Assalammualaikum,
Maksud: Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain tanpa mempersoalkannya. Frasa ayat dibawah kadang ada juga yang menggunakan haiwan lain seperti kerbau selain dari lembu...rusa tak pernah lagi jumpa...kambing pun sama...
Contoh ayat 1: Dia seperti lembu dicucuk hidung dengan mengikut apa sahaja arahan orang yang telah memberi rasuah kepadanya.
Contoh ayat 2: Sikap Ali yang seperti lembu dicucuk hidung menyebabkan dia sering dibuli oleh rakan-rakannya.
Contoh ayat3: Hafiz menurut sahaja arahan orang atasannya tanpa bertanya dengan lebih lanjut.
Kenapa teman menulis tentang ini. Ada orang diluar sana yang menyamakan mereka-mereka yang mengambil dos pengelak sebagai lembs....Cheh!!!
Ada ni haaa...kitaorang tengah tunggu giliran, maklumlah kes makin mencanak-canak dari sehari ke sehari.
Teman baru bercadang nak ke Langkawi nengok branch kat sana hujung bulan ni...macam kensel jerrr...
5 comments:
cucuk booster tu wajib kena amek ke,. huhuhu
mereka tak nak ambik, duduk diam2 je lah kan..ni nak label2..bikin panas je...hihi..
Sampai 3 contoh!
Kalau tak faham tak tau la.....
heheheh
Yang menurut perintah gitu. Sabar je lah.
Wak Lat : Untuk sino consider wajib..nanti status tak lengkap vaksinasi..
Nohas : Nature kerja kita kan kak..kerna terpaksa..hehehehe
Uncle : Contoh jer yang saya mampu bagi.
Azhafizah : Yup sambil kita doa dan terus berdoa..serta sabar..
Post a Comment