Monday, March 8, 2021

Ku-ceng

Assalammualaikum,

Semalam mengunjungi sahabat yang dekat 5 tahun tak bersua muka. Kebetulan masa sampai rumahnya hujan lebat. Rezeki kata orang tua2.

Tinggal kat nun dihujung Taman Melawati. Dari balkoni nampak hijau jer...best betul. Lepas hujan berkabus...perghhh..sejuk gila.

Kat rumah sahabat ni ada 3 ekor ku-ceng betina. Ibu yg berumur setahun lebih nama meyeoww...manakala 2 ekor anak dia yang berumur setahun bernama maghrib dan isyak. Tuannya kata lahir waktu gitu senang betul bagi nama.

Dah tunjuk kat AG..dia berkenan dengan miyeoww...maghrib tuannya sayang...isyak muka sombong.

Masalahnya kalau nak start bela ku-ceng balik kena sediakan segala kelengkapan macam dulu. Tempat buang air besarnya, makanan lagi..sangkar mungkin tak. sebab macam kesian kalau letak ku-ceng dalam sangkar. 

Lagipun AG kata dia bz sikit sekarang ni. Pokok bunga pun dah tak terjaga...alhamdulillah depa masih sudi untuk mengeluarkan bunga.

Nanti-nanti la...tapi teman kalau nak bela prefer yang baby lg...klu dah besor ni takut kena cakar...hehehehehe...



Meyeowww yang putih tu. sebelah maghrib. isyak dalam kotak.


Friday, March 5, 2021

Tiada Tajuk

Assalammualaikum,

Pernah tak kita terfikir apabila berada didalam alam pekerjaan, kita rasa tiba-tiba macam nak berhenti kerja sahaja.

Malas dah nak fikir kena berurusan dengan tuanpunya syarikat, malas berurusan dengan rakan sekerja, malas berurusan dengan kakitangan, malas berurusan dengan client. Serba serbi malas lah.

Tiba-tiba dapat call dari pencari kepala. Tanya interested tak nak submit CV for certain post. Q4 lepas ada la satu. Q1 ni ada lagi satu.

Iskh lama bebenor tak update CV.

Dok tenung jer quote ni…

 

IF someone treats you BAD,

Just remember that there is something wrong with THEM, Not You.

Normal people don’t go around destroying other people.

 

IF you feel some sense of importance because your people are afraid of you or when the ‘boss’ is coming, everyone gets tight with fright. I got news for you, THIS IS NOT LEADERSHIP; IT’s BULLYING and if you feel some sense of importance by making someone feel less of themselves, something is definitely wrong with you.

 

 

Thursday, March 4, 2021

Flyover tonggek

 Assalammualaikum,

Apa kebenda flyover tonggeknya. Hehehehehe..kejadian semalam...

Ikut staff ronda2 site yang nak kena acquired untuk rentis...so destinasi kami dari ofis ikut SKVE sampai ke Pulau Indah. Sebelum toll Pulau Indah ada jambatan tonggek menyeberangi selat melaka kecik. 


Gigih si Siraj nak ambik gambar jambatannya...


Ni orang belakang pulak gigih kena ambik gambar...
Budak2 ni nak berhenti tepi jalan. Nak naikkan drone..
Jangan buat pasal. Merbahaya...Bapak besor2 lori turun dari flyover tu.
Next round details inspection ikut jalan bawah.
Teman nak get the feel of location, accessibility, terrain n site condition. So boleh bagi fair judgement on the market value of the sites.



Owh...sunset ni bukan dari area Pulau Indah yea...macam biasa dari balkoni rumah sewa teman.


Wednesday, February 24, 2021

3 kisah

 

Assalammualaikum,

Cerita 1

Suatu hari Azizah (bukan nama sebenar) menerima pautan mesej dari seseorang yang tak dikenali melalui mukabuku. Pada awalnya pertanyaan adalah berkisar kepada suasana kerja dan kebetulan Azizah memang bekerja di dalam bidang tersebut. Dua tiga bulan masih dalam mood bertanya khabar, kesihatan dan kerja. Azizah tetap melayani pertanyaan tersebut tanpa ada apa2 prasangka kerana Azizah telah menyatakan dari awal bahawa dia telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang menginjak dewasa.

Sehinggalah satu hari kenalannya telah berkongsi gambarnya bersama anak2nya serta meminta izin untuk mendapatkan nombor telefon Azizah. Azizah menyatakan dia perlu meminta izin suaminya dahulu dan kenalan tersebut bersedia untuk bercakap dengan suami Azizah.

Memandangkan dari mula berkahwin Azizah tidak pernah menyembunyikan apa2 kegiatan dari suaminya malah suaminya mempunyai access ke atas ke setiap akaun laman sosial azizah termasuk akaun wassap/telegram. Maka suaminya mengizinkan Azizah untuk memberi nombor telefon kepada kenalan tersebut.

Maka bermulalah bila mana hampir setiap hari kenalannya menghantar mesej bertanya khabar. Berkongsi apa yang dia lakukan seharian dan Azizah juga akan berkongsi masakan yang di masak, kemana dia pergi dan sebagainya. Setelah lebih dari 3 bulan dalam kondisi tersebut kenalannya mula bercerita tentang masalah peribadinya. Pada awalnya Azizah sekadar boleh menasihat dan memberi kata-kata semangat sehinggalah suatu hari kenalannya mula menyatakan perasaan sayang kepada Azizah dengan menyatakan kata-kata manis seperti..’awak ni mcm arwah isteri sy la’..’alangkah baik kalau semua masakan tu awk masak untuk saya’…’I wish i ada dengan u bila u jalan-jalan tu’….’bila you bawak balik kerja I akan temankan you siapkan semua kerja-kerja you…..’kalau u ada masalah dengan suami u, u cerita kat i’….uishhh…saiko….

Pengakhirannya Azizah hampir jatuh hati dengan kenalanya tetapi dia lekas sedar bilamana kenalan tersebut sudah mula meminta wang daripada Azizah. Azizah terus blok nombor kenalannya.

Selamat Aziziah.

 

Cerita 2

Cerita hampir sama seperti diatas. Kita namakan subjek sebagai Sarimah. Sarimah adalah seorang wanita berkerjaya dan tidak berkahwin. Beza Azizah dengan Sarimah adalah Sarimah tidak kisah untuk memberikan pinjaman wang kepada kenalannya. Sebab dia rasa dia dihargai dan diberikan perhatian dan apa salahnya jika dia menolong sedikit kenalan tersebut. Mula-mula beberapa ratus, kemudian ribuan dan hampir puluh ribuan. Kenapa hampir puluh ribuan bilamana Sarimah di bawa oleh kawan serumahnya berjumpa dengan seorang ustaz dan pada masa itu Sarimah seperti baru sedar dari alam fana cinta. Hehehehehe..

Selamat Sarimah dari rugi puluh ribuan.

 

Cerita 3

Cerita hampir sama dan kita namakan subjek sebagai Maria. Maria mempunyai jawatan sebagai penolong pengarah disalah satu jabatan kerajaan dan sudah berkahwin serta mempunyai lima orang anak yang sudah dewasa.

Maria memang mempunyai masalah dengan suaminya bila dia sudah merasakan yang dia tidak lagi menarik perhatian sang suami. Suaminya tidak lagi mahu mendengar keluhan Maria setiap kali dia pulang dari kerja. Tidur tak sama2 macam mula2 kahwin dulu. Bataniah pun dah bertahun tak dapat sebab sang suami mungkin ada masalah mati pucuk tapi tak nak buat pemeriksaan.

Maria juga atas dasar kasihan memberikan pinjaman beberapa ratus ringgit. Tetapi dia cepat tersedar bilamana ayat-ayat kenalannya mula ayat skema sekiranya Maria lambat respond ke atas permintaan sang kenalan untuk meminjam wang.

Maka Maria telah memblok dan tak ambik tahu langsung pasal kenalannya. Tetapi Maria telah bercerai dengan suaminya bila dia mendapat tahu bahawa sang suami mempunyai dua sugar baby. Cheh!

 

Kesimpulannya apa yang kita boleh ambil ikhtibar dari cerita diatas. Nanti la saya sambung….


Wednesday, February 17, 2021

Berat dan kukies

 Assalammualaikum,

Wow....nengok orang bukit upload makanan, kita pun sama la nak share.

Tengahari tadi staff ada edarkan kotak2 cookies...


Packaging tip top...macam brand oversea...baguss...produk tempatan sekarang yea.

Tapi teman tak dapat nak merasanya sekarang...tunggu cheat day.

Owh untuk sebulan ni teman ambik F1 untuk sarapan dan dinner. So far ok la..dlm masa 11 hari turun 5.2kg...tapi ada lagi 2 minggu ni tak bergerak lak timbangan tu....Selain dari ambik produk...ada coaching program. Depa share meal apa kena buat...barang apa yang kena cari kat pasaraya...lps tu kena update food intake setiap hari...selain dari tip tip tentang weight, macro, nutrious, carbo ringkas etc...hanya yang disiplin dan istiqomah jer boleh melalui coaching ni...Air kosong kena minum ikut berat...1 litre = 25kg...uittt..5 ke 6 liter sehari..

For me...tang bila kena p site visit especially site yang under construction..atau ladang ker...tang mana nak buang air kecil tu jadi masalah...minum banyak for sure la buang pun banyak kan...tapi kalau cerita kat coach..ni semua alasan kan...untung la siapa yang kerja ofis...hmmm...

Satu lagi nak kena prepare meal prep...oooo...tidakkkk....

Bulan depan guna produk lain lak...kali ni ada geng...member ofis lama...kita tengok pula berapa yang turun.

Friendly speaking..sepatutnya kita tak boleh bergantung dengan produk semata kan...cer buat naturally...tapi tu la mmg kena betul2 istiqomah...bukan hangat-hangat tahi ayam...10 tahun lg pun takkan kurusnya...

Tapi tu la...konon2 semangat bila ada tgk YB tu kurus...sekali operate usus daaa.....iya la orang berduit...apa2 pun tahniah pada dia...


Friday, January 29, 2021

First Visit

Assalammualaikum,

PKP dah masuk yang ke 2.0, tapi life must go on.

Weekend baru ni ikut staff p site inspection kat southern state. Sekali harung semua properties pegi termasuk la rumah yang terlibat dlm salah satu program tengah tayang sekarang kat stesen televisyen tempatan.

Ingat nak ambik homestay..tapi risau gak..maklumlah for sure lama dah tak de orang duduk kan. Cari hotel yang besar2 pun certain floor jer buka....cuak juga..maklumlah ramai yang meumpang atau bilik/bedsheet yang berhabuk sbb lama tak guna...

So kita cari la boutique hotel. So we oulls stay kat Atelir Hotel kat Taman Pelangi, JB. Rumah kedai convert jadi hotel. Kriteria utama adalah keselamatan, senang parking, tilam tip top, bantal yg empuk dan tuala baru (bukan tuala nipis lps tu banyak stain...eyewww...)






            Siap ada bath tub gedabak...puas staff berendam dua hari berturut2...hehehehehehehe.



                                        Tuala kena bersih dan muat untuk plus size...ngeee....



      Merenung masa depan yang masih samar-samar....chehhhhh........Face mask setia dibawah dagu....

Friday, January 22, 2021

Happy New Year 21

Assalammualaikum,

Dah masuk hari ke -22 tahun baru, haiii...cepatnya masa berlalu.

Nothing much...Azam???? skema sangat...

Hidup perlu diteruskan...

Kita ingat kita yang susah tetapi ada orang yang lagi susah dari kita...

Syukur...

As a start beli untuk diri sendiri dengan benda yang wangi-wangi...(mur mur jer...yang penting kita sentiasa segar dan malar...takde la bau tengit...hehehehehehe)