Friday, August 29, 2008

Bukit Belachan

Date : 29/08/2008
Route : Ofis-Jalan Ampang-Bukit Belachan-elevated highway-opis

Hari ni ada satu tugasan di area2 Bukit Belachan. Korang tau ke kat mana bukit belachan ni. Kenapa dinamakan bukit belachan, itu korang kena tanya orang-orang tua kat situ, if they still alive la...Kawasan ni tak der kena mengena dengan belacan penang or belacan melaka ek...

Sited at the end of Jalan Ampang, kalau ikut kilometre lebih kurang dalam 16 km from city centre. Banyak dah membangun. Kawasan perumahan baru tumbuh macam cendawan. Kawasan sedia ada seperti kampung tradisional like Kg. Lembah Jaya, Kg. Bukit Sg Puteh, Taman Lembah Jaya Selatan dan Kg. Tasik Tambahan (just few names). Taman yg poplar kat sini Taman Kosas and Bandar Baru Ampang. Sapa2 yg nak shortcut ke Hulu Langat bole guna jln ni. Jalan Ampang disambungkan dengan jalan baru (nak kata lebuhraya tak gak, jalan biasa jer, diaorg panggil Ampang-Ulu Langat trunk road). Sapa2 nak p Menara Tinjau utk menikmati panorama Kuala Lumpur di waktu malam boleh gak, ader juga tempat makan2 kat sini -western food. Jalan ni end kat pekan Batu 14, Hulu Langat. Lepas tu kalau nak pegi kawasan mandi-manda macam area2 pangsun, sg tekala, etc, boleh la ikut jalan ni.



Tepi2 belah kiri Jalan Ampang dalam Batu 5.5 ke Batu 7, semua dah berubah. Dulu2 banyak illegal workshop dgn kedai. Now no more. Dah digantikan dengan bangunan sederet yang dinamakan Ampang Waterfront. Macam2 ada, namakan saje, restaurant, furniture shop, car showroom, etc

Ampang Waterfront. Belakang bangunan ni belakang dia ader sungai runs parallel.

This is new Ampang Waterfront-phase 2 (just completed). This one nearer to Bukit Belachan.

Kalau korang lalu Jalan Ampang sampai end, korang akan sampai ke Taman Rimba Ampang. Nampak macam kena bayar. Tak pasti berapa, RM2 utk kereta n RM1 utk motosikal. (Alaa...utk bayaran parking, kalau KLCC tu boleh bayar takkan nak riadah tak boleh bayar sket). Cukup la utk menampung kos pembersihan sket - walaupun tak berapa bersih sangat). Tak silap nun jauh ke dalam ader perkampungan orang asli (kalau salah tolong betulkan ek...)

Main entrance


Carrefour pun ader kat sini wooo....tak payah la penduduk kawasan ni p jauh2.

Lori siput ni nak menunjukkan ader aktiviti cement plant kat sini. Difahamkan dah wujud sejak 30 tahun dulu. Tapi mungkin kena akur dengan pembangunan sekitar, jumlah aktiviti kena dikurangkan. Biasa la, orang malaysia ni kan ker suka komplen. Abuk banyak komplen, bunyi bising komplen (mana tak nyer, kalau bangunan2 dibina terlalu hampir dengan kawasan plant ni!!) - nanti tak der simen nak buat bangunan, korang jugak yg susah, sebab construction material mencanak naik, harharharharhar. Tak kan tak tau requirement for development. Waima nyer, apa2 pun bagi maksud kepentingan awam kena la berkorban sket ek...(ye la bila ader cement plant tentu melibatkan aktiviti letupan, silap2 gaya ader batu yg melayang kena atas atap rumah atau menimpa seseorang). Dulu depa duduk sini sorang2 jer, tapi la ni kena akur dengan pembangunan sekeliling, walaupun pemaju tanah bersebelahan begitu rakus hendak membangunkan tanahnya biar pun kawasan tu kawasan berbukit....untung besar meniaga maaa....


Untuk ke kawasan yg aku cerita kat atas, korang boleh guna jalan biasa iaitu Jalan Ampang or kalau nak mengelak jem or nak cepat sampai boleh guna Prolintas (singkatan utk projek lintas langsung eh silap sebenarnya projek lebuhraya bertingkat atau sekarang dikenali sebagai Ampang -KL Highway or AKLEH. Highway ni dok lalu atas sungai. Toll RM1.50 one flow.

No comments: