Wednesday, June 24, 2026

TRG 23 : Kuda Berlari Terpijak Mawar Berduri Sebelum Jumpa Sirap dan Soda

Assalammualaikum,

Tajukkk..tak nak kalah...hahahahahaha

Lepas kami berdua discharged dr hospital, kesian kat anak dan cucu2. Maklumlah duduk rumah jer...Cuti sekolah pun dah nak sampai ke-penghujung.

So ajak la anak n cucu breakfast di Terengganu Equestrian Resort (TER). Kita western sikit..hehehehehe.

Abang Gebu still dalam mood keluar hospital...so selera tak berapa nak ada..cuma gagah la juga sbb kesiankan cucu..kalau ikut mood dia, memang lepak atas katil jer la...



Lepas TER kami ke Bukit Payung. Singgah di Zetty Roses Garden. Tapi sayang..mereka baru petik bunga-bunga ros yang sedang mekar tu..so kami hanya dapat tengok pokok bunga yang tak berapa nak lebat jer la...tapi ok jer..




Sekuntum mawar merah untuk kekanda...


Warna dan kelopak yang berbeza...

Petangnya AG ajak ke Kuala Ibai. Lepak kat kedai ikan bakar bawah jembatan....
sambil menikmati sotong goreng tepung.


Masa ni air tengah surut, so ramai la yang mandi..


Esoknya ke Pantai Teluk Ketapang..lepak situ sambil cucu main buih sabun.

Lama dah teringin nak rasa makanan di Syrup vs Soda cafe. Maka di satu petang kami ke sana...


Cafe ni opposite jer dengan Kolok Street dan Cintee Cafe.


Portion makanan, besaqqqq ooooo...



Soda Herbsss...yeah..lega tekak..


Monday, June 15, 2026

TRG 22 : Masuk lagi ke rumah tinggi

Assalammualaikum, 

Semasa Hari Raya Aidiladha baru-baru ni, Terengganu cuti 7 hari. Bermula dari 26/5 (Selasa), diikuti dengan 2 hari Hari Raya, sambung dengan Wesak dan birthday rasmi YDPA (1/6). Kalau balik ke KL mestilah best kan sebab cuti panjang. Tetapi teman ambil keputusan untuk tidak pulang. Memikirkan jalan mungkin sesak sbb cuti sekolah kan. 

Berhari raya lah kami berdua di Kuala Terengganu. Kebetulan adik sepupu yang belajar di UMT pun tak balik ke Taiping, so dia lepak dirumah teman. So jadi bertiga lah kami. Teman ni memang takde masak apa2 pun, ketupat waima rendang. Abis-abis pun makan kat luar....Hmmmm...masa raya SEMUA kedai makan di Terengganu tutup gais....ada la satu dua yang buka. Tu pun mujur..kalau tak memang kena masak la teman...

Sunyi betul suasana..pelik pulak teman..then baru tahu yang Kuala Terengganu menjadi meriah selepas raya, sbb kebanyakkan perantau baru balik...dibandor jem gila....kawasan Pasar Payang usah cerita..di Mayang Mall, KTCC...meriah dengan manusia. Staff yang duduk di Bukit Payung, nak datang rumah teman pun stuck..kereta banyak..20 minit jadi 45/50 minit....

Sebenarnya, ada hikmah teman tak balik ke KL. 30 May 2026..pukul 4 pagi, Abang Gebu dimasukkan ke dalam wad, di rumah tinggi (Hospital Sultanah Nur Zahirah), akibat air banyak dalam paru-paru. Doktor suspect masa keluar wad bulan 4 dan mereka pun stop beberapa ubat darah tinggi, so menyebabkan tekanan darah agak tinggi dan air mula memasuki paru-paru. Entahlah..yea la kut..kita ni bukan doktor. Percentage oksigen agak tinggi so kena la pakai topeng CIPAP (macam mencarut kan..mungkin betul..hehehehehe)


Sian nengoknya....macam terseksa jer pakai topeng tu..


Warna air kencing pun jernih jer..


Ni Hari Ke-2. Doktor tukar topeng oksigen.  Ok la sikit nampaknya. 
Macam biasa 48 jam kena puasa dari makanan.

Hari Ke-3, tukar katil. Dan % oksigen dikurangkan sedikit oleh doktor.


Hari ke-4, tukar lagi tiub oksigen dan % oksigen juga diturunkan. 

Kenapa teman ada disitu juga dengan memakai baju hospital????
Hahahahahahaa...lain kali teman cerita. 
Yang penting, hari yang sama kami berdua discharged.