Thursday, August 21, 2008

Mon't Kiara Development

Dulu2 masa aku kecik-kecik, development kat area sini tak la sehebat macam sekarang. Kebanyakkan adalah kawasan hutan dan perkampungan serta beberapa housing scheme kecil.

Tapi 10 tahun kebelakangan ni bangunan2 tumbuh macam cendawan. Tambahan pula jaringan jalanraya seperti Penchala Link, Sprint Highway dan Jalan Duta....lagi la hebat.

Dulu Taman Sri Hartamas kitaorg panggil tempat jin bertendang, la ni....usah cakap...sebab dgn kewujudan Mon't Kiara, kawasan sekitar turut sama membangun terutama kawasan Segambut. Ingat lg lepas abis belajar, masa tu kawasan segambut tengah di bangunkan, banjir kilat usah la nak cerita. Jalan Segambut kebanyakkan rumah2 tradisional. Tenggelam la sket...tp sekarang tak der la lg....Klu ada pun...biasa la...KL ni kan ker selalu kena banjir kilat.

Kawasan yg dulunya hutan dibina high-density condominium, service apartment, guarded and gated detached houses as well as offcie block. Nama2 seperti The Residence, Mont Kiara Bayu, Puncak Kiara, Mont Kiara Banyan, Kiara 1888, Vista Kiara, Casa Kiara, Amarin Kiara, Kiaramas Ayuria, I-Zen Kiara, Lanai Kiara, Solaris Mont Kiara (banyak lg list nama ).

Siapa sangka kawasan hutan yg ditumbuhi pokok getah tua, market value cuma RM2 - 3 psf, sekarang mencanak ke RM100 psf or more.....Nape la kita tak der tanah kat sini ek....

Photo : Ihsan HCS map

2 comments:

orangbukit said...

High density = traffic jam + parking problem

fzy fuzzy said...

parking no problem sesangat tp sesak sebab jalan alternatif tak banyak