Assalammualaikum,
Just sebagai jurnal dalam blog ni.
Abang Gebu diserang sawan. Yes..sawan!!!!...
Serangan 1 : Semasa balik ke KL sbb teman ada meeting. Tak pasti kenapa..malam lepas makan AG tidur...tiba2 AG bangun..masa kena mulut herot..air liur tersembur2..teman picit2 hujung telinga..dalam 3 minit macam tu..AG ok..teman ingat kena 2nd stroke..nak bawak ke hospital..tak maunya..cuma malam tu kami tak tidur..AG kerap bangun kencing..so berjaga la teman dan anak sedara..so far ok. Masa teman meeting, anak sedara update yg dia dgn Tokudo aka Abang Gebu jalan kaki dari Quill Residence ke area2 Maybank Chowkit..nak jumpa kawan2 dengan makan ayam penyet kat Kedai Jawa..masyallah..
Punca tak pasti apa..mungkin penat akibat travel..sebenarnya kami baru balik dari KL cuti raya..masa first dgn second day Raya, kami mmg jalan sakan..AG makan pun takde pantang..balik KT kemudian dalam beberapa hari kena ke KL balik..sebab ada meeting..kebetulan gilir2 memandu dengan anak sedara..so AG duduk belakang..mungkin faktor cuaca..Kuala Terengganu panaih lit-lit wooo..masa singgah di Gobang Maju, Temerluh..teman tengok AG macam tak ok..tapi selera makan tetap A...abis la ikan talipia dgn petai..tambah pula dengan air batu...
Bila balik KT semula, teman ni macam tak sedap hati..so ke kecemasan bila AG mengadu yang muka sebelah kanan kebas..memang kena tahan wad la..doktor kata untuk pemantauan 24 jam..sekali 3 hari daaa... Masa ni teman ambil caregiver lelaki untuk jaga..bagus budaknya..dari nursing school UIA Kuantan. Sentiasa update teman setiap sejam.
Bila balik ke rumah, ada juga ambil caregiver lelaki..tapi hmmm..berbeza betul dari yg jaga kat hospital...dari CCTV teman tengok dia duduk depan jer..main phone. Takde nak jengok pesakit yang dalam bilik...Agaknya dia tengok pesakit boleh jalan sendiri..Makanan pun teman order pakai grab.
Serangan ke-2 : Seminggu lepas keluar dari wad, pagi tu AG ada first appointment dengan doktor neuro. Mereka macam pelik, tak sampai setahun, tak kan kena 2nd stroke..lagipun makan ubat cair darah....musykil2..lepas jumpa doktor dan ambil ubat, kami pun balik rumah.
Selalunya teman akan ke ofis slps mana2 appointment..macam biasa AG akan tinggal sorang2 kat rumah....tapi hari tu macam berat jer nak ke ofis....lepas makan n solat..AG tidur dalam bilik. Teman ada kat ruang tengah, check report staff. Tiba2 dengar suara AG...Allah..kena lagi..tapi kali ni dengan tangan kanan keras..kali ni picit telinga tak jalan..teman tengok mata AG belah kanan berdarah..ahhh..sudah..suasana tu dalam tempoh lebih dari 5 minit..then tgk AG macam normal balik tapi tak sedar....teman ni panggil la jiran sebelah..takde orang pulak. Kebetulan ada budak perempuan kutip derma..teman mintak dia masuk teman AG dalam masa yang sama teman call ambulan. Sekali ambulan mintak tunggu depan sekolah sbb mereka tak pasti nak masuk lorong mana satu..
Tunggu la budak tu..bila ambulan sampai..dia kata AG dah sedar..tapi macam mintak air..cuma dia tak berani bagi takut tercekik...Petugas jalankan tugas mereka..
Serangan ke-3 : Terjadi semasa AG didalam zon kuning. Masa tu baru doktor tahu penyebab..instead of stroke sebenarnya kena sawan. Terus transfer ke zon merah. Masa dalam zon merah, AG mmg tak sedar...doktor panggil teman..mereka mungkin akan intube..maksudnya AG akan ditidurkan sbb oksigen drop, paru2 macam ada jangkitan sedikit. Sekarang memang mereka tengah bagi ubat sawan serta nak naikkan oksigen. Teman call anak2. Bgtau kondisi ayah mereka sbb doktor nak consent asap. Anak2 serah kat teman untuk decide. Ikut rasa mmg tak bagi intube..teman mmg dah pasrah jer..
Dalam sejam..doktor call balik..katanya mereka tak jadi intube sbb AG dah sedar..cuma AG mengamuk nak suruh buka jarum kat tangan....agaknya sakit masuk ubat..member dah la tak boleh cakap..sekali ada 11 area yang being salatope..ala yg letak kapas bila nak masuk jarum tak lepas..last2 letak jarum kat kaki..
Malam tu terus masuk wad. Memang kena duduk depan nurse la..sebelah tengok pesakit kena intube. Teman tak boleh imagine kalau AG macam tu.
Teman tunggu anak sampai dari Kota Bharu dalam pukul 12 lebih sampai. So dia la take over..teman balik rumah dengan biras dan anak sedara. Kebetulan keesokkan harinya teman mmg ada ambil caregiver..sebenarnya untuk jaga di rumah..so terpaksa la caregiver tu ke hospital..so teman ambil anak, hantar balik rumah..bagi dia rehat.
Teman kena masuk ofis sbb ada GMM..online. 3 hari.
Anak dan cucu yang duduk diPuchong sampai tengahari dengan flight. Dia la yang bawak kereta..antar adik dia serta ambil teman di ofis.
Bagus caregiver ni. Ex-staff nurse. Dia la yang tukar pampers, bersihkan AG, tukar baju bagai. Consult dengan doktor lepas tu sentiasa update teman. Katanya AG kena puasa..doktor tak bagi makan atau minum. sbb nak tengok boleh telan atau tidak..yg boleh buat basahkan bibir jer...mengenali AG mana maunya..dia nak juga minum. Sebenarnya malam sblm tu teman ada la bagi minum sikit..tgk muka kesian..haus betul..ambil risiko..yea la kita tak tau sengsara AG macam mana..letih, frust, sakit..
nak cakap masih tak boleh lagi. Petang baru doktor bagi kebenaran untuk makan..tu pun bubur jer lepas..
Dekat 2 hari AG kena pakai topeng mask ni sebelum mereka tukar yang lekat kat hidung.
Urusan dihospital semua caregiver dengan anak2 uruskan.
Kali ni AG takde la rasa malu..dulu masa mula2 kena, teman jer kena uruskan semua..kali ni redho jer..
Yea la mana la larat teman nak buat semua tu. Sebelum2 ni mmg teman uruskan arwah mak dan abah. Tapi kali ni faktor usia dengan kekangan kerja mmg kena cari alternatif lain. So pesakit pun kena kerjasama lah..
Ni doktor mata tengok kenapa mata berdarah masa kena sawan tu.
Now dah tambah satu lagi ubat..iaitu ubat sawan.
Cuma ubat darah tinggi 3 jenis dan ubat kencing manis doktor discharge..maksudnya tak perlu makan ubat tu lagi..Alhamdulillah..
CAregiver yang sama teman continue servis dia sampai minggu lepas.
So far AG selesa..jadi la sbg teman tengok wrestling..hehehehehe
Dia pun panggil AG ayah..katanya dia teringat ayah dia yang baru jer meninggal dunia bulan 1 baru ni. Teman pun dia panggil mak..so dapat anak angkat sorang.
Dia dapat kerja sebagai lokom trainner untuk praktikal nurse di HSNZ.
Untuk mengelak AG kena serangan sawan, teman ambil helper.
Tengokkan AG dirumah siang. Waktu bekerja dari 8.00 pagi sampai 5.00 petang.
Jumaat dan Sabtu cuti Memasak pun boleh. Kemas rumah lagi la boleh..Cantik sangat.
Takde la asyik nak order A&W hari2..gemor bebenor AG makan nasi aroma, ayam spicy dan mashed potato. Bini dia kan ker bz, mana ada masa nak masak.
Nampak AG pun makin sihat. Cuma semalam kencing berdarah datang balik. Kalau macam tu memang kena pergi ke kecemasan. AG tak nak sbb dia masih trauma dengan jarum. Ke klinik kita. Makan ubat..katanya pagi tadi ada darah, tapi sikit ler..Cuma sekarang memang kena berjaga2..
Ni minggu depan long weekend sempena Hari Arafah, Raya Haji, Wesak dan HBAgong. 7 hari in a row.
Teman tak pasti samada nak balik ke KL atau stay sahaja di Kuala Terengganu.
Kalau stay di Kuala Terengganu, anak di KB nak datang la..
Kalau balik ke KL, teman risau AG kena serangan masa teman memandu..camno nak handle tu..lain la ada orang lain ikut sekali.
Apa2 pun kita tengok minggu depan.
Sebenarnya, setiap kali masuk wad semua orang samada doktor atau jururawat akan tertanya2..
AG ni orang apa???? Teman jawab manusia la sambil gelak2.
Last2 teman jawab. AG ni ada kacukan Cina Pekan Pahang sebelah datuk dan ayah. Mak pulak mungkin mix-blood juga..belanda dan melayu riau.
Tu yang rupa macam orang Turkiye..hehehehehehehe..