Monday, June 14, 2021

Cucuk 2

Assalammualaikum, 

Hari ini pukul 9.00 pagi giliran mak pula untuk dapat dose pertama vaksinasi.

Lokasi adalah di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Hari ni juga merupakan hari pertama pusat vaksin dibuka di IJN.

Dan mak merupakan pesakit IJN yang pertama menerima suntikan vaksin. (reporter mana ni!!!!..tak nampak pun..hehehehehe..)

Diberitahu bahawa untuk hari ini kebanyakkan penerima suntikan adalah bukan pesakit IJN...tu yang seronok bebenor doktor2 dan petugas kat IJN tu bila tau rezeki mak dapat suntik kat situ...alhamdulillah. sepelaung jer dari rumah.


Senget benget mask tu mak oiii...


Klu siapa tak berkerusi roda dan sakit lutut boleh ler ambik gambor kat bawah tu...

Esok giliran Abang Gebu dengan adik ipar si Fuad pula dapat dos vaksin....(maklumlah baru jer masuk kategori warga emas...hew..hew..hew...hew...)



2 comments:

fairus said...

Semoga sihat-sihat sahaja.. pantau perkembangan kesihatan dalam 48 jam

fzy fuzzy said...

Inshaallah...cuma mak petang baru rasa pening2 sket..