Wednesday, January 27, 2010

Duran Duran Durian

Beautiful Wednesday morning, dengan matahari mula memancarkan sinar di Temerloh setelah semalam hujan turun mencurah-curah.
Luckly, boss besar datang semalam, kalau tidak...mau kena hentam.......sebab penyebab......membawa durian ke dalam opis.....alasan......tak suka bau durian......perception masing2...mungkin ada alasan tersendiri....ye la kalau satu opis bau durian, nanti client datang especially mat salleh mau termuntah depa bila bau durian...itu kalau opis kat KL la....
Tapi kat Temerloh majoriti suka durian...iskh..Pahang kan ker famous dgn durian especially belah2 Bentong dgn Raub. Furthermore, ikan patin masak dgn durian (i mean tempoyak)...kira rugi le sapa tak makan durian....
Durian kat bawah ni datang dari dusun student practical yg tinggal kat Simpang Pelangai. Buah dah hujung katanya.

Sebab staff jantan aku yang sorang tu dah ke Triang, terpaksalah aku menggunakan skil mengopek durian. Peh! berpeloh gak siap mengigil...payah gak nak mengopeknya...tapi bila dah d kopek....isinya seakan warna susu...rasanya....nanti arrr.....gua rasa seulas......


Close up...
Peh! kaw-kaw nyer rasa....
Tapi tak bole le makan banyak2..seulas pun aku dah rasa nak termuntah....
Mungkin sebab aku kurang sihat....
tengok le kalau migrain aku reda...
sebiji pun abis ni
harharharhar

Wednesday, January 20, 2010

Iban Long House @ Rantau Betebang Pakan Wak - Sibu Sarawak

Tanggal 16hb Januari 2010, jam 7.05 pagi (actually delay for 1 hour) kami menaiki penerbangan Air Asia dengan destinasi pilihan ke Sibu, Sarawak. Setibanya di Sibu kami disambut oleh sekumpulan rakan berketurunan iban. Kami dibawa ke RH Hotel di Bandar Sibu untuk sessi taklimat sebelum menuju destinasi pilihan iaitu rumah panjang di Rantau Betebang, Pakan Wak, Sibu, Sarawak.






Perjalanan adalah melalui jalan negeri menaiki kenderaan 4 x 4, kira-kira 2 jam lebih diikuti dengan perjalanan lebih kurang 1 jam melalui jalan tar, kerikil dan tanah merah melintasi perkampungan kaum iban dan akhirnya sampai ke destinasi pilihan iaitu rumah panjang Rantau Betebang, Pakan Wak.



Untuk sampai ke rumah panjang iban, rombongan kami perlu melalui jambatan kecil ini. Jambatan ini nampak macam baru diganti, agaknya sempena menyambut kedatangan kami kut, sebab aku tengok bawah jambatan ini ada lagi satu jambatan tapi nampak dah usang.



Bila aku tanya salah seorang anggota rombongan berapa lama pulak untuk ambik masa sampai ke rumah panjang tersebut selepas melalui jambatan ini, dia kata berjalan kaki kira-kira 30 minit. Fuyooo...jauh tu. hehehehehe...bikin suspen ajer...dekat je, jalan kaki tak sampai 5 minit. Pheh! lega...maklumlah sejak dah obes ni, takut pancit lak...harharharhar...



The Iban warrior. Jangan main-main bawak parang panjang tu.



Ini la ayam yang akan dikorbankan sempena mengalu-alukan kedatangan rombongan kami.

Ada ahli rombongan yang menjerit bila balung ayam dihiris untuk menitiskan darahnya diatas daun beserta barang-barang lain as a ritual menyambut kedatangan tetamu.


Tapi yang lagi ngeri dalam pada dok leka tengok upacara ini diiringi dengan paluan gong, TIBA-TIBA lelaki ini dalam sekelip mata telah menceraikan kepala ayam ini tanpa menggunakan parang. Ngeri wooo...darah memancut-mancut keluar......




Ketua rombongan kena minum tuak.



The long house. Memang panjang gilazzzz...



Gadis-gadis sunti iban dengan pakaian tradisi

Cun-cun wa cakap lu........

Depa kata atas para tu, tulang2 nenek moyang kaum ini diletakkan.



Tarian menyambut kedatangan tetamu.

1Malaysia maaa....



Bukan tarian dangdut atau ronggeng ditarikan oleh pakcik berbaju biru ini.

Tetapi tarian ngajat, tarian tradisi masyarakat iban.


Anak-anak ini menunggu giliran untuk membuat persembahan.

Masa ini makcik2 dgn pakcik2 tengah naik syeikh menari.

Hehehehehehe


Organization chart



Hasil kerjatangan


Gin n tonic

(tuak keluaran tempatan)

(teringat lak dialog si labu dalam filem Labu Labi)



Stylo pakcik ni menari




Betapa unik...semua makanan masak dalam buluh

Tapi maaf la ek...rasa tak lalu bila ayam rebus macam tu ajer

No garam..no sugar...no santan....

Tapi beras pulut tu superb....



Pahlawan iban tu pak lawak jugak rupanya...

Bergelak sakan ahli rombongan dan penghuni rumah panjang dengan aksi sepontannya.


Betapa anak-anak ini mempunyai tenaga yang luar biasa mendayung meredah arus deras.

Kalau aku mau tak bergerak langsung...silap2 terbalik sampan tu.




Kenangan yang dapat dilupakan





video