Wednesday, February 24, 2021

3 kisah

 

Assalammualaikum,

Cerita 1

Suatu hari Azizah (bukan nama sebenar) menerima pautan mesej dari seseorang yang tak dikenali melalui mukabuku. Pada awalnya pertanyaan adalah berkisar kepada suasana kerja dan kebetulan Azizah memang bekerja di dalam bidang tersebut. Dua tiga bulan masih dalam mood bertanya khabar, kesihatan dan kerja. Azizah tetap melayani pertanyaan tersebut tanpa ada apa2 prasangka kerana Azizah telah menyatakan dari awal bahawa dia telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang menginjak dewasa.

Sehinggalah satu hari kenalannya telah berkongsi gambarnya bersama anak2nya serta meminta izin untuk mendapatkan nombor telefon Azizah. Azizah menyatakan dia perlu meminta izin suaminya dahulu dan kenalan tersebut bersedia untuk bercakap dengan suami Azizah.

Memandangkan dari mula berkahwin Azizah tidak pernah menyembunyikan apa2 kegiatan dari suaminya malah suaminya mempunyai access ke atas ke setiap akaun laman sosial azizah termasuk akaun wassap/telegram. Maka suaminya mengizinkan Azizah untuk memberi nombor telefon kepada kenalan tersebut.

Maka bermulalah bila mana hampir setiap hari kenalannya menghantar mesej bertanya khabar. Berkongsi apa yang dia lakukan seharian dan Azizah juga akan berkongsi masakan yang di masak, kemana dia pergi dan sebagainya. Setelah lebih dari 3 bulan dalam kondisi tersebut kenalannya mula bercerita tentang masalah peribadinya. Pada awalnya Azizah sekadar boleh menasihat dan memberi kata-kata semangat sehinggalah suatu hari kenalannya mula menyatakan perasaan sayang kepada Azizah dengan menyatakan kata-kata manis seperti..’awak ni mcm arwah isteri sy la’..’alangkah baik kalau semua masakan tu awk masak untuk saya’…’I wish i ada dengan u bila u jalan-jalan tu’….’bila you bawak balik kerja I akan temankan you siapkan semua kerja-kerja you…..’kalau u ada masalah dengan suami u, u cerita kat i’….uishhh…saiko….

Pengakhirannya Azizah hampir jatuh hati dengan kenalanya tetapi dia lekas sedar bilamana kenalan tersebut sudah mula meminta wang daripada Azizah. Azizah terus blok nombor kenalannya.

Selamat Aziziah.

 

Cerita 2

Cerita hampir sama seperti diatas. Kita namakan subjek sebagai Sarimah. Sarimah adalah seorang wanita berkerjaya dan tidak berkahwin. Beza Azizah dengan Sarimah adalah Sarimah tidak kisah untuk memberikan pinjaman wang kepada kenalannya. Sebab dia rasa dia dihargai dan diberikan perhatian dan apa salahnya jika dia menolong sedikit kenalan tersebut. Mula-mula beberapa ratus, kemudian ribuan dan hampir puluh ribuan. Kenapa hampir puluh ribuan bilamana Sarimah di bawa oleh kawan serumahnya berjumpa dengan seorang ustaz dan pada masa itu Sarimah seperti baru sedar dari alam fana cinta. Hehehehehe..

Selamat Sarimah dari rugi puluh ribuan.

 

Cerita 3

Cerita hampir sama dan kita namakan subjek sebagai Maria. Maria mempunyai jawatan sebagai penolong pengarah disalah satu jabatan kerajaan dan sudah berkahwin serta mempunyai lima orang anak yang sudah dewasa.

Maria memang mempunyai masalah dengan suaminya bila dia sudah merasakan yang dia tidak lagi menarik perhatian sang suami. Suaminya tidak lagi mahu mendengar keluhan Maria setiap kali dia pulang dari kerja. Tidur tak sama2 macam mula2 kahwin dulu. Bataniah pun dah bertahun tak dapat sebab sang suami mungkin ada masalah mati pucuk tapi tak nak buat pemeriksaan.

Maria juga atas dasar kasihan memberikan pinjaman beberapa ratus ringgit. Tetapi dia cepat tersedar bilamana ayat-ayat kenalannya mula ayat skema sekiranya Maria lambat respond ke atas permintaan sang kenalan untuk meminjam wang.

Maka Maria telah memblok dan tak ambik tahu langsung pasal kenalannya. Tetapi Maria telah bercerai dengan suaminya bila dia mendapat tahu bahawa sang suami mempunyai dua sugar baby. Cheh!

 

Kesimpulannya apa yang kita boleh ambil ikhtibar dari cerita diatas. Nanti la saya sambung….


2 comments:

Wak Lat said...

wahh.. kisah masyarakat ni.. 😅😅😅

fzy fuzzy said...

Iya..boleh lah...untuk jadi panduan dan rujukan...hehehehehe.