Tuesday, February 2, 2010

Amazingly Singapore - Kota singa

Day 1 - 30hb Januari 2010


Depart dari KL ke Singapura pada jam 9.30 pagi menaiki bas kat bawah ni, Suasana Edaran Sdn Bhd. 36 seater dengan tv, video game (check it out at www.suasanaedaran.com.my). Tiba di Gelang Patah Rawat dan Rehat untuk makan tengahari sekitar jam 2 petang. Memasuki Kota Singa melalui Tuas 2nd link Checkpoint and Singapore City Tour.



Our tour guide, Pak Salleh Agustar bermula dari lepas imigresen Singapore sampai la ke Merlion area tak berhenti2 menerangkan tentang sejarah Singapura, bangunan2 yang ada di kiri dan kanan jalan, etc..kira lots of info la on the first day arrived at Singapore.





The Landmark
Selepas Merlion, kami langsung ke Singapore Flyer. Best. Macam2 bole buat. Bole dining dalamnya, buat wedding ceromony n proposal pun bole.



Sepatutnya lepas Singapore Flyer kami check in kat Landmark Village Hotel near Kg. Glam tetapi sebab takut tak sempat kerana nak mengejar show di Night Safari kami hanya singgah solat Zohor dan Asar sebentar di Masjid Sultan kemudian terus ke Hajjah Maimunah Restaurant di Beencoolen Street untuk makan malam.




Pemandangan shopping area kawasan Kg Glam dari atas Masjid Sultan

Macam kenal tag nama tu!!!!!!!!!


Teh botol dalam kotak.
Food biasa ajer. Tapi sebab lapar bedal ajer la.

Tempat berkumpul kut2 kalau sesat dalam Night Safari.
Macam-macam binatang ada. Yang paling besar tentulah gajah.

Balik dari Night Safari sekitar jam 11.30 malam. Check in hotel, mandi-mandi...ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ



Day 2 (31hb Januari 2010)


Awal pagi sekitar 9 pagi kami dah bergerak ke Jurong Bird Park.






Dari Jurong bird park kami singgah ke Makam Mohd Noh. Solat Zohor di sini.



Dari sini kami ke Sentosa Island untuk makan tenghari dan meneroka taman tema ini. Kami makan di Samundar Restoran.


Lepas makan kami ke Sentosa Imbiah. Kitaorang masuk Images of Singapore (muzium). Kemudian kami naik Sky Tower, rasai adventure ride Luge & Skyride, naik The Merlion.



Orang dulu-dulu tengok wayang



Sky tower



The gigantic Merlion statue

Kapal-kapal bawak pasir


Luge & skyride




Selepas naik The Merlion kami dinner di The Archers Restaurant.
Buffet style. Food. OK


Songs of the Sea shows. Fantastic. Bombastic



Selepas Sentosa Island kami pulang ke Hotel sekitar jam 9 malam. Tapi kami ada agenda malam tu. Nak pekena....ala aku lupa lak nama makanan ni. Best! Aku, Linda, Kak Ina, atuk dan nenek sedara Linda bawak kitaorang makan kat Beach Road Garden.


Ha..ni la dia.
Aku yang tak makan daging kambing boleh terjebak.
Memang sedap dan lazat. Pheh....terasa-rasa lagi.

Selepas makan kami ke Mustafa Centre di Arab Street.
Aku beli something untuk mak (sempena birthday dia yang jatuh pada hari valentine day) dan abah. (Peralatan yang related dengan tahap kesihatan masing-masing, heheheheh)

Day 3 (1hb Februari 2010) - last day

Kitaorang stay kat hotel ni.
Landmark village hotel room 1111.


Sarapan pagi mertabak kat Restoran Zam-Zam depan Masjid Sultan
Kuah dia pedas sket


Acara terakhir hari ini adalah shopping di Mustafa Centre, Bugis Street dan Orchard Street.
Kitaorang lunch kat Seoul Garden BBQ Restaurant di Bugis Street.
Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang dan sampai jam 11.30 malam.
Lawatan ini dianjurkan oleh www.pototravel.com.my

No comments: