Sunday, August 31, 2008

Selamat Memerdekakan Diri Dan Beribadah diBulan RAMADHAN

Awal pagi aku dah telefon kedua anak saudaraku, konon2 nak expose depa bagaimana acara sambutan kemerdekaan diadakan apabila tibanya 31hb Ogos. Aku nak ajak depa p dataran merdeka. Nak tau apa kata depa, " Ala tengok kat tv lagi best ngah, tak payah bersesak2, terjengkit2 dan yg penting tak penat dan tak kena panas". Aduh! betapa anak2 zaman sekarang. Ni bukan riak ek, masih ku ingat masa zaman sekolah2 menengah dulu bila 4 tahun berturut aku participate dalam perbarisan menyambut hari kemerdekaan (pandu putri), yeop pun ader participate, pida n faizin juga. Yg tak der arwah fariz dan fahmay. Punya la berkobar2, (bangga beb! bila lalu depan Yang Dipertuan Agung dapat tabik hormat). Sanggup tunggu kat sekolah pukul 5 pagi sebab kena sampai kat dataran merdeka pukul 6.
Sampai tang anak sedara, depa boleh cakap macam tu. Hasilnya dalam tv, bila camera shoot certain faces, yg keluar gambar sapa?, anak2 pendatang asing indonesia dan mat2 bangla. Kita ni sambut hari kemerdekaan negara malaysia ker negara Indonesia.
So memandangkan hari ni tak der apa2 aktiviti menarik, so pida ajak aku menyambut hari merdeka di Nilai 3. Ok gak . Utk perhatian tuan2 dan puan2, sapa2 yg nak p sini pastikan anda bawak cash banyak2 ek. Bukan aper, kalau dah sampai, mintak mahap ek...bank tak der kat sini ek...yang ader 2 atm machine sahaja. Satu alliance bank nyer, satu lagi bank rakyat nyer yg terletak didalam restoran marry brown.
Mat bangla kedai tu siap cakap datang sini bawak cash sajer, credit card bole pakai tapi bukan kat semua kedai.


Macam2 ada...

Ultraman pun boleh sesat kat sini. Harharharhar....aku rasa banyak rasaksa kat nilai ni kut.

Mr. banana pun ader
Ni kulit kayu manis. Trend sekarang jadi perhiasan lak. Kalau masuk rumah bau kayu ni mau pening beb....

Tekstile walk


Amin dapat motor elektrik. Ok gak offer price RM159. Kat sini aku tengok hari tu dlm RM359.

Entry ini merupakan entry aku yg terakhir utk first month bagi beginer macam aku ni. Hope u all enjoys. Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani ibadah puasa dan ibadah sampingan. Ampun maaf jika ader yg menyakiti hati.

Nak p terawih. Fadhilat hari pertama terawih...baca sendiri la ye....SALAM........

Friday, August 29, 2008

Bukit Belachan

Date : 29/08/2008
Route : Ofis-Jalan Ampang-Bukit Belachan-elevated highway-opis

Hari ni ada satu tugasan di area2 Bukit Belachan. Korang tau ke kat mana bukit belachan ni. Kenapa dinamakan bukit belachan, itu korang kena tanya orang-orang tua kat situ, if they still alive la...Kawasan ni tak der kena mengena dengan belacan penang or belacan melaka ek...

Sited at the end of Jalan Ampang, kalau ikut kilometre lebih kurang dalam 16 km from city centre. Banyak dah membangun. Kawasan perumahan baru tumbuh macam cendawan. Kawasan sedia ada seperti kampung tradisional like Kg. Lembah Jaya, Kg. Bukit Sg Puteh, Taman Lembah Jaya Selatan dan Kg. Tasik Tambahan (just few names). Taman yg poplar kat sini Taman Kosas and Bandar Baru Ampang. Sapa2 yg nak shortcut ke Hulu Langat bole guna jln ni. Jalan Ampang disambungkan dengan jalan baru (nak kata lebuhraya tak gak, jalan biasa jer, diaorg panggil Ampang-Ulu Langat trunk road). Sapa2 nak p Menara Tinjau utk menikmati panorama Kuala Lumpur di waktu malam boleh gak, ader juga tempat makan2 kat sini -western food. Jalan ni end kat pekan Batu 14, Hulu Langat. Lepas tu kalau nak pegi kawasan mandi-manda macam area2 pangsun, sg tekala, etc, boleh la ikut jalan ni.



Tepi2 belah kiri Jalan Ampang dalam Batu 5.5 ke Batu 7, semua dah berubah. Dulu2 banyak illegal workshop dgn kedai. Now no more. Dah digantikan dengan bangunan sederet yang dinamakan Ampang Waterfront. Macam2 ada, namakan saje, restaurant, furniture shop, car showroom, etc

Ampang Waterfront. Belakang bangunan ni belakang dia ader sungai runs parallel.

This is new Ampang Waterfront-phase 2 (just completed). This one nearer to Bukit Belachan.

Kalau korang lalu Jalan Ampang sampai end, korang akan sampai ke Taman Rimba Ampang. Nampak macam kena bayar. Tak pasti berapa, RM2 utk kereta n RM1 utk motosikal. (Alaa...utk bayaran parking, kalau KLCC tu boleh bayar takkan nak riadah tak boleh bayar sket). Cukup la utk menampung kos pembersihan sket - walaupun tak berapa bersih sangat). Tak silap nun jauh ke dalam ader perkampungan orang asli (kalau salah tolong betulkan ek...)

Main entrance


Carrefour pun ader kat sini wooo....tak payah la penduduk kawasan ni p jauh2.

Lori siput ni nak menunjukkan ader aktiviti cement plant kat sini. Difahamkan dah wujud sejak 30 tahun dulu. Tapi mungkin kena akur dengan pembangunan sekitar, jumlah aktiviti kena dikurangkan. Biasa la, orang malaysia ni kan ker suka komplen. Abuk banyak komplen, bunyi bising komplen (mana tak nyer, kalau bangunan2 dibina terlalu hampir dengan kawasan plant ni!!) - nanti tak der simen nak buat bangunan, korang jugak yg susah, sebab construction material mencanak naik, harharharharhar. Tak kan tak tau requirement for development. Waima nyer, apa2 pun bagi maksud kepentingan awam kena la berkorban sket ek...(ye la bila ader cement plant tentu melibatkan aktiviti letupan, silap2 gaya ader batu yg melayang kena atas atap rumah atau menimpa seseorang). Dulu depa duduk sini sorang2 jer, tapi la ni kena akur dengan pembangunan sekeliling, walaupun pemaju tanah bersebelahan begitu rakus hendak membangunkan tanahnya biar pun kawasan tu kawasan berbukit....untung besar meniaga maaa....


Untuk ke kawasan yg aku cerita kat atas, korang boleh guna jalan biasa iaitu Jalan Ampang or kalau nak mengelak jem or nak cepat sampai boleh guna Prolintas (singkatan utk projek lintas langsung eh silap sebenarnya projek lebuhraya bertingkat atau sekarang dikenali sebagai Ampang -KL Highway or AKLEH. Highway ni dok lalu atas sungai. Toll RM1.50 one flow.

Masjid Wilayah

On the way balik dari sierramas, tengok jam dah pukul 1.30pm rupanyer, maka tahap kelaparan memang tak boleh nak cakap, nak sampai ofis lambat lagi so kitaorg decide singgah kat sini utk meredakan irama yg berkemundang di dalam perut kami.

Ni Medan Selera Duta, sebelah bangunan kerajaan Jalan Duta n menghadap Masjid Wilayah.

Lepas makan, macam biasa, snap2 gambor Masjid Wilayah. Sape tak pernah pegi angkat tangan, harharharharharhar........




Sierramas west

Date : 28/8/2008
Route : opis-sungai buluh toll-sierramas-opis

Ni bukan tugasan aku sebenarnya, sekadar menemankan opismate yg tiba2 rasa seram-seram sejuk utk inspect satu rumah kosong kat sini. Tugas macam kami ni selalunya bersendirian. Kalau kena inspect agriculture land, masuk la sorang2 (maksud aku berdua ajer la dgn client, but since satu incident 8 tahun lepas bila lebih ramai client dari valuer, boss aku decide no more agriculture land valuation especially kena masuk hutan banat, kalau terpaksa, kena pegi 2 orang dari opis-marabahaya wooo....- u all just just imagine when u have 4 guys and 1 women in 1 car. One of the guy ask u, if we did something to u, what is ur reaction since we r in the middle of jungle. Speechless beb, what that girl say, "whatever u all want to do, i akan bertahan ke titisan darah yg terakhir, senang cerita, kat dunia u all bole lepas, kat akhirat tak bole, Allah will always be with me, insyallah n i'm sincerly here to do my job, my boss know where i am and who i meet, kalau i mati, u all kena gak. Menggigil tak usah la nak cakap and that girl is ME, alhamdullilah, lega bila aku selamat sampai ke opis dalam keadaan safe n sound). Since that kena hati2 tengok client, rasa mencurigakan hantar valuer lelaki- masalahnya lelaki tak nak buat kerja ni, SEBAB gaji ciput beb!, baik depa joint property management or developer. Kalau inspect property yang tak der plan, terbongkang-bongkang la tarik tali tape sorang2 (hemmmm....biasanya utk building besar kitaorg pakai laser measurement - canggih maaaa n speed sket). Kalau ader budak praktikal senang sket, bole la suruh depa tolong tarik tape, susah2 sgt suruh aje client tolong pegang. Ok gak daripada depa melangu tak buat aper, tak kan tengok jer kot!

Berbalik kepada kes kat atas, since rumah kosong kena la p berdua. Opismate tu pompuan, aku pun pompuan tp sebab badan aku lebih besar sket dari dia, kira ader rasa safety la kut....Cheh...Waima bagaimanapun, sebagai seorang muslim, nak masuk mana2 tempat kita telah diajar utk baca la apa2 ayat yg patut, tak boleh hafal semua, baca la ayat kursi, bagi salam dan jgn main redah terus masuk, have to make sure and peka with ur surrounding, mana tau kalau terpaksa lari, lari...(always stanby).

Sierramas west ni located across North South Expressway. Access is via Jalan Sungai Buluh or can be exiting at Sg. Buluh interchange via PLUS expressway. The main entrance to sierramas development is approximately 500 metres from the above toll plaza. Sierramas west is a guarded and gated development and part of whole Sierramas development. Other include Villamas and Vallencia Sierramas.







Sierramas west guarded and gated development. Nak masuk sini via appointment, tak boleh main redah jer. Kalau terpaksa, the guard will call the respective house ask if they know this visitor. If yes, baru allowed to enter. Kitaorg yg dapat masuk (i mean for tugasan) dan after finish inspect the respective property nak round keliling especially looking for comparables pun kena hati2. Abis, requirement by boss have to snap photo of the comparables (w have to do this as help to analysis the value of the subject property), nama pun gated and guarded, so orang2 yg duduk kat sini tentu ler kaya2 beb. They will call the guard and ask to investigate bila nampak kitaorg snap2 gambar. Cheh! macam la kita nak rompak rumah dia.

Quote of the day

Date : 26/8/2008
Venue : Faber Tower Jalan Kelang Lama

Sementara menunggu client dtg utk memulakan mesyuarat (kena tunggu dekat 45 min wooo, sebab depa tengah mesyuarat lain...tapi tak pe -kena sabar maa....), aku n fren dok merapu meraban cerita pasal hal perkara2 berbangkit kat opis aku. So sudden Mr. E, terperasan this...., so kita kongsi ler bersama2 ek





Tiket parking kereta ni bukan ada kaitan dgn quote kat atas. Cuma aku tengok ayat yg digunakan. Ader ke pastikan kereta kita TERKUNCI, suppose bukan ker kena "PASTIKAN KERETA ANDA DIKUNCI". Kalau dah terkunci, sure kita tidak dapat membukanya, lepas tu ader la yg jadi macam MacGyver...(apa2 la.....)

Tuesday, August 26, 2008

Sepagi di KLCC

Date : 24/08/2008
Venue : Short course at Masjid As-Syakirin KLCC
Time : 9.00 am
Walaupun baru sampai dari kuala kangsar jam 1.00 pagi tadi (dah jadi habit dari dulu kalau balik dari kampung ke KL, aku suka bertolak 11.oo malam keatas, mak n abah dok menyembang dulu, aku lelap jap)
Sebabnya
1. Keta tak banyak sangat,
2. bole pecut laju sket, ala paling tinggi 120 km/p - kadang2 lebih sket, harharharharhar mana boleh laju kalau bawa mak n abah,
3. tak banyak singgah - maksud aku kat Rawat n Rehat,
4. passenger semua tido - bole concentrate drive, tak der la memekak jer, cuma banyak dengar bunyi snooring, macam irama n lagu lak
5. boleh tengok bas-bas express memecut gila lebih 130 km/p,
6. sunyi - rasa tenang jiwa,
7. Abih, dah banyak sangat tempat persinggahan sebelum balik, bila masa la kitaorg nk bertolak awal balik ke KL
(benda-benda kat atas aku boleh buat kalau balik kampung jer la, utk perjalanan jauh yang memerlukan lebih dari 4 jam, kena la rancang perjalanan, letih woo....dah aku sorang jer yg jadi pilotnye...)
Aku, mak n abah ada kursus jangka pendek sket kat masjid as-syakirin. Bukan kursus nikah kawin ek....

Ni KLCC korang sure tau kan


Ni le Masjid As-syakirin



Photo atas tu semua bahagian dalam masjid

Memandangkan kamera yg aku pakai cikai jer, tak nampak la terang sangat background KLCC dari kubah masjid ni. Klu aku dpt kamera canggih sket, aku snap ek...


Kalau korang perasan macam ada iras2 ruang kat Masjid Ubudiah kan. Kalau tak ade, anggap la salah satu senibina yg unik ek....

Dibalik pohon kemboja

Balik Kampung - 1

Date : 22/08/2008 - 23/08/2008
Route : Kuala Lumpur - Ipoh - Kuala Kangsar - Kuala Lumpur

Petang Jumaat aku n family bertolak ke Kuala Kangsar utk menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu kat sana. Majlis perkahwinan ni merupakan majlis yang pertama dalam family pak anjang. Memandangkan anaknya ke-4 empat lelaki, so lepas ni kiranya kitaorg akan jd rombongan yg menghantar pengantin dan pak anjang akan sentiasa pening memikirkan nak top-up duit hantaran kepada pihak perempuan bagi pihak anak lelakinya. Harharharharhar.....


Ini tol Jalan Duta
Ini gantry bila nak sampai Tanjung Malim, kat behrang

On the way ke Kuala Kangsar, aku singgah sebentar kat Pasir Puteh, Ipoh. Ada kenangan sebenarnya. Disinilah aku mengenali orang yang lebih 20 tahun mengabadikan diri menjaga kebajikan anak2 spastik, anak2 yatim dan orang2 tua yg daif. Tanah sebelah rumahnya diwakafkan utk tujuan anak2 spastik dan anak2 yatim mendapat perlindungan sepenuhnya. Walaupun tak besar tetapi betapa bersyukurnya anak2 itu.
To Kak Mah, hope u will be always stronger n stronger....Luv u....

Selepas singgah di Ipoh, aku ikut jalan lama ke Kuala Kangsar. Memandangkan hari dah malam, so aku decide utk singgah melepaskan penat di Klebang. Memandangkan mak dah lama tak jumpa adik bongsunya, kita orang bermalam la kat sini.
Suami mithali ni, tolong kukur kelapa. Harharharharhar...
Bukan tak boleh beli kelapa yang dah sedia di parut kat kedai, tapi pak su cakap kalau guna kukur ni lebih asli, santannya lebih pekat....

Kalau korang pernah tengok, topi ni selalunya digunakan oleh mandur2 didalam estet getah. Just imagine pakai topi ni, pakai seluar pendek besor atas lutut, stokin panjang sebelum lutut, kasut getah dan kayu sebatang....ronda2 di Kuala Lumpur.
Macam era2 zaman sebelum Jepun lak.

Kawasan Klebang ni dulunya banyak estet getah, tetapi sekarang banyak bandar baru telah dibangunkan. Antaranya Klebang Putra, Klebang Permai dan banyak lagi. Developer tersohor seperti Emkay. Aku tak boleh buat catitan banyak, pilot maa....nanti tertwist stereng haru.....korang cek la sendiri...harharharharhar....

Ni Pekan Chemor

Ni pulak cement plant kat Kanthan. 8 tahun lepas aku pernah buat penilaian cement plant ni. Masa tu bulan puasa. Dugaan betul...just imagine dengan abuk simennya, kena ukur bangunan lg sebab tak de plan, kena panjat silo n tower lagi....
Cabaran, cabaran,cabaran....tu la sebab setiap kali lalu kat kat sini aku mesti teringat kisah lalu nyer.

Rumah pengantin perempuan yg kitaorg nak pegi ni kat Kampung Ribu, Kuala Kangsar. Sebanyak 7 kereta mengantor pengantin lelaki. Masuk dalam tu...jalan sempit muat satu kereta jer...kalau selisih kena squeeze, squeeze le sket....
Ni rumah tempat kitaorg transit sebelum p rumah pengantin pompuan. Bukan jauh pun sebelah rumah jer. Cuba korang tengok siling dia....tak payah pakai plastered ceiling, fairfaced concrete or mineral suspended board, guna kain perca yg disambung-sambung jer, Cool beb...
Jimat kos n senang nak dapat (cuma kena rajin jer...)

Closer view, eh silap close-up (tu bahasa valuer), siling kain perca.

Ni ler pengantin lelaki, muda belia lagi baru umur 22 tahun

Rombongan pengantin

Ni dodol dengan wajik

Kuih yg biasa bila ader kendurin kawin, kuih bangkit n bahulu ikan