Venue : Jeddah-Madinah
Setelah hampir 18 jam waktu perjalanan (ambil kira dari waktu keluar rumah termasuk delayness the series sehinggalah kapten aeroplane buat announcement yg kapal terbang akan landing tak berapa lama lagi di King Abdul Aziz International Airport- itu tak termasuk perjalanan ke Madinah yang mengambil masa another 6 hours). Ya Allah, sesungguhnya jika ini dugaanmu, aku REDHO....
Jeddah dari udara. Sepatutnya kami sampai di sini waktu subuh (subuh kat sini pukul 4.30 pagi), well...delay...delay...delay...sampai la dalam pukul 10.30 pagi. Ketua rombongan cakap, muassasah dah siap tunggu since subuh lagi....aku cakap tak pa la depa tunggu....bukan nak p mana2 pun....(nada suara tu ala-ala bengang sket sebab aku kesian kat mak n abah serta another 2 makcik yg pada pandangan mata kasarku berada didalam tahap keletihan amat sangat...tp mereka sembunyikan....ini semua kan COBAAN.....(petikan dari scene filem Pendekar Bujang Lapuk)
Naik feeder bas dari plane ke airport....bila dah jejak kaki ke Jeddah, kurang2 ada la garis-garis senyum di wajah jemaah aku ni semua. Ingat semua....ini adalah COBAAN.......
Kecik jer King Aziz Airport ni. One thing about this airport....TOILET!!!....kotor....nape la bole jadi macam ni...negara Islam....aku siap bagi duit kat minah Bangla yg cuci toilet tu...kasi bersih sket...sebelum aku dan jemaah lain nak masuk. Mungkin pada pemerhatian aku tak ramai perempuan yg kerja kat sini. Sebab kebanyakkan aku tengok semua pekerja lelaki...
Best thing bila jadi jemaah dari Malaysia ni, layanan pak-pak Arab pada kita different. First thing bila masuk jer pintu utama, depa terus tegur...Malaysia!!...this way. Apa lagi we all pun follow ler bontot pak arab tu p ke kaunter imegresen. Even masa beratur...another pak Arab ask us to another kaunter to speed our process...dia cakap only for Malaysian...Cheh! kembang jer lubang hidung jemaah aku...kiranya ok what....terubat sikit keletihan...
Ada lagi satu peristiwa, mungkin melucukan dan mungkin juga jadi satu pengajaran....Bagi pompuan bujang, kalau nak p ke sini especially buat umrah kena ader mahram kan...Macam biasa abah aku tentu la secara automatik jadi mahram aku...manakala ader sorang lg kakak ingat abah aku pun jadi mahram dia (kakak ni actually jiran aku, she n her mom follow we all buat umrah kali ini). Bila pak Arab tu tanya kakak tu sapa nama Hajah Mydin Mohamad seperti yang tercatat dalam visa umrah...dia mcm tercengang2 la...abah pun mcm blur2...mamat tu cakap mahram!mahram!mahram!...abah cakap dia la....mamat tu dah la tak boleh berbahasa Inggeris...dok jerit, jerit...mahram!mahram!mahram!....Bila kecoh....kecoh...ketua rombongan datang la tengok...kita org tanya sapa mamat Mydin ni...bila dia tengok kat pasport...bantai gelak lak...apa hal ni....Rupa-rupanya Hajah Mydin tu another jemaah lelaki dalam group we all...kiranya kakak tu jadi mahram dia...not my father...abih mana we all tau (travel agency tu tak cakap apa2 pun kat we all)...abah siap cakap mamat mydin ni bapak kakak tu yg dah meninggal dunia...harharharharharharhar.....Mamat Arab tu siap cakap dengan abah...HARAM...kitaorg sengih jer la...(Moral of the story...pastikan siapkah orang (mahram)yg tercatat didalam pasport kita sebelum naik kapal terbang....buatnya org tu tak jadi pergi...maka mahramnya pun ikut sekali tak jadi pergi...NAYA ajer....)
Lepas abis seksa kat imegresen dan beg2 pakaian dah di collect, we all pun nak keluar dari lapangan terbang. Satu hal lak lagi....masa kat pintu keluar ader la mat2 arab berpakaian berseluar hitam, berbaju kemeja dan bertali leher hitam dok cek2 pasport orang. Pasport orang lain dia tengok2 gitu jer...tapi tang aku dan jemaah Malaysia dia ambik semua dan terus bawak keluar...eh! what happen ni...aku panggil la ketua rombongan....takut ma...kut-kut depa bawak lari pasport we all...kena duduk kat sini la jadi pelarian....Rupa-rupanya sistem mereka macam tu...sapa2 yg datang buat umrah, muasasah yg dilantik kena jumpa depa...settle something kut...(malas nak tanya)
Bila dah settle semua, kami naik van coster menuju ke Madinah. Masa tu sekitar jam 11.30 pagi. Kami diberitahu akan singgah di mana2 Masjid utk solat Jumaat. Laaa....hari Jumaat ker...ingat hari Khamis lagi.....harharharharharharhar....
Ni tempat yg terletak kira 500 meter dari lapangan terbang. Kami difahamkan semasa musim haji semua jemaah akan dibawa berkumpul ke sini terus dari kapal terbang masing2.
Selepas solat jumaat, kenderaan yg kami naiki singgah di stesen minyak utk isi minyak. Murah tu minyak kat sini. Diesel RM0.25 seliter.....
Nak kongsi lagi satu pengalaman...masa singgah kat satu tempat nama SISCO (ala2 rawat dan rehat macam hiway kat Malaysia tu), yang pompuan kiranya nak buat solat jamak bagi zohor dan asar...sebab kami tak boleh jumaat tadi akibat dari ruang masjid yg kecil...tak dapat menampung jemaah yang ramai....Ni le negara Arab....TOILET...eeee....kotoq...bau tak payah nak cakap...dah la posa....nasib baik la aku tak terkeluar isi perut.....nak amik air sembahyang kena tutup hidung macam kat padang pasir lak....depa ni tak tau nak flush ker lepas membuang....isk!isk!isk!isk!
Mungkin sebab keletihan, kami semua tidur sepanjang perjalanan... Kami sampai ke Madinah 45 minit sebelum waktu berbuka puasa. Maghrib kat sini pukul 6.15 petang.
Suasana yang agak kelam kabut....semua penduduk kat Madinah berpusu-pusu menyeberangi jalan utk ke Masjid Nabawi....abis kan ker dah waktu utk berbuka....
Kami sampai ke hotel, ngam2 masuk waktu berbuka....Kiranya kami berpuasa sehari suntuk ler gamaknya....ye la masa transit kat Dhaka baru pukul 9.30 malam...lepas tu tak makan apa2 pun...
Ni la hotel penginapan kami..Mawaddah Madinah Hotel...terletak kira2 100 meter dari pintu gate No. 25, Masjid Nabawi....kitaorang sedang bersiap2 utk ke masjid bagi menunaikan solat Isyak dan solat terawikh. Kat sini 20 rakaat jer tapi setiap rakaat ayat satu surah dan kadang2 lebih....tak der witir...malam tu sapa nak qiamulai, solat tahajud boleh la joint....
Episode 3- to be continues......
No comments:
Post a Comment