Monday, March 8, 2021

Ku-ceng

Assalammualaikum,

Semalam mengunjungi sahabat yang dekat 5 tahun tak bersua muka. Kebetulan masa sampai rumahnya hujan lebat. Rezeki kata orang tua2.

Tinggal kat nun dihujung Taman Melawati. Dari balkoni nampak hijau jer...best betul. Lepas hujan berkabus...perghhh..sejuk gila.

Kat rumah sahabat ni ada 3 ekor ku-ceng betina. Ibu yg berumur setahun lebih nama meyeoww...manakala 2 ekor anak dia yang berumur setahun bernama maghrib dan isyak. Tuannya kata lahir waktu gitu senang betul bagi nama.

Dah tunjuk kat AG..dia berkenan dengan miyeoww...maghrib tuannya sayang...isyak muka sombong.

Masalahnya kalau nak start bela ku-ceng balik kena sediakan segala kelengkapan macam dulu. Tempat buang air besarnya, makanan lagi..sangkar mungkin tak. sebab macam kesian kalau letak ku-ceng dalam sangkar. 

Lagipun AG kata dia bz sikit sekarang ni. Pokok bunga pun dah tak terjaga...alhamdulillah depa masih sudi untuk mengeluarkan bunga.

Nanti-nanti la...tapi teman kalau nak bela prefer yang baby lg...klu dah besor ni takut kena cakar...hehehehehe...



Meyeowww yang putih tu. sebelah maghrib. isyak dalam kotak.


6 comments:

nohas said...

comelnya..

Wak Lat said...

susah kan nk bela kucing nk siap toilet bagai..

fzy fuzzy said...

nohas- iya kak binatang kesayangan nabi inshallah comel2 belako.

wak lat - tak susah klu duduk rumah ada tanah. ku-ceng2 yang duduk rumah bawah rilek jer membuang merata. tu kalau ku-ceng local. Klu ku-ceng import ni klu bior jer lepas gitu ada yang ambik bawak balik rumah..hehehehehe.
Duduk rumah atas kayangan kena la sediakan toilet dia..tapi boleh train membuang dalam toilet bowl. klu mereka berkehendak la...if not kena spend untuk pasir pelbagai jenis tu.

Azhafizah MN said...

Kucing yang comel. Suka tengok gelagat kucing. Dulu ada gak bela kucing. Duduk bandar ni dia tak bebas. Jadi hantar balik kampung, seronok mereka bebas :)

fzy fuzzy said...

Azhafizah - ya ku-ceng sangat comel dan gebu..hehehehehehe

fairus said...

Di rumah saya ada beberapa ekor kucing dipelihara. Baru ada 9 ekor.