Monday, June 7, 2021

Stress Release

Assalammualaikum,

Apa khabar semua? Harap2 semua dalam keadaan sihat dan diberi ketenteraman jiwa.

Kenapa diberi ketenteraman jiwa???? 

Sebab selalu juga dapat notifikasi dari group-group sebelah. Tentang berlaku peningkatan kes bunuh diri dikalangan rakyat Malaysia selepas MCO yang pertama. 

Terdiam seketika bila baca yang bunuh diri tu lelaki Melayu, umur antara 38 ke 45 tahun dan bujang. Tinggal menyewa. Allah...

Kat ofis ni pun ada juga yang bujang2. So bila kita tengok kerja dah macam kelaut, kita pun riki2 la apa yang patut. Stress pasal apa? . Klu stress pasal tak dapat jumpa keluarga d kampung, stress sebab kerja banyak, stress dengan boss ker, etc. Tapi mereka ni tak nak cerita. Klu stress pasal duit..la ni semua orang mengalami masalah yang sama. Hehehehehe..Waima apa pun bercerita lebih baik dari memendam sahaja..yea dak...

Teman punya stress bila tanya budak2 ni last monday bila nak htr calculation analysis dan report. Seminggu tanya buat senyap jer..Hari ni 3 report 3 calculation korang htr. Lps tu calculation ke laut..ding dong ding dong...

Stress bila koa suruh laki order makanan sbb koa tau koa ada back to back meeting dan report checking bagai..alih2 laki koa baik punya landing (alasan sbb tak boleh tengok TV kat ruang tamu sbb bini WFH so masuk bilik, on aircond lps tu hanyut). Alih2 koa buka tin sardine..potong2 bawang halia bagai..siap sambal sardin dgn sayur kailan dlm 30 minit.

Tambah stress kalau koa beli barang ada label lps tu konon2 nk mcm tgh in sekarang convert ke bekas lain. Lps tu acah2 nak letak label with fancy wording (which lambertttt lg koa nak buat).

Macam bawah ni bila biji selasih dgn biji sawi seakan2 jer...hehehehehehe.


As a result...teman masukkan biji selasih dalam yogurt drink sambil mata buntang tengok numbers kat laptop...haihhh...


 


2 comments:

fairus said...

Pada tika ini peranan kaunselor, pegawai psikologi dan pakar motivasi diperlukan untuk mendekati insan-insan yang tertekan akibat covid-19 dan PKP. Mereka perlu bergerak aktif.

nohas said...

ramai yg terkesan dgn pandemik covid-19...terutama masalah kewangan..

sib baik biji selasih..kalau buh biji sawi..naya je..hihi..