Hemmm, quite some times dah tak p area sini. Dlm pukul 8, my mom and my sis buat komplot nak ronda2 kawasan masjid india pada pg sabtu lepas. "Kamu ada pegi mana2 tak pagi ni ngah", since all my anak2 sedara seramai 9 orang tu call me angah instead of mak ngah, so melekat la nama tu sampai sekarang. Itu la soalan yg dikeluarkan oleh ibu tersayang setiap kali dia ada occassion ke mana2. Ingat nak buat operasi kemas rumah tapi bila mak dah buka mulut adalah menjadi kewajipan untuk menunaikan permintaannya. Kecuali mmg ada halangan yg maha berat serta tak dapat dielakkan, "angah minta ampun mak kalau2 tak dapat penuhi hajat".
So tepat pukul 9.30, four of us (my mom, me, pida n nurul) headed to masjid india. Park my car dkt open space facing Menara Multi Purpose dlm RM5 per entry. Senang nak keluar ke jalan Munsyi Abdullah dan yang penting utk elak kesesakan. Pagi2 ni tak banyak kereta, pilih je la parking lot mana yg berkenan.
Kitaorg jln slow2 sepanjang jalan masjid india. Pertengahan jalan singgah jap kat Jakel textile. Konon2 nak tengok2 le latest design. Maklumlah raya kan ke dah nak dekat. Tak de beli apa2 pun. Nama pun window shopping.
Tudung2 termasuk kain-kain berbagai corak, jenis, design bergantung-gantungan terutama di sepanjang Lorong Tuanku Abdul Rahman. (lorong ini digunakan sebagai tapak pasar malam pada setiap hari sabtu). Walaupun baru pukul 10 pagi tapi orang ramai la juga tapi tak la sampai tahap sesak.
Destinasi akhir kami adalah ke Wisma Yakin yng terletak berhadapan dengan Masjid India. Tujuan kitaorg ke sini bukan apa, mak hanya nak beli kain ihram untuk abah. Insyallah, jika dijemputNya, kami bertiga (mak, abah n me) akan berangkat keTanah Suci mengerjakan umrah akhir bulan 9 ni dan jika diizinkanNya berhari raya disana. "Ya Allah Ya Tuhanku jemputlah hambamu yg kerdil ini menjadi tetamu mu...Aminnn..."
Sementara menunggu mak n my sis masuk dari satu kedai ke kedai melihat kain ihram, fzy lebih senang melihat gelagat peniaga dan orang ramai yg berpusu-pusu dengan urusan masing2. Selain dari itu menghayati senibina Masjid India itu sendiri.
Entahla, dulu masa fzy kecik2 dan remaja belia Masjid ni nampak biasa2 je. Kalau tak salah, khutbah Jumaat dalam bahasa Urdu. Sesuai dengan peredaran zaman, masjid ini dibesarkan untuk menampung jumlah jemaah yang makin ramai. Cuma mungkin terhimpit dengan kehendak zaman dan kehendak golongan peniaga, ruang hadapan masjid yang dulunya jalan ditukar menjadi ruang untuk orang berniaga, mcm flea market gitu. Disediakan ruang berbumbung untuk keselesaan orang ramai. Jadi isu bila tiang2 dan bumbung tersebut menutupi appearance masjid. Tetapi apabila mendapat bantahan dari orang2 disitu, barulah sebahagian ruang yang terletak betul2 dihadapan tangga masjid dibiarkan tanpa bumbung dan dikosongkan dari sebarang aktiviti berasaskan perniagaan. Adakah manusia kadang2 terlalu tamak? Hemmmmm.......bak kata nabil...lu pikir la sendiri.....
Selesai mendapat apa yang dihajati, pida n nurul cakap diaorg tak makan apa2 lagi so kami singgah makan ikan bakar di medan selera, betul2 bersebelahan pasaraya Mydin. Makanan disitu taste dia ok la....Hemmmmm...terpulang pada selera masing2, sedap pada kita mungkin tak sedap pada orang lain.....
Kami ke Semua House cuci2 mata tp dekat 2 3 pasang jugak la kami sambar baju. Baju2 kat sini murah2 gitu.
Setelah hampir 4 jam ronda2 area Masjid India kami ambil keputusan balik ke rumah. Mak tak larat jalan sangat setelah hampir 3 minggu kakinya bengkak dihempap anak lesung batu. Ada hikmah sebenarnya, kalau mak n my sister bergabung mau sampai ke petang atau membawa ke malam kami akan berada di sini. alhamdullilah.....
No comments:
Post a Comment