Friday, August 8, 2008

Journey to Kota Kinabalu - Part 1 (continue)

Selepas berehat dan mandi manda three of us decide nak cari makanan utk isi perut. Destinasi tujuan food court @ LG di Centre Point depan Warisan square. Kitaorg makan nasi campur aje, ada la makanan pelik tp sebab baru lg sampai, fzy ambik makanan yg biasa jer.


Food : Ayam madu masak kicap, tauhu jepun n peria goreng

Selepas isi perut, ina ajak cari kedai jual pearl berdasarkan kpd kad nama yg dibawa. Kedai tu terletak di Sinsuran bersebelahan dgn Le Meridian Hotel. Kira-kira bole jalan kaki jer dari Centrepoint.
"Filipino market" juga terletak di sekitar kawasan ini.
Photo : Gadis Filipino penjual pearl

Bandar KK agak panas hari tu. Berpeluh le jugak kitaorg walaupun hanya jalan2 sekitar waterfront area. Fzy nampak sesuatu semasa berada dimarket utk dried food, apakah itu?. Harhahrhahrhar...tak de apa2 cuma kuih paberet, kuih cincin. Lama dah tak makan kuih ni. Dlm masa 3 hari 50 keping kuih cincin fzy makan. Cheh! Melantak betul....


Photo : 3 dara pingitan remaja purba

Dalam pada dok jalan2 tu, rasa haus tahap maksima....nampak pulak berderet2 orang jual air kelapa. Apa lg...sampai 2 gelas fzy pulun....mau kembung perut nanti malam.....

Lepas minum, we all decide balik ke hotel walaupun jam baru menunjukkan pukul 8.30 mlm. Nak jalan lg tapi tak tau nak p mana....Baik la balik, merehatkan diri..........

Day 2- will continue

No comments: