Tuesday, February 22, 2022

Ulang Tahun ke-50

Assalammualaikum,

Pada 19.02.2022 yang lalu, secara rasmi teman telah memasuki umur ke-50.

Setengah abad...diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.

Kalau sebelum ini celebration kecil-kecilan bersama keluarga terchenta di Keramat sahaja.

Kali ini jauhhhhhhhhhhh...teman merayakannya...nun di utara tanahair, Perlis Indera Kayangan.

Sebenarnya teman ada site visit di area Kulim. Lepas tu ke Alor Setar untuk urusan pentadbiran.

Alang2 dah sampai situ, Cik Ruby tanya la teman, "akak tak nak ziarah adik ipar b ke?" Eh! boleh!!! tak kan tak boleh!!!..bukan jauh pun Alor Setar dengan Arau kan? Yea la adik ipar dia baru operation buang kedua2 belah jari kaki termasuk sebahagian kura kaki.  Ini disebabkan bahagian tersebut macam frost (reput). Diberitahu untuk selamatkan dia yang berada di dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman dalam darah dan merebak ke organ2 lain so depa bagi ubat jantung yang paling kuat. Agak complicated untuk diterangkan disini.

Ok back to my story. 

Rupa2nya, cik B berpakat dengan adik dia belikan kek. Masa kami sampai lebih kurang pukul sebelas lebih..kira ngam2 la untuk makan tengahari...hehehehehe..


Gigih berhenti..semata2 nak bergambar disignboard ni...Kalau berdua dengan Abang Gebu..takdenya dia nak turun ambil gambar...tapi sebab Cik B ada...lagipun dia rajin buat video tik tok..hehehehe.


Hajat nak tangkap gambar atas jerami tu..tapi tengok tanah macam berair dan lembik..
tak jadi ler...ada yg duduk dalam selut nanti...


Bersama ibunda Cik B. Sedap masakan cik puan...kenyang sampai malam..


Teman tau la teman ni gelap...cer ambik gambar tu angle bagi teman nampak cerah abang oiii...


Tengok teman snap photo...kaedah nya..photographer kena berpanas sket...


Jawapan abang gebu adalah..kecerahan itu akan terserlah bersama cahaya keimanan. Cheh!!!!

Stay safe semua dimana jua anda berada.

5 comments:

nohas said...

Sanah Helwah...jauh celebrate..hihi..

Wak Lat said...

hepi besday cikkak teman ittewww 🎂🎂🎂

fairus said...

Alhamdulillah... Semoga diberikan kesihatan yang baik. Amin.

uncle gedek said...

Selamat datang ke siri 50!

fzy fuzzy said...

Nohas - terima kasih kak!

Wak Lat - Terima kasih juga..

Fairus - Alhamdulillah..aminnnn...

Uncle - Hehehehe..dah joint the club..