Monday, September 8, 2008

Ziarah

Date : 6/09/2008
Route : KL - Kamunting-Selinsing-Taiping-KL

Seusai selesai solat subuh, kami bergerak ke Kg. Dew, Taiping Perak untuk memberi penghormatan yg terakhir kepada arwah mak lang (aku, ijin, mak n abah). Adik aku yg di Tikam Batu, Sg. Petani pun datang menziarah. Sepanjang perjalanan melalui lebuhraya utara selatan kabus tebal meliputi bukit dan banjaran menandakan cuaca yg teramat sejuk, boleh dikatakan tiap2 hari hujan turun.

Kami sampai sekitar jan 9.45 pagi. Semasa berada di interchange Kuala Kangsar, adik aku dari Sg. Petani yg baru tiba membuat panggilan dan memberitahu bahawa jenazah baru selesai dimandikan dan bertanyakan lokasi kami berada. Insyallah, kami sempat sampai sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Seperti dijangka kami tiba semasa anak2 arwah sedang memberikan ciuman terakhir utk ibu tercinta termasuk adik beradiknya dan diikuti dengan saudara mara arwah. Suasana sedih menyelubungi dan seperti dijangka aku tidak dapat menahan airmata ini dari jatuh apabila melihat org2 di sekelilingiku menitiskan airmata walaupun cuba ku tahan. Al-fatihah.....

Sekitar jam 10.00 pagi, jenazah disembahyangkan. Dan jam 10.20 jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Suasana ketika itu terlalu sunyi, langit mendung, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa terasa sejuk bila mengena kulit. Apabila jenazah di bawa, beransur2 orang ramai yg memenuhi di luar rumah pulang ke rumah masing2. Yang tinggal adik beradik arwah dan pak lang menunggu dia pulang dari tanah perkuburan. Apabila tiba sahaja pak lang dirumahnya, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya.

Selalunya apabila selesai urusan pengkebumian, orang ramai akan dijamu dengan minuman dikuti dengan memasak utk makan tengahari bagi memberi laluan tahlil. Tetapi....ni kan bulan puasa, maka sementara menunggu hujan reda sessi bersoreh (berbual-bual kosong) memenuhi ruang. Berbaju ungu ditengah adalah pak lang dikelilingi oleh adik-beradiknya dan ipar duai.

Rumah pak lang ni terletak di tepi jalan besar iaitu jalan lama ipoh-butterworth (jalan yang teramat sibuk dengan kenderaan). Dibelakang dan dikiri kanan adalah sawah padi. Sekarang baru selesai musim menuai. Jadi tak dapat la tengok padi kuning.

Adik aku, si faizin sedang melayan panggilan dari isterinya. Si mamat ni pun berhajat nak mengambil gambar sawah padi dengan kamera canggih dia, Cheh!, siap nak suruh aku posing tengah sawah tu. Biar betul adik aku ni...tak mau la...dah la lepas hujan.....pacat sure bermaharaja lela....geli....wooo......

Sebelum hujan air dalam ban ni, keruh macam teh susu, lepas hujan lebat jernih balik. Kadang2 ader pokok teratai. Kalau dulu banyak ikan, anak2 dia pakai batang pokok betik jer buat pancing, kitaorg tengok jer la.....


Hampir jam 2 petang, adik-beradik pak lang mula meninggalkan rumahnya. Kami akan bertolak balik ke KL petang tu juga, tetapi sebelum tu mak nak singgah kat rumah adik perempuannya di pekan taiping.


Ini lah rumah paklang....sunyi la raya ni......


Rumah mak su kat Taman Jana depan kem tentera taiping. Sampai kat rumah dia, semua kena mandi, ye la lepas balik dari menziarah orang meninggal kena la membersihkan diri. Lepas solat cakap dgn mak nak tido jap...letih...sebab aku drive dari KL lg...lagipun si ijin baru abis kerja malam....Dalam 3.30 ptg boleh la gerak balik....singgah la bukak puasa kat mana2....3.30 ape...terlajak sampai 5.30 petang...tuan rumah cakap tak payah la balik lagi, buka puasa ramai2...Mak n abah cakap tanya drebar (aku ler tu...), sian la pulak...ok lah...kita bukak puasa kat sini...jom le siap2, kita p pasar ramadhan...beli juadah berbuka sket....

Senyum sampai ke telinga semua.......




Suasana didalam pasar ramadhan....macam2 ader...kuih peberet mak, limas...(ala yg macam kuih sampan guna daun pisang, tepung yg dibancuh dengan air daun pandan, atas dia ubuh santan...kukus...), tak jumpa la pulak...round2 last-last jumpa....suke mak....

Aku beli ikan pari bakar, 3 4 macam kuih muih, labu masak lemak, mertabak, ikan keli bakar....kira belanja lebih la sket sebab kat rumah tu ada 4 keluarga yg sedang menunggu...ramai wo....tak kan la nak beli sket-sket....

Ni ler juadah kitaorg semua berbuka puasa...alhamdullilah licin semua....

Ni gambar arwah atuk dengan opah. Hensem...harhahrharharhar. Jam 10.00 baru malam kami bertolak dari taiping. Sampai ke KL sekitar jam 1.00 pagi. Hujan lebat sepanjang jalan....faizin cuma ambil alih bila aku berhenti rehat di Rawat & Rehat Behrang.

Aku ari tu ader janji nak amik gambar suasana malam sebelum sampai toll duta kan....sorry arr...tak jadi.

1 comment:

nohas said...

Orang perak panggil limas, org kl panggil tepung pelita..org thai panggil tako..