Assalammualaikum,
Kepada mereka yang berkaca mata dengan silau yang tinggi ditambah lagi dengan faktor usia..
Beruntunglah anda, sekiranya anda hanya rabun jauh atau rabun dekat sahaja.
Dan lagi beruntung jika tidak perlu untuk memakai kacamata atau contact lense.
Dah almost a year, sekiranya teman memakai cermin mata (teman rabun jauh yea)..dan kemudian melihat handphone, skrin laptop atau membaca lapuran dan sebagainya...tulisan nampak kabur. End up teman kena tenggekkan cermin mata di hidung sekiranya perlu membaca atau browse hp. Atau letak spek sebelah then proceed dengan bacaan. Sekiranya buat sebegini...mata akan berair..maybe penat sebab retina nak adjust kecik besor tulisan.
Then teman decide untuk ke kedai cermin mata. Selalu memang buat spek mata di Campbell Complex...tapi dah duduk Putrajaya macam malas nak ke KL...so kita pegi yang dekat Bangi lah...Sebenarnya agak gamble..sebab teman pernah buat dengan kedai lain tetapi macam terover power..(kondisi dimana kalau kita pakai spek tu, semua benda depan kita macam terangkat..how to explain arrr)
Maybe the consultant tak pandai sangat..end up teman akan pergi balik ke kedai Uncle yang selalu buat tu.
So pada hari kejadian, teman ke OPTOM di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Selain dari menjalani ujian mata yang tengok which one terang colournya..merah atau hijau..or baca huruf dari sebesar font size ke sekecil font size. Mereka juga menggunakan beberapa mesin untuk scan your eye, tengok ada selaput atau tak, respond to cahaya dan sebagainya...Eh! rasa macam doktor mata lak...maklumlah teman kan ker selalu menemankan abah check mata 6 bulan sekali kat klinik pakar mata HKL.
So mungkin faktor usia yang akan masuk setengah abad sabtu ni..short sighted saya ada masalah sket..sebab ada selaput di mata yang baru nak jadi...sajer la tanya doktor (optometrist to be specified) tu..kalau makan carrot banyak2 boleh hilang ke selaput tu..dia senyum jer la tak cakap apa2.
Dia suggest untuk buat multi focal. Jauh dan dekat. Power dan silau ada naik sikit (ni la akibat dah lama tak makan sayur). Lense sahaja nak dekat 1k..technology german...belum masuk bingkai. iskh..iskh..iskh..
Teman cakap la..yang spek sedia ada baru 2 tahun pakai..boleh tak kalau saya buat untuk rabun dekat sahaja..which saya guna hanya diofis untuk buat kerja di laptop atau read the reports...(bolehh..tak kan tak boleh). It cost me about RM290 untuk lens dan frame. Ok la tu...
Owh..teman tak boleh pakai spek mata rabun dekat yang harga RM10/RM30 tu tau...sebab masalah silau.
So terpaksalah pakai 2 spek. Ofis spek lain. Kalau keluar atau di rumah spek lain. Hantam jer la..asal boleh nampak.
1 comment:
kali terakhir wak pakai spec tahun 2009 sebelum kena lasik,. huhuhu
Post a Comment