Friday, April 30, 2021

Rindu

Assalammualaikum,

Dah confirmkan tak boleh rentas negeri untuk pulang beraya.

Teman tak dapat bayangkan perasaan rakan2 sepejabat dan blogger sekelian tak dapat berjumpa dengan orang tersayang.

Sedangkan teman yang mak dan abah duduk di Key Ell sinun bila ada arahan tak boleh masuk KL, dah libang libu tak tentu arah.

Tambah pula ke-dua2 tak berapa sihat lately.


Mak sekarang dah tak berkerusi roda..tapi kaki masih tak berapa kuat sangat.


Abah macam tu la lagi...

Tahun ni teman request untuk mak n abah berhari raya di Putrajaya...dah 3 minggu pujuk ni...
Adik mak pun tengah pujuk..sebab maksu duduk di Kajang..dekat la klu mak n abah beraya di rumah teman. Adik-beradik abah yang duduk di Puchong pun request benda sama.
Tapi tu la hati orang tua..dia nak duduk kat rumah dia juga...hmmmm...


Wednesday, April 28, 2021

16 Ramadhan

Assalammualaikum,

Remang-remang senja lepas berbuka...


Nikmat apa yang kau dustakan...

Nikmat mata...lantas mulut sebut Subhanallah...


Tuesday, April 27, 2021

Istifar

Assalammualaikum,

Hari ini teman kena banyak istigfar banyak-banyak.


Scenario 1

Awal pagi tadi dlm pukul 8 sepatutnya dah gerak ke Banting, ada court hearing pkl 9 pagi. Pukul 8.20 staff berkaitan, sorang pun tak munculkan diri. Bila call tak angkat. Hantar message tak jawab.

Last-last teman ambik semua report berkaitan, balik rumah ambik kereta, pecut...140 to 150km/j...sampai kat Banting lagi 5 min pukul 9. Otw tu..Depa2 yg lambat tu dok call..mmg teman tak jawab la...gua tengah concentrate memandu laju maaa...harap2 tak kena saman. Yea..sebab teman yg kena present. Gilo kalau sampai lambat.

Disebabkan kamu-kamu, maka perbicaraan ditangguhkan ke pkl 9.45. 

Alhamdulillah tak kena sound dengan Pentadbir Tanah. Buat malu  kat client and company jer...tak professional. 

Alhamdulillah lg bila amount menepati target. Sejuk sket hati...

Mau jer nak dendang lagu Demi Masa by M.Nasir


Scenario 2

Bila kerja-kerja penilaian dah siap..maka kena rajin follow up dengan client untuk payment.  Kerja siap dlm 2 minggu..tapi payment dapat dalam setahun. Gilooo...

Sepatutnya ada 2 payment besar minggu ni. 8 minggu lepas bahagian kewangan client kata semua in order n sedang tunggu Q. 6 minggu lepas, Q dah nak dekat and payment can be made before end April. 4 minggu lepas pun benda sama. 2 minggu lepas call kata minggu ni release payment. Minggu lepas call pun kata awal minggu ni release. Tup-tup hari ni call boleh lak koa cakap minggu depan. Koa rasa...Allah. Orang nak bg duit raya sket kat staff la..Dah 3 tahun tak dapat apa2.

Boss besar dok push dari 4 minggu lps. Camno nk cakap ni...mau tak dapat gaji bulan ni..Allahhumasolialamuhammad..

Sunday, April 25, 2021

Miniatur

Assalammualaikum,

Petang semalam ada tugasan macam biasa. Dapat arahan dari mem besar untuk hantar 10 kampit beras ke Masjid Al'Ansar. 


Lalu Jalan Jelatek..eh bangunan ni dah nak siap la..

Lepas tu ke area kg baru, cari juadah untuk berbuka..mak suka bebenor makan urat keting...

Jalan sekitar2 super jem. Orang ramai berbelanja di Jalan TAR. Ekonomi tak berapa bagus pun..ramai yang membeli-belah yea. Yea la..apa pun yg jadi..raya tetap raya kan...

Sambil berbuka sambil layan si amin dengan mainan dan ipadnya...


Spidey and mc queen, kecarrr..kecarrr..kecarrr...

Thomas pun ada...

Uolls..jangan nak rentas negeri raya ni yea..nanti ultraman taro fireee...



Thursday, April 22, 2021

Tanah tersepit

Assalammualaikum,

Apa nak buat dengan tanah yang terletak diantara dua pembangunan atau diantara dua infrastruktur utiliti.

Dari segi nilai, berapa?

Dari segi kegunaan macamana.



Tuesday, April 20, 2021

Istilah Bercinta atau Benci-ta

Assalammualaikum,

Hehehehehe...tajuk takde kaitan dengan isi.

Memandangkan lapuran penilaian bagi maksud pengambilan balik tanah di buat dalam Bahasa Malaysia so ada istilah dalam Bahasa Inggeris perlu dialih bahasa kepada istilah yang sesuai dengan maksud penilaian itu sendiri.

Sebenarnya boleh sahaja lapuran penilaian bagi maksud yang sama dibuat didalam Bahasa Inggeris. 

Well, orang putih ka, orang coklat ka, orang biru ka..kita kan orang Malaysia!!! -petikan kata2 Susan Lankaster dalam filem Mekanik.







Monday, April 19, 2021

Me time with family

Assalammualaikum,

Sabtu dan Ahad. 

Sessi berbuka puasa bersama keluarga.

6 Ramadhan - Anak2 dan cucu2 datang rumah. Berbuka puasa bersama papa/tok pa dan mak/nenek.

Hakikatnya mak korang ada kat ofis sepanjang hari. Lagi 10 minit nak berbuka baru sampai rumah.

Meja makan letak tepi, bentang tikar mengkuang..duduk la semua kat bawah.

Sekali dah azan berkumandang, air sejuk dan air panas tak buat lagi. Adoiiii...

Best part bila anak2 jantan solat jemaah dan bertarawih sama kat rumah.


Keesokkan harinya, 7 Ramadhan- mak korang pulak nak berbuka puasa dengan mak/opah dan abah/atok beserta dengan anak bongsu perempuan dan adik serta anak-anak sedara mak korang.



Ayam pop, urat keting, jering, sayur terung, keropok kulit lembu dan udang masak sambal import dari Restaurant Bukit Kapau, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mak masak ikan patin tempoyak dan mee goreng. Bubur lambuk dari masjid al-ansar. Kuih2 beli kat bazar ramadhan depan masjid mindef. Isk..tak kuasa bersesak2 di Jalan Raja Alang tu.  Pun 5.45 petang baru gerak dari rumah. maklumlah kerja-kerja masih banyak kat ofis tu.

Best part bila mak dan abah makan banyak dari biasa. Maklumlah anak kesayangan berbuka puasa sama. Hehehehehehe..


Lepas terawih di surau dan lepak2 dengan mak abah sekejap sambil pekena kopi dan layan filem prebet bujang lapuk kat tv, tibalah masanya untuk pulang.

Rasa-rasa tahun depan dapat berbuka puasa macam ni lagi tak?


Saturday, April 17, 2021

Wordless Saturday

Assalammualaikum,

Orang lepak kat rumah...kita kat ofis siapkan kerja... 


Tiba-tiba nak dengar orang berpantun.


Apa guna kepuk di ladang         
Kalau tidak berisi padi     
Apa guna berambut panjang     
Kalau tidak berani mati     (baru tunjuk gunting dah tadah kepala, cheh!)

Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar 
Hulur senjata kita bertarung  (orang sekarang pakai senjata-api canggih, takpun main ilmu sihir)

Limau bentan di tepi tingkap     
Budak-budak melempar burung 
Harimau di hutan lagi kutangkap    
Inikan pula cicak mengkarung  (adik beradik dgn tokek tak?)

Anak Cina bersampan kotak     
Muatan sarat dengan ragi  
Biar retak bumi kupijak             
Kamu takkan kulepaskan lagi (uishhh...jangan berdendam lama2. Biarpun pedih kasih berpanjangan)


Friday, April 16, 2021

Sunset - 3 Ramadhan 1442H

Assalammualaikum,

Kehidupan ni ditaksirkan dengan pandangan dan sudut yang berbeza-beza, pandang tinggi atau rendah walaupun kita memandang pada objek/benda yang sama.

Senja 3 Ramadhan 1442H.

7.06 malam - macam biasa view sunset dari pandangan balkoni rumah sewa teman. Cloudly and drizzling but matahari still memancorkan cahayanya...



7.07 malam - Teman flip angle kamera hp kat bahagian bawah. Warna bertukar. Mungkin konsentrasi pada bunga mawar kat depan tu. Macam perumpamaan melayu: gajah depan mata tak nampak, kuman seberang sana juga yang nampak...ntahhh...



7.08 malam. - Teman ubah angle balik. Tapi cuba untuk balance-upkan antara dua darjat ni.



7.20 malam - Angle yang sama macam 7.06 malam cuma teman zoom out kan sikit.
gloomy and cloudy. But still nampak lagi matahari tu.


Thursday, April 15, 2021

Bas Mini Legend

Assalammualaikum,

Ingat tak sapa2 yang duduk Key Ell antara tahun 80an dengan 90an.

Kalau ingat tentu biasa kalau nak kemana-mana naik pengangkutan popular, iaitu bas mini.

Perkhidmatan bas mini bermula pada 23 September 1975 dan berakhir pada 1 Julai 1998. Teman baca kat wikipedia yea.

Memandangkan bas ni kecil, biasanya ini adalah pengangkutan yang terpantas untuk sampai kemana-mana destinasi. Setakat naik atas divider jalan tu perkara biasa. Belum lagi cilok mencilok ketika lalulintas sesak. Atau berhenti tiba-tiba sebab nak mengambil dan menurunkan penumpang. Berebut penumpang lagi.

Kekerapan waktu perjalanan dan penumpang yang disumbat macam sardin dalam bas ini adalah perkara biasa. Cuma yang best tambang dia murah. Antara 0.20 sen ke 0.50 sen. 

Teman biasanya kalau balik dari UITM Shah Alam, teman naik bas mini No. 19 dari Central Market nak ke-rumah di Mindef. Kalau kebetulan dapat driver dgn attendant tiket yang duduk dkt2 dgn rumah teman, mereka akan hantar sampai ke rumah. Sbb bas ni perhentian terakhir adalah di depan masjid Mindef sekarang. So kena menapak naik bukit tonggek dua lebih kurang 15 ke 20 min. 


Bas mini ni ada dipamerkan di Muzium Negara.

Teman juga dikhaborkan ada juga yang mengorat awek dan ada yang bertemu jodoh dalam bas mini ni...hehehehehehe..

Wednesday, April 14, 2021

Senja dan trafik ramadhan pertama

Assalammualaikum,

Semalam petang Putrajaya hujan lebat dengan guruh bagai. 

Dikhabarkan juga beberapa tempat sekitar KL dinaiki air serta pokok tumbang.

PARAM pun ada beberapa kawasan dan negeri dilanda ribut. Habis hasil jualan dan khemah diterbangkan angin.

Kita terima dengan lapang dada. 


Trafik depan rumah teman sekitar pukul 6 petang..
uish lama bebenor dah tak tengok kereta bergerak perlahan ni. 


Senja di Ramadhan pertama 1442H

p/s : berbuka apa semalam. Teman cukup ler dengan kurma dan kuih badak berendam.

 

Tuesday, April 13, 2021

Pacat

Assalammualaikum,

Semalam ada site visit dengan pegawai kerajaan.

Kalau nak bina apa-apa struktur atas ban, kena tengok stability of the ban.

Kalau semasa kerja-kerja pembinaan, ban pecah. Maka sebelum ban pecah perlu fikir apa yang perlu dilakukan. Mau tenggelam pokok. Tukar struktur atau alihkan sikit ban tu. Well let them decide. Kita bg professional advice jer.


Biasanya tempat-tempat macam ni mesti ada pacat kan. Yea la..rumput kiri kanan. Ada taliair lagi.


Cakap pasal pacat..malam sebelum site visit tu ada mimpi kaki kena gigit pacat. Eh!!! apa hal pulak pacat masuk dalam mimpi ni.  


Monday, April 12, 2021

Kamera Bergerak

Assalammualaikum,

Selama ini kita tengok kereta google yg collect information tentang jalan2 seluruh dunia.

Hari ni baru tau yang TNB pun ada guna sistem yang sama.

Tapi kenapa residential unit yea.

Ker nak detact siapa yang tak bayar bill elektrik kut.


  p/s : depa guna supercar malaysia tu..hehehehehe

Friday, April 9, 2021

Sweet Tree

Assalammualaikum,

OMG! this week full of makan-makan. Senin Korean Food, Selasa Thai Food, Rabu Mamak's Food and semalam Korean Food lagi...Tapi takpe lah..sempena request dari birthday girl. Kita ikutkan ajer..

Owh, menu tengahari ni Nasi Beryani dari Restaurant Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman. Abis la diet...

Kami ke Sweettree Restaurant  located kat Ampang Utama.



Bingsu Manggo depan birthday girl super sedap. Not so sweet..just nice.


Depa hidang ni dulu sebelum main course sampai...semua sedap...kimchi fresh, lobak putih awesome, ikan bilis ada rasa-rasa sweet sket. 
Boleh re-fill sekali jer yea.



Serving area. Belakang adik2 tu ada lift untuk htr makanan ke tingkat atas. Kedai ni occupy 3 floors. Ground level tapi lot sebelah khas untuk yang nak bakar2. 


Menu ni namanya Kkan Pung Gi.  Recommended by adik waiter manis yg ambil order.
Ada dua flavour biasa atau super pedas. Teman pilih biasa jer..Sedap gila...lepas abis ayam tu kerak2 dgn cili dia pun sedap.



Ni namanya Dol Sot Bibimbap...Gaul2 dulu baru makan. 



Awat la muka cam terperanjat tu. Mana tak terperanjat...bekas besor bebenor...



Ni la isinya...Jjajang Myeon...ala senang kira macam mee kicap.



Menu dia banyak. Klu tak biasa better ask.
Kalau datang sini better datang minimum 3 orang. Knp...sbb portion dia semua besar2. Order satu dua menu dah cukup..boleh makan berempat..kenyang..inshallah. 

Wednesday, April 7, 2021

Tom and Jerry or Tomyam

Assalammualaikum,

Semalam. Keluar rumah 7.30 pagi. Cari rezeki kena la keluar awal yea dak. Klu keluar lambat, lambat la dapat rejekinya...

Meeting pukul 9 kat KKS, dekat pkl 1 baru habis...ronda2..dulu...

Route Carey Island, Jalan Pusara, Banting, Olak Lempit, Dengkil, Southville, Bangi dan last Putrajaya.

Pukul 5.50 ptg baru makan tenghari.


Tomyam super sedap, kailan ikan masin pun sedap...telur dadar kedai tomyam mmg sedap..(klu masak sendiri tak jadi lak..kena berguru dgn tukang masak ni)...sotong goreng tepung tu ada fail sket..but still acceptable...Kedai nama Sophia Garden kat Sek 15 Bangi. Depan balai bomba bangi.


Jom!!!! jalan-jalan naik basikal tua..sambil bawa gong kejut orang sahur tak lama lg ni...


Monday, April 5, 2021

Hujan dan Duit

Assalammualaikum,

Sambil mencari-cari info, tiba-tiba dengar bunyi guruh berdentum mengegarkan kawasan tempat kerja teman.

Terhenti seketika...ok lampu tak padam. Tapi ada kenderaan yang super sensitif berbunyi alarm-nya.

Hujan turun dengan lebatnya...ok..jangan lupa doa...mintak la apa yang berhajat dihati...


Eh!!!..ada pokok baru la atas meja teman.  weet petal floral...mcm bukan nama sebenarnya jer...hehehehehe...teman panggil pokok duit-duit jer la...
mana tau dengan kuasa Allah pokok tu bertukar jadi duit betul.......
Bila mana heboh dalam insta orang gubah duit hantaran jadi bunga rose la..burung belatuk la...ketip sana..ketip sini..ikat dengan dawai, rgolot sana rgolot sinun...last2 duit rosak...uish kalau RM1 takde la ralat sangat...ni note RM100...iskh..iskh..iskh... 


 

Kedai Kopi Kartel

Assalammualaikum,

Jumaat lepas pulang dari kerja. Malam pesta muda-mudi + ronda-rondaan...

Singgah sini pekena kopi n kudap2 sket. Cartel CoffeeShop.

Nun di Bangi Sek 15, berdekatan dengan Bangi Gateway. 

Ingat mafia mana punya tempat...

So far kopi sedap, kek sedap, pasta sedap n salad pun sedap.

'A place where coffee be the Boss' perghhh...tagline kedai...


Boss tengah minum kopi jangan kacau!!


P/s : Ramai yea orang Bangi datang sini.