Venue : Madinah - Makkah
Air mata mengalir laju bila tiba saat mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah S.A.W. Bohong kalau aku katakan aku cuba utk tidak mengeluarkan air mata. Sekuat mana pun kita, setabah mana pun kita, apabila ustaz kecik membacakan doa dengan suara yang syahdu....walaupun ketika itu ramai orang yang lalu lalang, tiba2 kita akan rasa sunyi dan tenang sangat dan secara automatik air mata akan mengalir mengingatkan kita betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhamad S.AW.
Ketenangan di Madinah mengamit diri ini utk datang lagi, insyallah.....
Sekitar jam 3.30 petang, jemaah lelaki sudah bersiap sedia dengan pakaian ihram, manakala jemaah perempuan dengan telekung masing2 sebab kami semua akan bertolak ke Makkah. Sebelum sampai di Mekah, kami akan miqat di Tana'im iaitu 7 kilometer sebelum Mekah utk solat sunat ihram bagi menjalankan umrah kami yg pertama di sana.
Masa ni kami berehat sebentar di SISCO utk solat maghrib dan isyak. Sorry gambar blur sket. Jam 10.00 malam kami tiba di Mekah dan terus ke hotel penginapan yang terletak di north-west area of Masjidil Haram. Sampai2 jer terus dinner then bersiap2 utk buat umrah.
Mungkin malam, so aku tak berapa perasan tentang keadaan sekeliling. Tak salah hotel penginapan kami mungkin jaraknya 150 or 200 metres dari kawasan Masjidil Haram, compare macam di Madinah, kali ni kena membukit sket.
Kami masuk ikut entrance for Sae'i iaitu di Bukit Marwah. Since hari tu first day of eidulfitri, nak kata orang ramai...tak berapa ramai pun...nak kata tak berapa ramai....ramai la gak.....so and so....
Kami terus menuju ke Kaabah...sebelum tu solat sunat tahiyatul masjid dan terus memulakan perjalanan umrah. Bila terpandang Kaabah, selama ni yang aku dok terfikir, mampu ker aku tawaf keliling Kaabah - SEBAB aku tengok dalam TV atau gambar2, aku nampak Kaabah ni macam jauh ajer mungkin dek terlampau ramai orang yang kelilingnya...TETAPI bila aku sampai kat sini, masyallah...dekat ajer...DEPAN MATA...bukan riak ek...tapi itu la hakikatnya....Syukur sangat2 sebab DIA menjemput aku menjadi tetamunya....
Utk permulaan ustaz yg memimpin jemaah kami...(ader antara jemaah aku yg tak pernah langsung menjejakkan kaki ke Mekah, so kena la ader tunjuk ajar sket ek...), lepas tu dah faham, bolehlah kita buat sendiri....
Sa'ie di Safa dan Marwah. Selepas 3 hari raya, salah satu laluan ni di tutup, bagi memulakan kerja2 meng up-grade....
Sebahagian batu-batan di Bukit Marwah... ustaz tu cakap kalau boleh kita injakkan kaki kita masa berdoa bila tiba di sini...kalau orang ramai sangat....dia tak cakap apa2 pun...jadi korang kena tanya kat sapa2 yg pandai ek....
Setelah hampir 2 jam, selesailah ibadat umrah pertama kami....mungkin slow sket, sebab first time aku buat ibadah umrah ni....
Ni la laluan utk ke tempat Sa'ie. North-west of Masjidil Haram
Ni barber shop...biasanya...ramai la yg membotakkan kepala mereka especially yang dah selesai semua ibadah umrahnye, kira proses dah nak balik la ni....
Ni la hotel tempat penginapan kami, Hotel Al-Rasyid, terletak di celah2 pusat perniagaan....syukur alhamdullilah...menurut cerita muasasah kami...dulu hotel ni tak berapa orang nak duduk...sebab jauh...la ni...disebabkan hotel2 yg berdekatan dengan Masjidil Haram semua dah kena runtuh, so fully occupied la...
3 comments:
Syahdunya tengok Baitullah ni. Rinduku pada Mekah & Madinah terasa terubat seketika.....
"Sesungguhnya Shafa dan Marwah adalah sebahagian dari syi'ar Allah" Surah Al-Baqarah, Ayat 158. Teringat pengorbanan seorang wanita..isk,isk
akhirnya selesai sudah baca entry Umrah ni.... memang menggamit rasa dan kenangan... memang rindu nak pergi lagi...
ader 2 3 episode lg...belum cerita bab transit sehari semalam kat dhaka..tungguuuuu....
Post a Comment