Subuh menjelma. Si tayar mula terjaga mengharapkan ada orang yang sudi mengambilnya. Sepasang suami isteri yang kebiasaannya menaiki kereta menuju ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari rumah mereka di Saujana Utama, hari ini terpaksa menaiki motosikal kerana motokar berada di workshop akibat dilanggar oleh penunggang motosikal 2 hari sebelumnya.
Sampai di tempat si tayar, tiba-tiba sang suami berkata...eh!eh!eh!..apasal motor depan tu bersimpang siur. Tanpa dapat mengelak si tayar telah dilenyek...hmmm...bukan..bukan...ayat apa yg sesuai ha...yesss...dilangkau...menyebabkan sang suami jatuh bersama-sama isterinya terseret di atas jalan raya.
Dalam keadaan mamai, alhamdullilah masih ada insan yang sudi menolong mengalihkan pasangan itu ketempat lebih selamat, seorang lelaki bangsa India actually. Maklumlah..hari masih gelap...sebelum kejadian lebih teruk berlaku [tahap kelajuan kenderaan-kenderaan yang melalui jalan ini amat marabahaya]. Kebetulan seorang lelaki melayu mungkin hendak ke sekolah berhampiran lantas menelefon ayahnya supaya datang ke tempat kejadian. Kedua-dua pasangan ini dibawa dengan kenderaan ayah lelaki Melayu itu akibat penantian ambulan yang tak kunjung tiba walaupun hospital jaraknya cuma 10km.
Diwad kecemasan, sang suami agak panik sebab kepala dan pipi isterinya berdarah. Pakaian isterinya pun koyak juga akibat seretan tadi. Dan begitu berterimakasih lagi kepada lelaki India itu kerana dia sanggup berpatah balik mengambil beg duit dan handphone sang suami isteri yang d letakkan didalam kontena belakang motor, sambil berkata "Ane! check la dulu kut2 ada yang hilang". Rentetan dari peristiwa itu sang suami dimana,kaki kanan, lengan tangan, bahu kanan dan bahagian kepala d dahi luka. Sang isteri matanya bengkak akibat torehan lensa frameless, bahu kanan, tangan kanan dan kaki kanan juga luka. Alhamdulliah ujian x-ray menunjukkan kedua2 tiada apa2 tulang yang patah dan retak serta gegaran kepada otak. kedua-duanya diberi MC selama 2 hari.
Hampir 1 tengahari semuanya selesai dan pasangan suami isteri dibenarkan pulang oleh doktor hospital.
Berbalik kepada sang tayar, ia masih kekal di situ kira-kira jam 8.30 pagi semasa keluarga sang suami mengambil motor yang ditinggalkan d tepi jalan. Walaupun bagaimanapun, nasib sang tayar tidak diketahui sebab tiada di tempat kejadian semasa keluarga sang suami pulang ke KL dari menghantar pasangan itu di Saujana Utama.
No comments:
Post a Comment