Tuesday, May 25, 2010

Kerana sebiji tayar celup

Malam tadi sedang adik-beradik tayar sebanyak 16 biji sedang bersuka-ria, bernyanyi riang dan bergolek sakan diatas jalan raya atau lokasi tepatnya Jalan Kuala Selangor - Sungai Buloh.




Tiba-tiba salah satu dari tayar itu yang berlainan ibu dan bapa barangkali, kepowwwww...meletup dan tertanggal dari rim tayar . Kepala lori mungkin tak perasan atau ahhhhh!!!! sekadar tayar celup...ada aku kesah!!!!. Lantas kepala lori itu membawa 15 tayar lagi menuju kedestinasi. Maka tinggal lah tayar itu kesejukan sepanjang malam di tepi Simpang Kampung Merbau Sempak.

Subuh menjelma. Si tayar mula terjaga mengharapkan ada orang yang sudi mengambilnya. Sepasang suami isteri yang kebiasaannya menaiki kereta menuju ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari rumah mereka di Saujana Utama, hari ini terpaksa menaiki motosikal kerana motokar berada di workshop akibat dilanggar oleh penunggang motosikal 2 hari sebelumnya.

Sampai di tempat si tayar, tiba-tiba sang suami berkata...eh!eh!eh!..apasal motor depan tu bersimpang siur. Tanpa dapat mengelak si tayar telah dilenyek...hmmm...bukan..bukan...ayat apa yg sesuai ha...yesss...dilangkau...menyebabkan sang suami jatuh bersama-sama isterinya terseret di atas jalan raya.

Dalam keadaan mamai, alhamdullilah masih ada insan yang sudi menolong mengalihkan pasangan itu ketempat lebih selamat, seorang lelaki bangsa India actually. Maklumlah..hari masih gelap...sebelum kejadian lebih teruk berlaku [tahap kelajuan kenderaan-kenderaan yang melalui jalan ini amat marabahaya]. Kebetulan seorang lelaki melayu mungkin hendak ke sekolah berhampiran lantas menelefon ayahnya supaya datang ke tempat kejadian. Kedua-dua pasangan ini dibawa dengan kenderaan ayah lelaki Melayu itu akibat penantian ambulan yang tak kunjung tiba walaupun hospital jaraknya cuma 10km.

Diwad kecemasan, sang suami agak panik sebab kepala dan pipi isterinya berdarah. Pakaian isterinya pun koyak juga akibat seretan tadi. Dan begitu berterimakasih lagi kepada lelaki India itu kerana dia sanggup berpatah balik mengambil beg duit dan handphone sang suami isteri yang d letakkan didalam kontena belakang motor, sambil berkata "Ane! check la dulu kut2 ada yang hilang". Rentetan dari peristiwa itu sang suami dimana,kaki kanan, lengan tangan, bahu kanan dan bahagian kepala d dahi luka. Sang isteri matanya bengkak akibat torehan lensa frameless, bahu kanan, tangan kanan dan kaki kanan juga luka. Alhamdulliah ujian x-ray menunjukkan kedua2 tiada apa2 tulang yang patah dan retak serta gegaran kepada otak. kedua-duanya diberi MC selama 2 hari.

Hampir 1 tengahari semuanya selesai dan pasangan suami isteri dibenarkan pulang oleh doktor hospital.

Berbalik kepada sang tayar, ia masih kekal di situ kira-kira jam 8.30 pagi semasa keluarga sang suami mengambil motor yang ditinggalkan d tepi jalan. Walaupun bagaimanapun, nasib sang tayar tidak diketahui sebab tiada di tempat kejadian semasa keluarga sang suami pulang ke KL dari menghantar pasangan itu di Saujana Utama.

Monday, May 10, 2010

Hilang mentari Ada yang tinggal
Rembulan kegersangan
Yang meratapi Cahaya hujung malam
Dikala sunyi

Hilang kekasih Ada yang tinggal
Pemuja kesepian
Yang melayari Puisi cinta buat sang puteri
Pedihnya hati yang terguris
Kalau bisa terdzahir ke nyata sini
Langit nangis
Oh..oh..oh..

Kerana Dirimu dunia ku terlepas
Kerana Kerana kau ku bernafas
Kerana Tanpamu semangat jadi tewas
Kerana Kerana kau yang teratas

Segala apa Biarpun jiwa
Aku pertahankan jua
Asalkan saja Dikau bersama diriku
Selalunya


- I'm touching!!!!!

Monday, May 3, 2010

Sepagi di Kuala Sepetang

Kalau tak balik ke Kuala Lumpur, rutin aku dihujung minggu adalah ke Kg. Bendang Ujib, Kuala Kangsar. Tapi kali ni aku dioffer oleh maksu dan pakcu utk follow ke Kuala Sepetang. Nak cari ikan segar katanya. Aku on ajerrrr...... lagipun memang kepingin nak makan mee udang. Sebab aku dengar la orang kata mee udang kat situ, "selak udang baru nampak mee". Fuyoooo......
Dari Kuala Kangsar ke Kuala Sepetang tak jauh pun. Dalam setengah jam. Mula-mula kami ke pasar pagi di Matang. Abihhh..datang pun dekat pukul 10, soooooo....ikan-ikan, sotong, ketam dan makanan laut lain semua dah sampai hujung2. Sepatutnya dalam pukul 7.30 just nice untuk dapatkan ikan2 segar dari ladang. Tak kisah lah hujung pun hujung la asalkan harganya tetap murah gila dari kedai2 runcit dan pasaraya.
Lepas Matang, kami ke jeti pekan Kuala Sepetang. Masih keadaan yg sama tapiiiiii ok la...dgn 53 hinggit, kitaorang dapat 5 jenis ikan segar termasuk ikan kerapu, sotong, udang dan ketam. Kalau kat luar mau dekat seratus gak.







Pilih, pilih, pilihhhhhh.....






Bersama pakwe hensem. harharharharhar

Sekali pakcu aku daaaa.....
with his loving wife

Seahorse yang dah mati. Kecik jer...



Haaaa...siap pegang signboard lagi
Hehehehehe...
Tapi hajatku nak makan mee udang tak kesampaian.
Mungkin nama Kuala Sepetang, so depa bukak la warung sebelah petang.

Tuesday, April 27, 2010

Family Day @ Regency Tanjung Tuan Port Dickson

Venue : R & C Sports Club Family Day 2010
Location : Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Date : 24th April - 25th April 2010

Dah lama rupanya kitaorang tak buat outing. Un-official tu biasa la. Kali ini aku joint sportclub HQ buat outing ke PD. Abih dah berapa tahun aku bayar duit kelab, takkan la tak boleh joint kut walaupun aku 6 bulan di Temerloh dan nearly 1 1/2 month di Ipoh.
Kira guest of honour le. Wakil dari Perak. Harharharharhar. Bertolak dari office di Uni-Asia sekitar 11.30 pagi dan sampai di hotel dalam 12.30 tengahari. Terus lunch sebelum check-in ke bilik masing2. Hmmmm...ok la resort ni. Semua bilik menghadap laut. Kitaorang dapat penthouse. Ada 4 bilik kesemuanya. Luas gila.







Lepas lepak2 kat bilik, dalam 3.45 petang semua kena turun untuk acara telematch. Ada 4 acara tidak termasuk tarik tali dan semua staff dibahagikan kepada 4 group. Aku group B, sama dengan Dato'.....tapiiiiiii....group we all paling corot sekali. Cheh!....Bukan apa majoriti girls maaaa.....tenaga kurang...hehehehehehehehe......


Acara lari dalam guni. Ganaz tak ganazzz diaorang ni semua...sampai bocor guni tu....


Acara lucah...kepit timun sebatang celah kangkang.....ado keee.......yeeeee.......

Wajah-wajah kanak-kanak riang



Diapit oleh bouncer2. Hehehehehehehehe


Mamat ni tengah frust awek tak ikut.


HR manager kena campak dalam laut.
Habissss wallet dgn handphone basah.


Mr.2 macho man


Konon2 nak buat eclipse. (bola tampar dalam matahari)
Kamera cap ayam....








Seronok gila......

Thistle@Port Dickson

Venue : Group Management Meeting
Location : Thistle PD, Batu 16
Date : 12th - 14th march 2010


First time joint the GMM. Maklumlah act as relief aka roaming manager untuk Temerloh dan Ipoh, so kena la menjawap performance of each branch to the group. Pack gila...nak menikmati keindahan hotel plus panorama sekeliling pun tak sempat.




Katil besar gila...boleh muat 5 orang.
Sebab aku sorang jer so aku le konker.
Hehehehehehe
Ada golf.

Jatuh cinta maaaa....

Thursday, April 22, 2010

Berkelana @ Greentown Ipoh, Perak

Pheh! dah lama aku tak meng'update' blog ni. Dah bersawang...kehkehkeh...Bukan apa instead balik ke HQ, aku diarahkan ke Ipoh, Perak. Sebagaimana tugasan aku di Temerloh, begitu juga la di Ipoh. Aku kena office monitoring/cleaning/brainwash/client service/bla..bla..bla...Length of duration work macam kat Temerloh gak, 6 bulan (itu management aku cakap la...kalau lebih dari tu tak tau la aku...ker depa ni mmg nak suruh aku duduk kat Ipoh sampai dapat registration kut)


Sebagaimana yang diwar-war oleh CEO to all the Branch Manager's and Director's/MD's masa kitaorang ada Group management meeting @Thistle, PD pertengahan bulan lepas yang aku ni act as roaming manager (walaupun jawatan aku bukan manager pun). Branch ada masalah..antar aku...tak ada masalah..tak de la aku..hehehehehehehe.

Masa aku pegi Temerloh dulu, mak aku siap hantar termasuk berkotak-kotak tisu buat mengesat air mata dan seminggu di hospital besar. Masa first day aku kena report duty kat Ipoh, mak aku buat rileks jer. Mak siap pegi hospital dulu (rutin appointment). Balik dari hospital baru call aku tanya aku dah sampai Ipoh atau tak. Lepas 3 hari aku dah dapat rumah sewa dan kebetulan aku balik ke Kuala Kangsar rumah pak sedara aku, mak tak telefon pun tanya khabar. Masa kat Temerloh, hari-hari telefon. Mak..mak..mak.....
Ye la siapa la kita untuk mentafsir hati seorang IBU. Pahang mungkin negeri yang asing baginya manakala Perak....tempat kelahiran mak. Lagipun ramai sedara mara kat sini...tu yang tak risau sangat, maklumlah ada orang yang nengokkan anak daranya yang tersangatlah sudah besar panjang dan sudah tue ini. Harharharharharhar.
Pandangan dari dalam bilik aku. Aku boleh monitor sapa yang buat kerja, siap asyik main internet, siapa suka-suka hati keluar dan suka-suka hati masuk...


"Ipoh mali tatak sombong wooooooo"

Monday, February 22, 2010

Kuala Gandah and Deerland, Lanchang Pahang - office outing

Setelah agak lama merancang dan sentiasa menemui kegagalan, akhirnya rancangan outing bersama-sama staff aku ke Kuala Gandah, Lancang, Pahang Darul Makmur akhirnya terlaksana pada 20hb Februari 2010. Kira outing tersebut seumpama meraikan birthday aku yang jatuh pada hari sebelumnya. Perjalanan ke Kuala Gandah bermula jam 10.45 pagi setelah bersarapan di Restoran Kassim, Bandar Lama Temerloh. Memakan masa lebih kurang 40 minit, akhirnya kami sampai ke Kuala Gandah, Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan.


Diuruskan oleh Jabatan Perhilitan, pusat ini menempatkan gajah-gajah liar samada yang tercedera, tersesat dari kumpulannya atau yang mendatangkan masalah kepada sesuatu kawasan. Kebanyakkan gajah di sini atau hampir keseluruhannya adalah terdiri dari gajah betina. Kenapa tak ada gajah jantan? Officer tu cakap gajah jantan ganas atau suka naik minyak. Kalau tak salah sekarang ada lebih kurang 17 ekor (maaf! aku lupa jumlah sebenar).
Pusat ini dibuka kepada orang ramai bermula dari pukul 8 pagi keatas. Isnin sampai Ahad. Biasanya orang ramai mula mengunjungi kawasan ini bermula dari pukul 12.30 tgh keatas. Sessi memberi makan untuk anak gajah adalah sekitar sebelum pukul 1.30 petang. Dalam 1.55 pm anak-anak gajah dan mak-mak gajah akan dimandikan dulu didalam sungai berhampiran sebelum orang ramai mengambil bahagian didalam acara memberi makan dan menunggang diatas gajah. Untuk menunggang gajah hanya di limitkan kepada 120 orang sahaja sehari.

Ini anak gajah. Tahun depan boleh masuk sekolah. Tahun ini berumur 6 tahun. Selendang namanya. Dijumpai di Hutan Simpan Selendang, Rompin Pahang. Tapi sayang, Selendang kudung kaki kiri depan. Selendang dijumpai cedera akibat kerakusan dan kealpaan manusia. Selendang mempunyai kawan yang bernama Siput. Siput dijumpai didalam hutan di Sungai Siput, Perak. Walaupun berlainan negeri, masalah bahasa tidak menjadi isu yang besar. Dikatakan gajah dapat mendengar panggilan rakan2 mereka dalam jarak 8 kilometer jauhnya. Peh! jauh tu.

Lihat kakinya. Bagaimana kalau Selendang mula membesar. Macam mana dia nak menampung berat badannya itu. Kejam sungguh manusia !!!!!!!!!!!!!!

Kawasan untuk acara menunggang dan memandikan gajah didalam sungai.

Kawasan beristirehat sementara menunggu acara memberi makan dan menunggang gajah. Dibelakang itu adalah tempat acara memberi makan.

Ini nenek gajah.

Kesian Selendang, terjungkit-jungkit masa nak turun kedalam sungai.

Anak-anak gajah dimandikan

Ini mak-mak gajah yang baru pulang dari bermain didalam hutan.
Mereka perlu dimandikan dahulu sebelum diberi makan dan ditunggang oleh pelawat.

Seronok bebenor mike-mike mandi ye!

Sambil mandi sambil berak. Cheh!!!

Lepas mandi anak-anak gajah ini bersedia untuk diberi makan
dan sessi bergambar dengan pelawat.

Ini Barong (ala lupa la nama sebenar dia)
Nakal tapi cerdik.
Pandai buat sawadikap kepada semua pengunjung, suka buat lawak
Haaaaa....ni mak gajah. Besarrrrrrrrrr punyaaaaaaaaa

Pengalaman menunggang gajah yang tidak dapat dilupakan.

Satu round ajer.
Tak puas rasanya.
Tapi kena be fair to everybody right!!!!
##################################

Selepas Kuala Gandah, kami ke Deerland yang terletak kira-kira 6 kilometer dari sini. Kemasukkan ke Deerland adalah dikenakan tiket sebanyak RM6 utk dewasa, RM3 untuk kanak2. Berbanding Kuala Gandah kemasukkan adalah percuma.
Penakut @ pengeli rupanya si Fizan ni.
Sampai naik busut mengelak diserbu oleh rusa-rusa yang jinak itu.
Harharharharharhar
Hanim pun sama

Aku pun!!!!!!!

Memang jinak!!!!!

Siap bole belai-belai lagi.
Jaga-jaga Fizan, betina tu!!!!!!!!!

Gadis ular, Wan Nurhidayanti
Cemas plus geli-geleman

Apa la beruang ni buat.
Berak apa???

Teddy bear.
Bulunya selembut sutera.

Kami pulang sekitar pukul 4 petang dalam keadaan lapar gilaz....
Tips : Kalau datang kesini pastikan anda membawa bekalan makanan. Especially yang bawa anak2. Minuman ada dijual.