Saturday, August 16, 2008

Journey to Kota Kinabalu - Part 4

Day 3 (5/8/2008) - Muzium Sabah

Hari ni kami tak tau nak kemana, nak buat hoping island....malas pulak...sebab baru balik dari redang. Lg pun tak der feel nak snoorkeling @ mandi-manda. Last2 kami decide p muzium jer la.....dengar cerita ada rangka ikan paus yg terdampar di Pulau Gaya tahun lepas...

Macam biasa naik teksi, tambang rm12 sampai ke muzium...jarak dlm 5- 7 km kut.....
Entrance fee rm2 seorang. Dalam muzium ni tak boleh ambik gambar.....so hampa la harapan nak ambik gambar tulang ikan paus.....tengok aje la...harharharharhar

Dalam muzium macam biasa la, banyak benda2 ethnic....contoh ; barang2 para sejarah, macamana sabah masuk dalam malaysia, semua suku kaum di Sabah (cara hidup mereka), etc
Ada pulak "terowong masa".......yang ni macam seram2 sket sebab ada keranda....ninininininininininini...(bunyi sound effect twilight zone). Sebenarnya, ada setengah suku kaum diSabah, menyimpan mayat didalam keranda kayu dalam gua2 batu. Ada suku kaum lain simpan mayat dalam takar besar (ala mcm cerita Ali baba dan 40 penyamun tuh). Ayong cakap jgn nak gatal2 sentuh takar2 tu, ada yg ikut balik nanti....

Berbalik kepada gua batu, ditunjukkan juga cara mencari sarang burung layang2 yg dikatakan mempunyai khasiat yg banyak. Maklumlah bila dalam gua suasana nyer tentu la gelap....tu yg seram....harharharharhar

Kebetulan semasa lawatan kami ke segmen diatas, ada lak serombongan warga jepun. So sepanjang kat situ kiranya kami termasuk le sekali dalam sessi kelas bahasa jepun....lagi kecoh bila masuk segmen jepun serang malaya....hemmm....suka bebenor depa nengok gambar tok2 depa.....

Ada gak badak sumbu dan anak gajah yg diawetkan....ek...rasa macam kesian lak....tp kalau tak buat macam tu mcm mana generasi muda nak tau sejarah kan....

Cuma masa dalam muzium ni, fzy rasa macam mengantuk sangat2, sambil jalan boleh nak terlelap....ina dgn ayong cakap kekurangan oksigen....mungkin muzium ni dalam proses pengubahsuaian dan mungkin juga ventilation dia tak berapa bagus sangat....apa2 ajer la ye...

Main entrance of the museum. Berjerebu sket gambor sebab kamera yg diletakkan dalam beg ayong bersama2 botol air 100 plus yg telah disejukkan dalam ice box semalaman.

Keluar dari bangunan muzium, kami decide ke perkampungan rumah2 tradisional suku kaum di Sabah. Tempat ni kena turun tangga sket...ala tak jauh pun dari bangunan muzium.

Jambatan gantung ni lagi "thrill" dari jambatan tamparuli. Bawah dlm kolam tu kut2 adee boya...harharharhar...cabul betul mulut....

Ini salah satu rumah suku kaum di Sabah. Kebanyakkan rumah di buat dari buluh, papan, batang pokok atau dindingnya dari kulit pokok....Ada la rumah panjang...tp tak der apa2 aktiviti di sini....macam perkampungan tradisional! Cuma rumah2 kosong...heh seram lg ni...kami di beri tahu sabah akan lebih meriah bila tibanya Pesta Keamatan sekitar bulan Julai.


Pemandangan di perkampungan tradisional. Dalam kolam yg keruh tu agak2 ade boya tak....harharharhar....



Main entrance gantry nak masuk ke dalam kawasan muzium.

Lepas dari muzium, kami p makan sekali lagi ke centre point. Lepas makan ina n ayong balik hotel tp fzy nak ke branch office.....nak buat spotcheck....harharharhar....saje nak tengok opis n kakitangannya yg seramai 5 orang tu....
Ni la bangunan tempat kitaorg menginap. Warisan Square. Ofis Sabah fzy pun terletak kat sini cuma berlainan blok.

Lewat petang mcm biasa tempat tujuan kami adalah ke Filipino market dgn pasar malam di Sinsuran. Sebelum tu kami nak ambil gambar matahari terbenam macam semalam...tp kali ni di kawasan sepanjang waterfront....Malangnya....matahari diliputi awan...kureng sket la effectnyer....tp walau macam mana pun....subhanallah dan alhamdulilah dgn kebesaran Allah yg menciptakan langit dan bumi ini serta semesta alam....
Tercapai jua impian ayong utk menkelentong budak opis dia yg dia p PERTH. Harharharhar...ader gambar kanggaru pun okey what!!!

Untuk acara makan malam, our Sabah staff Ms Jennifer ajak makan kat Medan Selera Tanjung Aru. Naik teksi lagi....tambang rm15....tp cik Jeniffer kita yg bayar.

Gambar ni diambil oleh adik yg bakar ikan untuk kami. Sebelum tu masa order ikan dia boleh ingat fzy ni orang Penang. Kebetulan lak boss nyer org Penang dan baru setahun bermaustatin di Sabah. Dia dok tanya kat fzy, sebelum ni makan kat mana....sy jwb la kat belakang pasar Filipino sebab fzy dok sibuk suruh adik tu bakar ikan sebelah tu elok2. Fzy ckp la ikan yg kitaorg makan kat sana liat sket....Kakak tu dok peringat gak, lain kali hati2 sket sebab kebanyakkan yg berjualan di situ orang Filipine....mana la tau kan....jeng..jeng..jeng...Abis kami tgk semua sama jer....

Ni la menu kami...Mee kuah, rojak sotong n ikan sebelah bakar...yum..yum..yum....air lak ; ayong air kelapa gelas besar (tak terabis dia sorong, last2 kami lain dok tolong perabiskan), ina air teh 'o', jennifer aka J.Lo air limau 'o', fzy lak air avocado...nyaman gitu...


Lepas makan kami jalan2 sepanjang pantai tanjung aru...J.Lo cakap pantai ni terbahagi kepada 3 phase...tempat kami makan tu dalam Phase ke 3...Phase 2 ke depan sket...Phase 1 lak tempat di mana banyak orang mentenet (i mean tempat org cintan cintun gitu...almaklumlah kawasannyer gelap...hemm...no komen.....)

No comments: