Setelah agak lama merancang dan sentiasa menemui kegagalan, akhirnya rancangan outing bersama-sama staff aku ke Kuala Gandah, Lancang, Pahang Darul Makmur akhirnya terlaksana pada 20hb Februari 2010. Kira outing tersebut seumpama meraikan birthday aku yang jatuh pada hari sebelumnya. Perjalanan ke Kuala Gandah bermula jam 10.45 pagi setelah bersarapan di Restoran Kassim, Bandar Lama Temerloh. Memakan masa lebih kurang 40 minit, akhirnya kami sampai ke Kuala Gandah, Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan.
Diuruskan oleh Jabatan Perhilitan, pusat ini menempatkan gajah-gajah liar samada yang tercedera, tersesat dari kumpulannya atau yang mendatangkan masalah kepada sesuatu kawasan. Kebanyakkan gajah di sini atau hampir keseluruhannya adalah terdiri dari gajah betina. Kenapa tak ada gajah jantan? Officer tu cakap gajah jantan ganas atau suka naik minyak. Kalau tak salah sekarang ada lebih kurang 17 ekor (maaf! aku lupa jumlah sebenar).
Pusat ini dibuka kepada orang ramai bermula dari pukul 8 pagi keatas. Isnin sampai Ahad. Biasanya orang ramai mula mengunjungi kawasan ini bermula dari pukul 12.30 tgh keatas. Sessi memberi makan untuk anak gajah adalah sekitar sebelum pukul 1.30 petang. Dalam 1.55 pm anak-anak gajah dan mak-mak gajah akan dimandikan dulu didalam sungai berhampiran sebelum orang ramai mengambil bahagian didalam acara memberi makan dan menunggang diatas gajah. Untuk menunggang gajah hanya di limitkan kepada 120 orang sahaja sehari.
Ini anak gajah. Tahun depan boleh masuk sekolah. Tahun ini berumur 6 tahun. Selendang namanya. Dijumpai di Hutan Simpan Selendang, Rompin Pahang. Tapi sayang, Selendang kudung kaki kiri depan. Selendang dijumpai cedera akibat kerakusan dan kealpaan manusia. Selendang mempunyai kawan yang bernama Siput. Siput dijumpai didalam hutan di Sungai Siput, Perak. Walaupun berlainan negeri, masalah bahasa tidak menjadi isu yang besar. Dikatakan gajah dapat mendengar panggilan rakan2 mereka dalam jarak 8 kilometer jauhnya. Peh! jauh tu.
Lihat kakinya. Bagaimana kalau Selendang mula membesar. Macam mana dia nak menampung berat badannya itu. Kejam sungguh manusia !!!!!!!!!!!!!!
Lihat kakinya. Bagaimana kalau Selendang mula membesar. Macam mana dia nak menampung berat badannya itu. Kejam sungguh manusia !!!!!!!!!!!!!!
Kawasan untuk acara menunggang dan memandikan gajah didalam sungai.
Kawasan beristirehat sementara menunggu acara memberi makan dan menunggang gajah. Dibelakang itu adalah tempat acara memberi makan.
Ini nenek gajah.
Kesian Selendang, terjungkit-jungkit masa nak turun kedalam sungai.
Anak-anak gajah dimandikan
Mereka perlu dimandikan dahulu sebelum diberi makan dan ditunggang oleh pelawat.
Seronok bebenor mike-mike mandi ye!
Sambil mandi sambil berak. Cheh!!!
dan sessi bergambar dengan pelawat.
Nakal tapi cerdik.
Pandai buat sawadikap kepada semua pengunjung, suka buat lawak
Haaaaa....ni mak gajah. Besarrrrrrrrrr punyaaaaaaaaa
Pengalaman menunggang gajah yang tidak dapat dilupakan.
Selepas Kuala Gandah, kami ke Deerland yang terletak kira-kira 6 kilometer dari sini. Kemasukkan ke Deerland adalah dikenakan tiket sebanyak RM6 utk dewasa, RM3 untuk kanak2. Berbanding Kuala Gandah kemasukkan adalah percuma.
Tak puas rasanya.
Tapi kena be fair to everybody right!!!!
##################################
Selepas Kuala Gandah, kami ke Deerland yang terletak kira-kira 6 kilometer dari sini. Kemasukkan ke Deerland adalah dikenakan tiket sebanyak RM6 utk dewasa, RM3 untuk kanak2. Berbanding Kuala Gandah kemasukkan adalah percuma.
Sampai naik busut mengelak diserbu oleh rusa-rusa yang jinak itu.
Harharharharharhar
1 comment:
Hi..i just read ur blog..n i would say it was so interesting..i'm searching for any info about the elephants..thanks for giving a lot of pictures to be shared with us. i plan to go there after my final exam..now i'm stay in nilai..susah x nk g ke sana? jalan dia mcm mn yer? berbukit2 dan mencabar x?
Post a Comment