Thursday, February 11, 2010

Lakaran jiwa

Sepatutnya kembara ke Hongkong hari tu (tahun lepas) ada 2 3 entry. Tetapi mungkin aku malas nak meng"update", maka macam tak lengkap perjalanannya. Dalam mengemas-ngemas ruang kerja di bulan terakhir aku di Temerloh ini, aku mencuri kesempatan untuk pada hematku patut di kongsi bersama.
Aku bukan peminat tegar seni, tetapi dari kacamataku apa yang indah itu lah yang dikatakan seni. Maksudku bila manusia yang melakukannya. Kalau lukisan abstract aku tak pandai mentafsirnya tapi kalau lukisan yang menceritakan tentang alam sekeliling dan manusia, haaa...sah sah la aku paham.
Oil painting oleh pemuda cina ini pada aku sungguh indah sekali. Just imagine kami boleh spend masa yang lama melihat kesemua lukisannya yang dihasilkannya walaupun sudah tiba masanya untuk dia menutup galeri kecilnya. Ya lorrr....kitaorang borong lukisan banyak maaa....




The painter






Aku ada beli, tapi sampai sekarang tidak di frame kan lagi. "Little house on the praire."
Sedikit tips, pelukis ini menjual dengan harga yang murah. Kalau di Malaysia RM300, saiz yang sama hanya RM40 ke RM60 sahaja.

No comments: