Monday, August 9, 2021

Meh! nak cerita sket

Assalammualaikum,

Apa khabar semua. Dah dengar perkabaran PM semalam.

Tapi yea la kita ni yg masih tinggal di negeri yang dalam Fasa 1 kena la redho 3 4 bulan lagi sebelum beralih ke Fasa 2, inshallah.

Teman nak bercerita tentang sahabat teman ni. Umur akhir 40an. Dia ada buka satu syarikat. First year beroperasi, dia strike..dapat projek 10 juta. Masa tu katanya staff tak ramai dalam 6 orang. Dalam tahun tu juga ada la dapat few jobs. Tahun ke dua, dia start tambah pekerja kepada 3 kali ganda.  Katanya dia dapat nasihat dari seseorang tentang penambahan pekerja dan kos operasi. Untuk memantapkan lagi syarikat kaedahnya. Maklumlah orang itu datang dari latarbelakang syarikat yg tip top. Syarikat senarai awam lagi. Tahun ke-2 jumlah pendapatan lebih kurang sikit dari tahun pertama. Kata sahabat teman ni, ada sahabat yang lama kenal dengan dia nasihatkan dia supaya tidak terlalu mengikut nasihat si polan ini. Tapi dia anggap sahabat dia tu tak tahu tentang urusan business dan invest. Bila teman tanya, menyesal ke...sahabat teman ni diam jer...

Tahun ke-3, ekonomi mula slow down, so pendapatan suku dari tahun pertama dan kedua..tetapi pekerja tambah lg. invest lagi. Tahun ke 4, 5 dan 6, kos operasi 3 kali ganda dari pendapatan. Tahun ke 7, dia dah start guna saving. Tahun ke-8 saving lagi dan akhirnya masuk tahun ke-9. Struggle. Tambah pula dengan keadaan sekarang ni..

Kata sahabat teman ni, dia tak nak tutup syarikat. So dia kena cari solusi bagaimana untuk kekalkan berdasarkan kewangan yang ada sekarang.  Apa yang dia buat adalah merehatkan sebahagian besar pekerja selama 6 bulan. Rehat maksudnya, dia tak bayar gaji. Alasan sekiranya dia guna duit sedia ada untuk meneruskan syarikat, dia tahu dalam 8 bulan ke 1 tahun dia mmg kena tutup syarikat sepenuhnya.

Dalam 6 bulan tu sahabat teman ni berjanji dia akan cari solusi untuk bangunkan balik syarikat which katanya ada. Mengenali sahabat teman ni, teman tau dia boleh. Dia kena rombak semua kos operasi dan menstruktur semula kedudukan kewangan. Bila segalanya selesai, semua pekerja yang direhatkan akan dipanggil semula.

Kebanyakkan pekerja dia adalah bujang dan baru grad dalam 2 3 tahun gitu. Ada la 4 5 orang yang dah berkeluarga. So dia bantu dengan membayar komitmen 2 bulan pekerja berkeluarga dan bagi modal untuk beli alatan bagi memulakan business online. Maksudnya siapa yang nak memasak, dia belikan oven. Siapa yg nk buat delivery, dia bayar duit deposit beli motor. Siapa nak beli stok barang, dia invest sedikit.

Selepas dia buat keputusan tersebut, sahabat saya ini rasa lega.

Yang tak lega siapa. Orang yang tinggal la. Hehehehehe...

4 comments:

Wak Lat said...

biasala bisnes.. ada untung ada lugi maa

nohas said...

org yg tinggal kena double-triple kerja..kalau ada projek masuk..

tapi bagus jg bos mcm ni, siap bagi modal, alat2 utk start bisnes..

fairus said...

Situasi ekonomi terus mencabar.. Yang boleh bertahan, akan ertahan, mana yang dah tak mampu, ramaiyang dah tutup bisnes.. Moga pandemik covid-19 segera berakhir..

fzy fuzzy said...

Wak Lat - Betul..but sometimes kena ada planning yg betul supaya tak rugi memanjang...

Nohas - Betul...yg tinggal yg kena buat semua kerja..klu bg allowance untuk lebihan kerja itu sikit sejuk ler hati..hehehehe..klu sama jer..merana...

Fairus - Betul. Ada yg kerja dkt 30 ke 40 tahun..company tutup...mcm cerita 'The Intern' lakonan Robert De Niro.