Saturday, May 29, 2021

Pre-online meeting sebelum full MCO

Assalammualaikum,

Bila kerajaan umumkan yang 1hb June full lockdown, pagi ni dah start first meeting online.

Boss besar nak bagi perutusan.

Since kami ada dua team : satu property consultant manakala satu lagi yayasan

Kebetulan kami dah ada IT Manager...

To smoothen the company business perkara2 yang dibincangkan adalah

1. Everybody ada laptop untuk work from home. Kalau laptop tak perform, habaq mai..company belikan software baru..tapi kena potong gaji sket la lepas tu..hehehehehe..

2. Kalau takde laptop..company akan belikan..

3. Access to server

4. Even BDR pun everyday by 9am to 10am dah ada online meeting. After lunch 2 pm ada satu lagi online meeting. Ni setengah jam jer...kalau ada nak discuss, Heads are available 9 to 6 pm. Dan sama juga dengan staff. If head nak discuss at 12.00...pukul 12 tu kena ada tercongok depan PC bukan bg alasan tertidur la..makan la...no..no..no...kalau itu berlaku potong gaji..senang cerita...BDR bukan alasan nak ngulor...

5.  Office phone line will be directed to heads...klu head 1 tak jawab, pegi ke head 2, head 2 tak jawab p ke head 3...klu semua tak jawab..teruk bebenor tu..

6. Always communicate with colleague...selalu2 la tgk phone on any updates..

7. Alaaa...first MCO dulu ok jer...duduk rumah kerja tetap jalan...servis to client inshallah tip top..


Stay safe everybody...

Thursday, May 27, 2021

Pelindung muka

Assalammaualaikum,

Sebagai langkah tambahan untuk mencegah penularan penyakit C19 ni, selain kena pakai 2 lapis facemask dalam ofis, syarikat juga mengambil keputusan untuk menyediakan 'face shield' untuk staff. Sehari sebelum dapat yang syarikat punya, teman dapat face shield yang dibeli di shoppe.

Kita beli yang mur mur jer..satu RM2.0...yang syarikat punya tak tau la berapa harganya...siap kotak bagai, sarung kain, kain lap..iskh..iskh...


Yang kiri tu syarikat bagi...yang kanan mur2 jer...

Tapi setelah memakai kira2 dalam 5 ke 10 min, teman rasa lain machiam....

Rasa pening dan perut bergelodak...sebab apa yea...adakah ini sindrom claustrophobia????

Mungkin sebab teman berkaca mata dengan silau yang tinggi kemudian letak face shield ni..biasan imej ke retina lepas tu membawa ke otak dan melalui koklea...ntah la...rupanya bukan teman jer...si syazwan pun sama...

Camne la barisan depan yg pakai complete PPE tu...

Owh...pagi tadi boss besar tanya pendapat camno nk trace staff2 yg bujang ni on where their about. Yea la..kita tak tau dgn siapa mereka jumpa...
Alaa...senang jer boss..suruh diaorang share history my sejahtera...kat group wassap office.....

Ambik kau...semalam since cuti siap ada dua tiga staff bujang yg pegi IKEA la, Mytown la...farmasi. Jaya one, kedai gadget...

Ni la yang menyumbang kepada peningkatan kes...budak2 muda ni tak reti duduk diam. Orang suruh duduk rumah...merayap jer depa...nak kena rotan ni..

Kita ni punya la jaga...sehari 2 tempat jer..rumah dan ofis...keluar bila terpaksa...2 minggu sekali la stock up barang dapur...tu pun immediately pasaraya buka kita dah tercongok..dan kurang2 spend masa dlm setengah jam lebih sket dalam pasaraya tu...lps tu terus balik rumah takde nak merayap sana sini...


Tuesday, May 25, 2021

Rindu 1, 2, 3 dan 4

Assalammualaikum,

Sekarang ni ramai yang share kat media sosial, video call anak2 yang tak dapat berada di samping ayah dan ibu tercinta serta orang yang disayangi ketika sakaratul maut menjemput.  Allahhh....

Memang teman boleh jer hari2 jumpa mak n abah. Tapi teman ambil langkah selamat. Sebab teman tak mau teman yang akan membawa penyakit. Kecuali atas sebab kecemasan. Seperti bawa mak n abah untuk appointment kat hospital dsbnya. Tu pun segala mak nenek SOP teman pakai.

Maklumlah kat ofis tu hari2 ada orang jumpa teman, Staff la nak discuss itu ini. Tapi teman memang dah kabor...jangan merayap tak tentu arah. Tapi siapa la teman untuk menghalang orang. Tak kan every hour nak report...iskhh..tak siorrr bak kata orang perak. Bila balik kerja sah2 naik lift nak ke rumah kan..kadang2 ada orang lain dalam lif lagi ler teman seram...Doa la supaya kita semua selamat...aminnn....

Tapi...Dema2 ni lagi rindu kat mak n abah...

Rindu 1

Rindu orang jauh ni. Balu arwah fahmay. Katanya dapat ubat la rindu sket bila ngulit cucu. 


Rindu 2 ;

Yang ni selang satu negeri jer...Senawang mariii...


Rindu 4 :

Yang ni satu negeri tapi lain daerah. Selang seminggu video call opah n atok. Hai la cucu...



Rindu 4 :

Yang ni paling dirindu....ni la Amin. Tu ketiduran lepas mengamuk tak dapat pegi rumah opah.
Walaupun berlainan tingkat. 
Memandangkan adik kat bangunan ofis dia ada yang positif...mmg tak nak ambil risiko turun ke rumah mak.


Monday, May 24, 2021

Kartun Kegemaran di Waktu Kecil

Assalammualaikum,

Oh! hari ini lemau sikit...bukan apa dah la sakit perut ulang alik ke tandas, lepas tu PA hari ni takde so ada kerja kena buat sendiri...

Kau kenapa mak gebu (panggilan dari wak lat, awat la panggil mak..abang lawannya akak lerr...or lebih afdal panggil......hehehehe). 

Selama ni tak pernah ada PA boleh pun buat sendiri...eh! tak juga suruh exec buat..

Ok kita take a break kejap.

Sajer jer nak share kartun kegemaran kami adik-beradik masa kecil...maklumlah yang lelakinya lagi ramai dari perempuan...so ada la perempuan tu terikut-ikut gaya abang dan adik2 lelakinya...

Taraaa......


Comel jer Goku and Gohan masa kecil...


Super saiya




Dengar2 tahun 2022 nak keluar filem super saiya ZZZZ..... 


Friday, May 21, 2021

Forgive and Forgiven

Assalammualaikum,

Orang kata mimpi ni mainan tidur..

Tapi entahlah lately ni ada la si polan ni masuk dalam mimpi..

Tanya abang gebu and he said mungkin dia nak minta tolong...

Eh..takpe tiap2 hari teman baca al-fatihah 40x lepas subuh dan niatkan selain dari diri sendiri, kaum keluarga, nenek moyang, Rasulullah SAW termasuk juga sahabat/teman/kawan/boypren/girlpren yang pernah kenali dan mengenali teman.

Yang teman tau teman dah minta maaf pada sesuatu yang teman tak pasti mana silapnya dan confirm teman takde salah apa2...hati manusia mana la kita boleh tebak kan...

Malas fikir...hari jumaat ni baik kita beli biskut nabati, sedekah kat kawan2 untuk breakfast...


Jadi la macam sungai..walau tersekat oleh batu masih mencari jalan melepasinya...


Thursday, May 20, 2021

Kabut / Kabut

Assalammualaikum,

Hari ini adalah hari raya untuk sesiapa yang berpuasa 6 berturut2 sekiranya bermula dari 2 Syawal. 

Alhamdulillah dan tahniah.

Sesiapa yang belum kita usahakan lea yea..inshallah dipermudahkan.

Pagi ni seronok pula tengok suasana luar rumah...

Skyline dilitupi kabus...

Udara pun sejuk...



Sentiasa jaga diri.

Pakai pelitup muka

Basuh tangan 

Elakkan berada diluar rumah/pejabat jika tiada keperluan.

 

Tuesday, May 18, 2021

Expired Card

Assalammualaikum, 

Bila kad yang kita selalu guna ada expiry term...rajin2 la nengok yea.

Jangan jadi macam laki teman...mengelabah semacam bila kat smart tag line tulis 'kad anda tak sah'. Oiiii cuak wooo...mana tak nya baki ada dekat 100 lebih. 

Setakat lenggang kangkung p cari booth yg boleh buat payment ok lagi..ni siap kena hon dan maki hamun dari other driver kat belakang kita...oh no....


Yang kad bawah tu expired bulan 4. Cheh!..ingat boleh transfer baki amount kat kad baru. 
Sekali tak boleh.
Kena daftar kad ni kat portal dulu then baru p link yang untuk refund. Depa akan masuk duit dalam akaun.
So kena la top-up kad baru tu another RM100.... 



Sunday, May 16, 2021

Raya PKP 2021

Assalammualaikum,

Raya tahun ni sama macam raya tahun lepas. Kena duduk rumah. Tak boleh ziarah menziarahi.

Takpe la...

So petang ramadhan terakhir, teman masak la lauk sket.

First attempt buat kuah lodeh lorrr sbb selalu paw yang mak masak...

a) Bahan semua ada : udang hidup, tempe, tauhu kering, carot, sengkuang, kacang buncis, cili merah, terung, kobis, suhun dan fucuk. Guna santan kotak kara jer senang..

b) Rupa : elok kuning nyea..

c) Rasa : hehehehehehe..tawar melesior..sbb teman letak garam sikit bebenor...

2nd dish buat ayam goreng masak sambal merah. 

Rupa : tak berapa berkilat sangat sbb kurang minyak...Memandangkan abg gebu tak suka letak sos cili atau tomato or sos tiram dalam apa2 masakan berunsur sambal sooo tak berapa merah sangat ler...gula pun tak taruk.. as alternatif teman letak la buah keras barang sebijik dua..

Rasa : Anak n menantu kata sedap...

Teman rebus ketupat mini..


Jangan la kata teman makan semua tu. Lps masak kita packing2 kan. Hantor kat mak sikit, anak menantu sikit, guard kat bawah tu sket...


Berdua jer la beraya tahun ni...

Hari Raya ke 2, buat laksa johor dengan ayam goreng berempah. Sama juga packing2 then bagi kat orang.

Hari Raya ke 3, teman masak rendang daging. Daging tu boss besar bagi. Ada 2 pack sekilo daging. So kita masak sekilo dulu. Teman tak tau la nama rendang kat bawah ni..Nak kata rendang cili api, memang base dia cili api tp awat nampak gelap...

Nak kata rendang orang perak..klu tengok mak masak mana ada tumis-tumisan..tak guna cili api pun....bahan2 semua lump sum dlm kuali dengan daging..bagi air daging kering baru letak santan...

Nak kata rendang minang, teman mana pernah tengok orang minang masak..hehehehehe..tapi mmg antara bahan2nyea teman letak gula nira sikit dan kerisik...cuma lupa nak letak cili boh...adoiiii...

Hantam jer la nama rendang apa pun...yang penting abang gebu makan...Mau tahan 3 4 hari...so gantung kuali jer la...hehehehehe.

Owh! kami dah start puasa nam syawal. So inshaAllah hari ni dah hari ke-3.


 Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir dan Batin...jangan lupa doa untuk saudara kita di sana..

Tuesday, May 11, 2021

Tersesat

Assalammualaikum,

Ntah macam mana kami boleh masuk ke dalam ni. Hehehehehe..

Tiada ngauman enjin...sepi jerr..



 

Monday, May 10, 2021

Pukul 3.30 petang

Assalammualaikum,

Owh...pukul 3.30 petang adalah waktu yang sangat mengantuk pada bulan Ramadhan ini...hehehehehehe..mungkin paras gula dah kurang...

Tambah pulak cuaca kat luar panas..manakala dalam bilik ofis sejuk dengan aircond...begitu menyumbang untuk mengkuyukan mata....

Memandang skrin laptop dengan angka2 + valuation report....owhhhh..tidak...

Dengan case +ve yang makin naik, serangan di Masjid Al-Aqsa pada 27 Ramadhan, Ramadhan yang lagi 3 hari nak tinggalkan kita...Hmmmm...


"Maybe I Maybe You"


Maybe I, maybe you

Can make a change to the world

We're reaching out for a soul

That's kind of lost in the dark


Maybe I, maybe you

Can find the key to the stars

To catch the spirit of hope

To save one hopeless heart


You look up to the sky

With all those questions in mind

All you need is to hear

The voice of your heart

In a world full of pain

Someone's calling your name

Why don't we make it true

Maybe I, maybe you


Maybe I, maybe you

Are just dreaming sometimes

But the world would be cold

Without dreamers like you


Maybe I, maybe you

Are just soldiers of love

Born to carry the flame

Bringin' light to the dark


You look up to the sky

With all those questions in mind

All you need is to hear

The voice of your heart

In a world full of pain

Someone's calling your name

Why don't we make it true

Maybe I, maybe you


Menyelusuri Pantai (Part 3) - Pantai Bagan Lalang dan Jeti Sirip Biru

Assalammualaikum,

Destinasi terakhir adalah Pantai Bagan Lalang. Pantai yang agak terkenal sebab ada hotel terapung atas laut.



Seterusnya kami ke Jeti Sirip Biru. Kat sini macam ada tempat jual hasil laut.


Ini ikan cencaru aka ikan jaket...sirip dia tak warna biru pun...






Friday, May 7, 2021

Menyelusuri Pantai (Part 2) - Pantai Cunang

Assalammualaikum, 

Dari Bt Laut kami teruskan perjalanan. Terjumpa lak signboard Pantai Cunang sebelum pekan Tg Sepat. Maka harus diteroka nih!!!

Rupa-rupanya pantai ni merupakan kawasan paya bakau yang diuruskan oleh komuniti orang asli di situ. Cuma tak boleh teroka sbb unable to access. Kata mudah ditutup mungkin sbb PKPB or masih terlalu awal waktunya or cuma dibuka pada hari minggu sahaja.

Ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini. Tak mahal mana pun.




Menyelusuri Pantai (part 1) - Pantai Bt Laut

Assalammualaikum,

Lepas land hearing rabu lepas, rasa macam dah muak dekat sebulan guna route Putrajaya-SKVE-Teluk Panglima Garang-Banting-Carey Island or Banting-Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya.

Apa kata kali ni kita guna route sebelah barat lak..kita lalu Morib-Bt Laut-Tg Sepat-Bagan Lalang-Sepang-Putrajaya. Biasa la valuer.

1st destination adalah Pantai Morib, tp teman malas nak ambil gambar sbb pernah post sebelum ni pasal Pantai Morib, Lagipun teman fikir semua orang tau kan. Cuma nak kongsi di bulatan kecil Pantai Morib ada batu kenangan dan dicatatkan disitu tentang pendaratan askar dari India as instructed by British which first troupe riki2 dulu kut2 la ada askar Jepun, 2nd troupe baru bawak masuk alatan senjata dan bom bagai. Ni berlaku masa perang dunia ke 2 yea.

2nd destination adalah di Pantai area2 Batu Laut. Ada satu kawasan macam medan selera dibangunkan oleh local authority termasuk satu port untuk kapal layar lepak.

Masa kami sampai lebih kurang pukul 10.55 pagi air baru nak pasang. Kawasan pantai ni landai dan agak berselut. Ada la bertegur sapa dengan pakcik yang sedang mencari ketam. Katanya ketam banyak takde. Mungkin habis dibuat shellout kut...





Anak ikan berlonggok. Jangan bela anak ikan sudah..wohaaa...



Remy Ishak ke??? Hahahahaha...bukan..bukan...
Ni bakal hero yang filemnya akan meletop tak lama lagi...hehehehehe




Thursday, May 6, 2021

Malam tak berapa nak raya

Assalammualaikum,

Semalam petang ada urusan di KL. Keluar dari ofis pun dah pukul 5 petang.

Masa tu hujan lebat baru turun disertai dengan angin kencang.

Selalunya tempat tujuan boleh sampai antara 20 ke 30 minit. Ini sampai kat area2 TRX mmg cuma ambil masa 20 minit. Tetapi nak sampai ke Kg Baru dari situ ambik masa sejam lebih. Giloooo...

Terpaksa kansel appointment. Tak boleh tunggu katanya. Dia nak balik PJ. Teman cakap tunggu dulu. Gerak lepas maghrib sbb KL luar biasa jemmnya. Maklumlah esoknya (iaitu hari ini) bermula PKP seluruh Selangor (wlaupun 6 daerah jer yg terlibat) consider seluruh la..

Tu la tak nak dengar cakap teman. Katanya dia sampai rumah pukul 11.30 malam. Hahahahaha...

Tunggu AG habis terawih baru nak gerak balik Putrajaya. Masa sampai Jalan Semarak tengok2 kereta gerak masuk ke kawasan Kg Baru. Lps tu belok ke Jalan Munshi Abdullah. Then Jalan TAR... 

Aiii bang ...ni nak p mana...Sajer ronda2 katanya......macam ada makna jer...idok ler teman nak masuk ke sini...jalan jem..orang ramai lagi...jangan buat pasaiii...kluster baru lak...

Macam malam raya oooo.....






Jalan Sungai Besi nak ke Seremban Highway pun jem...Haishhhh....

   

Wednesday, May 5, 2021

Ai Ai Cip

Assalammualaikum,

Pernah tak tengok drama kepolis-an waktu petang2 zaman 80 dan 90an tak silap.

Eric Estrada nama pelakon dia. Drama CHiPs.

Tadi ada land hearing buat kali terakhirnya di Hotel Impian Morib. Sekali nampak motor ni daaaa...

Motor polis lama...




Bulan Sabit

Assalammualaikum,

Bulan sabit masih kelihatan pagi ni.

Si merah delima pulang ke tuannya...alhamdulillah.


Conezion : 7.09 pagi


Tuesday, May 4, 2021

Pelangi Muncul Lagi

Assalammualaikum,

Dalam gelap langit dilitupi awan hitam, pelangi masih sudi memunculkan diri.

Begitu juga kehidupan.

Jangan pernah putus asa dengan hidup. 


SKVE : 5.50 petang. 


Monday, May 3, 2021

Mencari Lailatul

Assalammualaikum,

Semalam malam ganjil. 

Orang kata klu mlm tu mlm Lailatul Qadar suasana ala2 redup, tenang, sunyi..

Tapi pagi semalam langit cerah, panas, tak berapa nak sunyi..