Wednesday, August 30, 2023

Pasar Karat @Chinatown KL

Assalammualaikum,

Sedang stroll di area2 Jalan Petaling dan Jalan Sultan dipagi Sabtu yang mendung, tiba2 ternampak la celah-celah bangunan tu ada aktiviti jualan. Oooo..pasar karat rupanya. Singgah la kejap..apa yang ada kat situ.

Takde la panjang mana pun..300 to 350 meter. Kalau nak cari duit lama, siling lama, barang lama..boleh la..tapi tak banyak choice..maklumlah secoet jer...







Tuesday, August 29, 2023

Tenangggg..Ribut..Jiwa....

Assalammualaikum,

Sehari selepas mengundi, kami berdua ke daerah Hulu Selangor. Nak ke Ulu Yam..tengok rumah mak n abah. Penyewa kata fius terbakar. Yea la fius lama yang warna hitam tu..yg cucuk sahaja..nak tukar fius box baru. Ingat nak bawak kontraktor..tapi mamat tu tak senang pulak. Bila kami sampai tengok rumah sebelah menyebelah tengok buat renovation. Lorrr...tanya jer kapla kat situ..berapa kosnya..dah confirm..nanti tolak la dua bulan sewa. (yea la..yg tgh renovate tu rumah keluarga penyewa). Awat la tak cakap..kami setuju jer..takde la kami datang jauh2..

Settle di situ kami ke Rumah Hutan Bonda. Sajer ronda2...Banyak betul perubahan..banyak bangunan baru...





Siapa la tukang kebunnya..rajin bebenor...kemas dan bersih...
 

Monday, August 28, 2023

Kampong White & Black @ Heritage

Assalammualaikum,

Bukan lagu Micheal Jackson jer ada black or white tau. 

Untuk mencipta kelainan, ada pemilik yang namakan kedai mereka White & Black. Mula2 ingat kedai hipster..sekali nampak langsir putih kat entrance...ala2 macam masuk rumah opah/atok kat kampung dulu-dulu..  

Menu dia adalah authentic malay cuisine. Terletak di Jalan Kamunting (dekat2 dengan Heritage row dan sup pak abu Jalan Doraisamy). 

Kami ke sini untuk makan tengahari selepas selesai urusan di Bangunan CIMB sebelah Sogo. Malas nak ke area Kg Baru atau Chow Kit..mencari macam biasa kegemaran AG, masakan minang.

So apa yang kami makan...



'Assalammualaikum!!! kami datang nak makan....'




1. Ikan siakap 3 rasa petai (ikan besar, petai fresh..banyak lg..tak kedekut.....tapi teman tak makan ler petai tu..kuis kuis jer....AG yg makan seorang)
2. Kangkung tumis belacan..ker tumis biasa..lupa pulak
3. Telur dadar sebesar pinggan...(satu saiz jer tau..tak makan pun..bawak balik)  


Tengok la isi ikan tu..putih..kenyal..ni bukan keluar masuk peti ais yea...sambal tempoyak tu win....


Friday, August 25, 2023

Hari Koko IS

Assalammualaikum,

Dah 3 kali hari Rabu, ofis tempat teman kerja buat hari sukan. Maksudnya bermula dari pukul 8 sampai 9 pagi semua kena brisk walk, jogging, bersenam atau apa sahaja sekeliling Blok K, L dan M. Hidup sihat kaedah...

Iskh..teman ni dalam sakit2 kaki pun..2 round juga pusing...tapi lepas tu lemau ler..hehehehehe..





Thursday, August 24, 2023

Fish or Fesh

Assalammualaikum,

Ahad pegi urut kaki di Lestari Perdana. L3, L4, L5...sciatica nerve...macam2 keluar...kena rajin belajar anatomi ni...tapi nak find out kena orang yang betul2 pandai...so far lps urut boleh dah jalan..tak hencut2 sangat...tapi keesokkan harinya rasa lemau dan sakit badan...terapist tu dah cakap siap2..memang akan rasa sakit dalam 2 3 hari...kalau sakit sangat makan panadol katanya..

Makan pun tak berapa nak lalu. Ikutkan fish and chip di Smoked Kingdom by Ustaz Don Daniyal tu sedap jer...tapi takde mood so AG la habiskan. Kopi panas sini sedap. Katanya guna kopi hang tuah sahaja...yang mana satu? Biru, Hijau, Merah...



Sedap pulak nampak daging black pepper tu cicah dengan sambal belacan.


Wednesday, August 23, 2023

Mengudap di tepian tasik - lempeng pisang

Assalammualaikum,

Masa ni masih didalam fasa kesakitan kaki.  Keesokkan harinya baru dapat slot dengan tukang urut saraf.

Tapi nak juga cari menu yang lain dari kebiasaan.

So pagi Sabtu, ke sini la kami. Taman Tasik Ampang. Kudap-kudap cafe.

Dari parking nak ke cafe ni..rasa nak menangis...sebab kena lalu kat celah2 akar pokok. Kalau flat land takde masalah. 



25 tahun dulu teman pernah inspect dan value salah satu bangunan dihujung sana. 
Pakej dengan sarapan sekali. 


Besor-besor ikannya...Lepas tu ramai la awek jogging kat sini...




Lempeng pisang rasa pisangnya...manis lepas tu di gu dengan sambal tu..perghhhh...

 

Tuesday, August 22, 2023

Al-fatihah

Assalammualaikum,

Sebenarnya sebab teman menyepi diri..(alaa..sebulan jer...hehehehehe)...balik dari pekena kari kepala ikan tu..keesokkan harinya, teman tak boleh bergerak sangat...kaki sakit.

Tiba-tiba sahaja..lepas lunch...rasa nak menangis bila nak ke tandas dari bilik....last2 guna kerusi ofis yang beroda tu..allah... nak balik call AG suruh standby kerusi roda. Kat rumah pun sama..azab..

Teman suspek, sekiranya duduk terlalu lama di kerusi lalu bangun tiba-tiba..memang sakit gila. Ni semua adalah akibat dari sessi menggunakan mesin urut yang boss besar letakkan dalam bilik dia. Konon2 urut tu sedap la...nan hadooo...sakit ada la..rasanya urat tersepit kut.

Lepas tu kena scam dengan tempat urut saraf..buat appointment tapi hari kejadian..kejap ok pukul 10 pagi..lepas tu kata lepas zohor..tup2 lepas asar...hmmm..cancel jer la...tahan jer la sakit...last2 mintak tolong bidan muda urutkan..lega la sikit..but still sakit...

Dalam dok tahan sakit..tiba-tiba dapat khabar dari orang di Ipoh. Suami kakak sulung mak meninggal di hospital pukul 12.30 pagi Khamis akibat komplikasi buah pinggang. Kakak mak tu teman panggil makwe ham. Kalau balik Kuale..memang teman akan selalu singgah di rumah dia...

So dalam sakit2 tu..gerak la kami berdua ke Ipoh...wakil mak dan abah...rupa-rupanya adik teman dan maksu teman pun balik juga...tapi mereka takde rezeki nak tengok jenazah...



Monday, August 21, 2023

Pekena Kari Kepala Ikan

Assalammualaikum,

Lepas habis urusan di Jalan Duta, kami berdua ke Jalan Kg. Attap. Nak cari kari kepala ikan. Dikhabarkan di situ sedap karinya...so mari la kita terjah.

Owh...sini parking azab sikit. Tapi jangan risau boleh parking di dalam kawasan ruang pejabat persatuan-persatuan kat situ..Tinggal kunci kereta sahaja. Cuma jangan la parking kat selekoh jalan kalau rasa kereta tu nak disodok bas persiaran. hehehehehe...

Ok. Kami ke Restoran ZK. Jangan di tanya apa nama penuh restoran ni. Kedai paling hujung sekali berhadapan dengan susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan. Tetapi selang 3 kedai, ada lagi satu outlet..yang ni boleh makan bawah dan atas..berhawa dingin. 



Kami masuk ke dalam outlet yang berhawa dingin tu..walaupun masa tu dah hampir ke pukul 2, pelanggan masih ramai lagi..ada juga yang baru datang.


Kalau datang berdua dan teringin makan kari kepala ikan...better tengok ikan sambil tanya harga...kut2 la terkejut...hehehehe..kepala ikan seketul sampai RM140...besar memang besar...yang nak menghabiskan tu siapa....
So yang kami makan ni dah habis kecil....RM40/RM50 (lupa pulak, resit dah hilang)....boleh la...nak cuba kan...


Well...taste wise..entahlah...kata orang sedap..tapi pada teman biasa..biasa sahaja..mungkin pernah makan yang lagi sedap daripada ni...
Kedai ni win..sebab papadom letak dalam bekas kedap udara..RM3 banyak tu...



Thursday, August 17, 2023

Beza harga tak banyak mana pun

Assalammualaikum,

Weekend ke area2 Kuang. AG nak jejak kasih sepupu dia yang dah lebih 30 tahun menetap di situ. Tak pernah balik ke Kuok. 

Lepas rumah tu, otw kami singgah ke pusat bandar sungai buloh..sajer singgah ke port orang beli jajan dan cokelat. Dengar khabar murah. 

Hmmm...beza harga 4 ke 5 ringgit. Ingat separuh harga...hehehehehe...

Pilihan cokelat pun tak banyak mana pun. One side sahaja..ingat penuh satu kedai...








 

Wednesday, August 16, 2023

Undangan

Assalammualaikum,

Undangan majlis perkahwinan adik angkat AG di Danau Kota..kampung pengantin. Majlis malam. Luckly petang tu hujan lebat..so malam cuaca agak sejuk.



Tuesday, August 15, 2023

Apam lenggang jadi sedap bila makan masa hujan 2

Assalammualaikum,

4 minggu lepas, paginya hujan lebat...tapi perut memang minta di isi. Nak masak tiada bahan di rumah. So walau macam mana pun..lokasi sarapan terbaru harus di cuba juga..hehehehehe..

Kali ini kami ke Niqreesnack Station, Jalan Jurutera, Kg Sri Aman, Puchong merasa makanan orang Kedah. Warung kat kampung...






Monday, August 14, 2023

Nasi Dagang jadi sedap bila pergi waktu hujan

Assalammualaikum,

Teman ni bukan la die hard fan nasi dagang. Tetapi sekali sekala bila sarapan di port yang sama, i.e. samada makan nasi lemak, beehon goreng, mee goreng, roti canai dah capai tahap boring..so kita cari la alternatif lain. 

Lokasi nasi dagang ni berlalu-lalu di insta..tak jauh pun dari rumah teman..kat Pekan Dengkil sahaja. Cuma hari teman pergi tu hujan lebat pulak semasa otw ke sana..


Mek Noor Nasik Dagang, Dengkil Centre Point, Pekan Dengkil





Nasi dia moist. Ayam gulai tu rasa rempahnya. 
Rasanya nasi, lauk-lauk dan kuih-kuih tu tangan orang tua yang buat...sedap...