Friday, May 6, 2022

Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal Faizin 1443H

Assalammualaikum,

Kalau ikut rasa hati nak raya sakan di kampung mak dan abah di Kuala Kangsar. Sementelaah opis tutup seminggu. Kebetulan maksu put sekeluarga pun berhari raya di kampung. Tetapi memikior hazab jem kena redah di highway...teman batalkan niat tu.

Lebih parah bila hari Khamis malam tu teman dah start demam. Pagi keesokan harinya jumpa doktor. Oh my...raya nak dekat. Panas gila badan lebih 40 darjah celcius. Tekak perit. Nak telan air liur pun sakit apatah lagi makanan. Ubat demam dah abis still panas lagi. Last2 pagi raya serah diri kat wad kecemasan Hospital Putrajaya. Teman dapat Tonsilitis. Kedua-dua tonsil bengkak dan bernanah. Muka ke leher bengkak. On antibiotik ler for 5 days. Kira hari ni last. Tak dapat nak puasa 6 sbb ubat kena makan selang 8 jam. 

Sebagaimana semua rakyat Malaysia raya terkejut..teman pun ok jer la..kira demam aka baju raya tak beli2 aka rendang ketupat lemang semua tak buat.

Selain dari beraya ke rumah mak n abah sempat lagi beraya ke Melaka. Terikat silatulrahmi baru. Rupa2..ada geng2 property terkait bersaudara...selama hari ni berlanggar bahu jer..hehehehehe..

Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir Batin.








2 comments:

nohas said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin...
siannya nak raya, kena tonsil, bersabo lah, ujian Allah..

awatnya abah tak pakai baju? panas kot..comelnya anak bulus..

fzy fuzzy said...

Selamat Hari Raya kak.
Lepas kena booster ni macam2 sakit kena..hehehehe..bertabahlah...

Abah mmg macam tu...badan gatal2..senang nak garu katanya..orang kencing manis mmg mcm tu..toksid byk keluar..