Part 2 ni masih lagi berkisar kepada peristiwa2 dan scene yg berlaku semasa aku berada di Madinah (especially di dalam Masjid Nabawi).
Suasana 1 - (Masjid Nabawi)
Bila bulan puasa bilangan manusia yg mengunjungi Madinah especially Masjid Nabawi adalah seperti yang berlaku pada musim2 haji...tambah2 orang berebut2 utk menunaikan solat terawikh, berqiamulai, bertasbih, bersembahyang sunat bagi merebut fadilat utk 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan.
Berbagai2 bangsa, keturunan, datang dari serata dunia- semuanya dengan tujuan yg satu, beribadat kepada Allah S.W.T.
Dikhabarkan juga suasana yg lebih sesak di Mekah.
Apa2 pun, alhamdullilah aku dapat juga menjalankan ibadah puasa di Madinah.
Tercari-cari juga punca mana datangnya suasana dingin bagi ruang kosong diantara pintu Othman bin Affan dan dataran masjid yang berlantaikan marmar putih. Nak kata air cond dari dalam masjid menerjah keluar, x mungkin sebab aku cuma rasa sejuk bila aku berdiri betul2 didepan pintu masuk masjid. Sedangkan suasana dingin ini merangkumi 30 kaki dari boundary anak-anak tangga di pintu masjid sehingga sampai ke bangunan tandas bernombor 11a. Subhanallah.......
Suasana 2 - (Masjid Nabawi)-Rezeki bagi orang bersedekah
Walaupun aku tidak berbuka puasa di masjid, tetapi apa yang mereka makan aku dapat merasanya setelah selesai solat terawikh. Kurma (pelbagai jenis), laban (sejenis yogurt), roti (pelbagai jenis) diberi kepada kami ketika sedang bertadarus al-quran oleh entah siapa tah!, dengan menyebut sedekah!sedekah!sedekah!.....(orang dah beri kita rasa la ek...). Kurma tu bukannya sebijik dua (satu bekas ais krim di berinya kat kami, bayangkan 5 malam aku kat sana- so dengan kurma2 tu la aku makan sepanjang malam serta ketika bersahur)
Suasana 3 - Masjid Nabawi (ukwah)
Tak kira apa bangsa, bila muazim menyebut sauufffff....(betulkan saf), sebelah aku mungkin bangsa turki, bila lain-lain waktu, bangsa afrika, iran, pakistan, bangladesh, india, maldives, syam, syria.........Bila bersalaman walaupun aku tak paham apa yg dia tanya, aku cuma cakap malaysia!malaysia!malaysia....mereka mengangguk2, paham la kut...lepas tu dia ajak aku berborak dalam bahasa mereka....(aku...senyum ajer la...sepatah haram aku tak tau....mana yg boleh berbahasa Inggeris...ok la sket....).
One thing about turks ni, kalau duduk sebelah depa...wangi teramat....kadang2 siap peluk2 aku...tambah2 kalau aku pakai tudung yg ada ala-ala banyak batu berlian kat hujung tudung, sambil senyum2 dan tunjuk2 tangan depa...aku rasa depa nak batu tu sebijik kut...harharharharharharh....
Bila aku letak tangan atas riba, makcik2 turki tu siap pegang2 tangan sambil tunjuk2 kat jari aku....ape ke benda la yg depa nak tanya....ooooooo....aku dapat.....rupa-rupanya dia tanya cincin kat jari mana?....aku sengih jer la.....aku cakap la solo maaaaa.....harharharharharhar......
Suasana 4- Masjid Nabawi -laluan ke Raudah
Macam aku cakap sebelum ni, Arab2 memang dok respek kat orang Malaysia....masa group Bahasa Melayu (Malaysia, singapura, Indonesia, Brunei) tengah duduk sebelum tunggu giliran nak masuk ke dalam kawasan Raudah, ada sorang petugas Arab siap cakap dalam Bahasa Inggeris...antara pujiannya..." look to this Malaysia, Indonesia, ibu-ibu, masyallah, masyallah.....they r good, bagus...baik....bla..bla...bla....siap peluk2 kitaorang....sambil mengerbangkan hijab dan burkanya....macam batman n keluang man la pulak.....
Pintu gate No. 25, laluan masuk aku n jemaah lain setiap kali kami ke Masjid Nabawi
Laluan pejalan kaki bangunan hotel tempat penginapan kami dan berlatarbelakangkan bangunan hotel yang menghadap dataran masjid nabawi.
Masa kat madinah ni, aku pernah la bermimpi sekali....hemmmmm....apa mimpi tu...biarlah rahsia....harharharhahar.....
2 comments:
Salam sis...
thank you for visiting my humble abode...
alahai..rindunya akak nak ke sana semula, bila tengok gambar2 you... tergenang air mata dgn kemurnian hati you sis kerana suid mendoakan akak semasa di Hijr Ismail... Semoga Allah sentiasa merahmatimu dik...
take care ans wassalam
Salam kak,
small matter tu semua....insyallah kalau diizinkan saya nak ke sana lagi...berpuasa dan berhari raya di sana...tahun depan...mungkin....
To u sis, stronger everyday, every second k....
Post a Comment