Assalammualaikum,
Masa otw nak ke Kulim, kami singgah makan tengahari di Taiping. To be exact Kuala Sepetang. Cik B teringin nak makan mee udang...abang gebu menurut sahaja.
Dari Rawang ke Kuala Sepetang/Kulim sampai la ke Alor Setar..teman yang drive yea. Dari Perlis ke Ipoh teman juga drive...the rest Abang Gebu yang drive. Beza abang gebu dan teman yang drive adalah melalui penggunaan minyak..utk 1,170 km..isi minyak RM200 sahaja..Berbanding bila Abang Gebu drive masa kami ke Pengerang dulu..kena 3 kali isi minyak..which distance tak sampai 1k. Hehehehe..nampak bebenor wanita ini adalah pemandu yang berhemah...hehehehehe..
Ok..di Kuala Sepetang kami tak singgah di warung/gerai/kedai makan yang popular spt Mak Jah atau Mak Teh yea. Bila Cik B baca review..ramai yang kata over rated la..itu la..ini la..so dia cari spot lain. Tak tau la mana waze tu bawak kami..last2 bawak warung yg lama tinggal..dah la rembang tenghari tu..serammm..sampai la kami sampai macam kawasan jeti kecik..
Disitu teman nampak ada adik 2 orang jual udang kering dan ikan kering..cantik2 udang nya..Beli la sepeket dua..so kami tanya la adik2 ni..mana tempat makan mee udang yang best. Depa suggest pegi mee udang haji salleh..(depa kata warung2 lain popular jer..tapi local ramai makan kat hj salleh)....lalu la kami celah2 rumah orang..actually boleh jer dari jalan besar...dasar malas nak pusing. Dalam Pekan. Senang jer nak cari.
3 comments:
sedapnya...dulu gi gerai Mak Jah..ramai sungguh org..
Fuh . Sedapnya..
Nohas - masa kami lalu takde orang pun gerai2 tu semua.
Fairus - sekali sekala..tetapi kalau makan seafood fresh2 ni kena standby ubat allergic/gatal..hehehehehe
Post a Comment