Assalammualaikum,
Apa khabar semua. Dah dengar
perkabaran PM semalam.
Tapi yea la kita ni yg masih tinggal
di negeri yang dalam Fasa 1 kena la redho 3 4 bulan lagi sebelum beralih ke
Fasa 2, inshallah.
Teman nak bercerita tentang
sahabat teman ni. Umur akhir 40an. Dia ada buka satu syarikat. First year beroperasi, dia strike..dapat projek 10 juta. Masa tu katanya staff
tak ramai dalam 6 orang. Dalam tahun tu juga ada la dapat few jobs. Tahun ke
dua, dia start tambah pekerja kepada 3 kali ganda. Katanya dia dapat nasihat dari seseorang
tentang penambahan pekerja dan kos operasi. Untuk memantapkan lagi syarikat
kaedahnya. Maklumlah orang itu datang dari latarbelakang syarikat yg tip top. Syarikat
senarai awam lagi. Tahun ke-2 jumlah pendapatan lebih kurang sikit dari
tahun pertama. Kata sahabat teman ni, ada sahabat yang lama kenal dengan dia
nasihatkan dia supaya tidak terlalu mengikut nasihat si polan ini. Tapi dia
anggap sahabat dia tu tak tahu tentang urusan business dan invest. Bila teman tanya, menyesal ke...sahabat teman ni diam jer...
Tahun ke-3, ekonomi mula slow down,
so pendapatan suku dari tahun pertama dan kedua..tetapi pekerja tambah lg.
invest lagi. Tahun ke 4, 5 dan 6, kos operasi 3 kali ganda dari pendapatan. Tahun ke 7, dia
dah start guna saving. Tahun ke-8 saving lagi dan akhirnya masuk tahun ke-9.
Struggle. Tambah pula dengan keadaan sekarang ni..
Kata sahabat teman ni, dia tak
nak tutup syarikat. So dia kena cari solusi bagaimana untuk kekalkan berdasarkan
kewangan yang ada sekarang. Apa yang dia
buat adalah merehatkan sebahagian besar pekerja selama 6 bulan. Rehat
maksudnya, dia tak bayar gaji. Alasan sekiranya dia guna duit sedia ada untuk
meneruskan syarikat, dia tahu dalam 8 bulan ke 1 tahun dia mmg kena tutup
syarikat sepenuhnya.
Dalam 6 bulan tu sahabat teman ni
berjanji dia akan cari solusi untuk bangunkan balik syarikat which katanya ada. Mengenali sahabat teman ni, teman tau dia boleh. Dia kena rombak semua kos operasi dan menstruktur semula kedudukan kewangan.
Bila segalanya selesai, semua pekerja yang direhatkan akan dipanggil semula.
Kebanyakkan pekerja dia adalah
bujang dan baru grad dalam 2 3 tahun gitu. Ada la 4 5 orang yang dah berkeluarga. So dia bantu
dengan membayar komitmen 2 bulan pekerja berkeluarga dan bagi modal untuk beli
alatan bagi memulakan business online. Maksudnya siapa yang nak memasak, dia
belikan oven. Siapa yg nk buat delivery, dia bayar duit deposit beli motor.
Siapa nak beli stok barang, dia invest sedikit.
Selepas dia buat keputusan
tersebut, sahabat saya ini rasa lega.
Yang tak lega siapa. Orang yang
tinggal la. Hehehehehe...
4 comments:
biasala bisnes.. ada untung ada lugi maa
org yg tinggal kena double-triple kerja..kalau ada projek masuk..
tapi bagus jg bos mcm ni, siap bagi modal, alat2 utk start bisnes..
Situasi ekonomi terus mencabar.. Yang boleh bertahan, akan ertahan, mana yang dah tak mampu, ramaiyang dah tutup bisnes.. Moga pandemik covid-19 segera berakhir..
Wak Lat - Betul..but sometimes kena ada planning yg betul supaya tak rugi memanjang...
Nohas - Betul...yg tinggal yg kena buat semua kerja..klu bg allowance untuk lebihan kerja itu sikit sejuk ler hati..hehehehe..klu sama jer..merana...
Fairus - Betul. Ada yg kerja dkt 30 ke 40 tahun..company tutup...mcm cerita 'The Intern' lakonan Robert De Niro.
Post a Comment