Sunday, August 24, 2008

Balik kampung 2

Kuala Kangsar - tempat kelahiran mak n abah. Kalau balik ke sana tempat wajib kitaorg singgah adalah ke pekan terutama di kawasan yg di panggil Lembah. Bukan apa kat sini macam2 ada. Yg bestnye boleh pekena cendol dan laksa kuala (laksa kat sini hand made lain la sket rasanya). Kalau dulu setiap kali balik kampung, sebelum balik KL mesti singgah sini, beli cendol penuh satu bekas aiskrim. Tapi sekarang aku rasa cendul dah tak sesedap dulu.

Dulu cendul, laksa n rojak jual tepi bangunan jer, tp sekarang sudah disediakan tempat khas. Memang ramai org boleh makan, tp entahlah....
Klu dulu ais tu disagat, sekarang guna mesin elektrik. Klu dulu santan dan cendol nye likat, sekarang "benyer" jer.
Klu dulu laksa pekat kuahnya, tp sekarang bening aje....hemmm...entahlah....

Kalau lalu jalan lama dari ipoh, lalu la jambatan ni, menyeberangi sungai perak. Ke depan sikit ada simpang masuk ke kampung mak n abah. Sekarang dah ada jambatan baru dekat dengan pekan kuala menghubungkan sayong.


Ni jam besor kat pekan kuala. Kalau ikit jam 3, boleh la ke Lembah atau taman permainan kanak2 serta ke kawasan istana.

Macam mana la jet pejuang ni boleh tersesat kat pekan kuala kangsar. Lumut tu tempat tentera laut...musykil-musykil....

Ni semua orang tahu kan....Masjid Ubudiah, terletak di Bukit Chandan. Mak n abah yg lahir kat sini pun tak pernah singgah n solat kat sini. Biasa la...tempat jauh boleh pegi, tempat sendiri.....lupe....harharharharharhar.....

Siling masjid yg berbentuk hexsagon.

Sapa reti baca jawi....baca...sapa tak reti...tanya orang...ek

Salutan marmar merah bata dan hitam pada tiang masjid. Hem....macam ingatkan aku pada ruang yg sama, tp di mana ya....(tunggu entry berikutnye ek...)

Lampu dan pagar, melambangkan kesultanan perak

Pandangan sisi masjid

Subhanallah, sungguh cantik seni binanya.

Si adik kecil yg tak sabar untuk menikmati aiskrim potong

Lepas kitaorg beli, ramai pulak yg mengerumuni pakcik aiskrim ni. Alhamdullilah rezekinya

Ni replika labu sayong. Kat kuala kangsar ni banyak replika labu sayong. Kalau pegi sg. siput akan nampak replika siput sedut. klu p area2 kantan nampak la replika telur burung unta n tepak sireh (tepak sireh!!!!!!)

Bukit ni terletak sebelum sampai pekan sg. siput kalau kita dari kuala kangsar. Ia dinamakan batu bersanding. Ada mitos sebenarnya. Konon2 dulu ada sang kelembai, kalau dia tegur benda mesti jadi batu. Satu hari ada la org kat situ buat kenduri kahwin. Mcm biasa sang kelembai ni akan menegur....tu yg nampak sebelah kiri macam cucuk sanggul perempuan, yg belah kanan macam tanjak lelaki. Apa2 la....mitos je ekk.....

Jam ni kalau korang tengok bukan ada apa2 yg istimewa kan?. Tapi jam ni dah ada sejak aku kecik lagi...kira2 dah lama usianya, dekat2 30 tahun. Arwah abang sepupu aku pernah cakap, jam loceng ni la yg mengejutkan orang2 kat taman indah suruh bangun sembahyang subuh. Aku masa tu memang percaya abis, siap tunggu nak dengar bunyi locengnya....Cheh!, idup-idup aku kena tipu. Well, kenangan....lagi tak boleh lupa bila arwah dan abg sham bawak aku n pida naik basikal tua pegi masuk kekawasan wad orang gila di tanjung rambutan. Pak sedara aku tu warden kat situ, so kitaorg boleh la masuk kan....
Yg tak bestnye bila kitaorg kena kejar dgn orang gila...mencecet lari, nasib baik tak kena peluk. tu la usik lagi, balik depa kena marah dgn pakwe n makwe...harharharhar....
Kepada arwah zoulkarnain, al-fatihah utk beliau.
p/s : utk orgbukit, bila nak masuk entry kampung u. Org KL lak yg cerita pasal kmpg dia...harharharhar

2 comments:

orangbukit said...

Masa balik kpg tak sempat nak tangkap2 gambo..next time, InsyaAllah. Tmpt jatuh lagi dikenang, inikan pula tmpt bermain..

fzy fuzzy said...

yes u r right, ambik gambar istana kuning ek. peace