Wednesday, September 3, 2008

Sesak

Date : 02/09/2008

Salam Ramadhan semua,

Hari pertama memulakan tugas dan hari kedua umat islam menjalani ibadah puasa setelah bercuti selama 3 hari. Semangat berkobar-kobar utk datang kerja awal akan wujud pada kita semua, maklumlah kena bangun sahur. Kalau tido balik, takut terbabas lak hasilnya sampai lewat ke tempat kerja ataupun tak sampai langsung. harharhahrharhar....

Kesimpulannya, bulan puasa mewujudkan satu fenomena pekerja yg biasanya datang lewat, datang AWAL ke ofis. Malangnya hari pertama mereka2 ini telah dihampakan, WHY?, Ah Soh yang selalu datang awal pagi membuka pintu utama dan membersihkan ofis tidak datang sebab menyambung cuti hari kemerdekaan. Hasilnya, sapa2 yg terDATANG awal terpaksa la menyesakkan diri di ruang lobi lift. Abis...kena tunggu org yg pegang kunci ofis datang maa.....tak tau la pukul berapa depa datang, al maklumlah boss, sure datang lambat punye. Maka terkuburlah semangat utk memulakan kerja awal. Sebagai memenuhi ruang masa yg ada, sessi membaca suratkhabar dan penceritaan lauk apa yg berbuka semalam dan bersahur tadi mengiringi pertambahan rakan-rakan ofis yang lain. Ye la, umpat mengumpat mana bole beb! kan ker bulan posa...harharharharhar...




Sebahagian rakan-rakan seofis. Surat khabar tu dari hari sabtu nyer, banyak tu, semua bahasa ada, sekurang-kurangnya dapat tambah ilmu pengetahuan daripada dok melongo tak der buat apa.


Sempena bulan ramadhan, waktu kerja adalah dari 9.00 pagi sampai 5.00 ptg. (ni utk muslim sahaja, non muslim balik macam biasa 5.30 ptg) - ala utk pekerja teknikal mcm kami yg sentiasa diburu dengan dateline, mana ada istilah balik awal....admin bole la...betapa dengkinya aku dengan depa semua....


Oleh kerna masih diawal bulan puasa, aku decide nak balik awal juga....alasan aku bg kat boss...mak i tak sihat laa..i kena balik awal...kena masak (macam la aku betul nak masak), i bawak balik keja ek...i buat kat rumah (boss aku sebenarnya mcm tak percaya sbb selalunya aku jarang balik awal, dah nak dekat berbuka baru balik sebab....jalan sesak teramat der.... dan lg satu kami bertiga ajer yg berbuka, aku mak n abah). Selalunya bulan puasa aku jarang makan nasi, ikut sunnah nabi maa...jamah kurma ajer, harharharhar...rasa2 tergoda pun makan kuih atau amik lauk ajer, nasi! no no no....kiranya bulan puasa ini aku dapat menjalankan aktiviti mengecikkan dan mengurangkan berat badan sket, sahur pun aku cuma minum air soya dan makan kurma, alhamdullilah cukup utk memberi tenaga kepada aku utk bekerja di siang hari, insyallah.

So dalam 5.20 ptg aku pun bertolak balik dari ofis. Seperti yang dijangka laluan jalan raja laut, jalan raja muda abdul aziz dan jalan semarak teramat la sesak. Mula2 jalan raja laut ok sket, nak masuk jalan raja muda abdul aziz kereta mula merangkak macam kura-kura. Aku agak jln tun razak sure jem gila ni! Memang pun. Kalau dengar radio tak der cerita lain, kat sini sesak kat sana sesak, tambah2 hujan ala renyai-renyai gitu, bertambah2 la sesak jalan kat KL ni.


Ni jalan raja muda abdul aziz, depan bangunan NAZA (kg baru), sesak kedua-dua hala. kat sini aje dalam 30 minit walaupun panjang jalan cuma 2.5 kilometre sampai ke simpang jalan tun razak.


Ni simpang jalan tun razak. Kesesakan bertambah teruk akibat dari sikap pemandu yg mementingkan diri sendiri. Tengah2 tu kan ker ader petak kuning, depa ni sekolah ker tak atau dapat lesen terbang!, agak2 la...Kalau kereta depan nampak tak gerak tak payah la nak pegi jugak, ini tak der nak masuk juga dalam petak kuning tu, bila lampu bertukar kaler merah kan ker dah halang laluan kenderaan dari arah jalan semarak dan jalan raja muda abdul aziz. Tu yang amik masa 30 minit nak sampai kat sini. Hampeh betul.....Bila ader polis trafik baru tunjuk ala2 kesopanan di jalan raya...Cheh!

Jalan Semarak pun sama aku amik masa lg 30 minit nak sampai rumah, maka terpaksalah aku mencari jalan alternatif utk elak jalan ni. Ala jarak dari rumah aku ke tempat kerja bukan jauh bebenor dalam lebih kurang 9 kilometer aje TETAPI kenapa aku ambik masa 1 jam 10 minit utk sampai rumah tu DAN sebab la aku balik dekat2 nak berbuka, sesak2 pun dalam 20 minit ajer atau kurang dari itu. Yang penting aku nak mengurangkan satu kenderaan dari memenuhi ruang jalan di KL ni. harhaarharharharhar......

2 comments:

nohas said...

Ini macam kalu, boleh slim beb..

fzy fuzzy said...

mane slim nyer, macam tu gak beratnye