamlah Mata, Pejamlah Sayang, Buai Diayun, Tali dipegang;
Janganlah Anakanda, Resah Gelisah, Bonda Disini, Sentiasa Ada ;
.
Wahai Anakanda, Yang Cantik Rupa, Cantik Manis, Dipandang mata;
Siang dan Malam, Bonda Berjaga, Takut Anakanda, Terkena Bahaya;
Wahai anakanda, Cahaya Mataku, Tidurlah Sayang, Pandang Tak Jemu;
Jangan Menangis, Tersedu-sedu, Bonda Buaikan, Bertalu-talu;
.
Wahai Putera, Wahai Puteri, Tidurlah Anakanda, Yang Dikasihi;
Buai Diayun, Berpegang Tali, Anakanda Menangis, Pujuk diberi;
Setiap Masa, Bonda Berdoa, Kepada Allah, Bonda Meminta;
Supaya Anakanda, Sihat Sejahtera, Makan Minum, Bondalah Jaga;
.
Wahai Putera, Wahai Puteri, Tidurlah Anakanda, Yang dikasihi;
Buai Diayun, Berpegang Tali, Anakanda Menangis, Pujuk Diberi;
Bonda Berpesan, Janganlah Lupa, Biarlah Sampai, Anakanda Remaja;
Ayah dan Ibu, Janganlah Derhaka, Biarlah Jadi, Anakanda Bahagia;
.
Darilah Kecil, Hingga Dewasa, Bonda Membela, Setiap Masa;
Jauhlah Dari, Bala Bencana, Selamat Anakanda, Hidup Didunia;
Tidur Putera, Tidur Puteri, Tidurlah Manja, Yang Dikasihi;
Buai Diayun, Tidak Berhenti, Anakanda Menangis, Susu Diberi.
1 comment:
Signature dish mesti ada...harapan ibubapa kepada anaknya memang tinggi..sayangilah & doalah mereka
Post a Comment