Monday, September 15, 2008

Rumah Anak Yatim

Date : 14/09/2008
Venue : Rumah Anak Yatim Al-Munirah, Johan Setia Klang.

Setelah hampir satu bulan organized charity drive bagi mengutip derma dari kalangan ahli-ahli kelab kereta lebah (B6 B8) setiap kali tiba bulan ramadhan utk diberikan ke rumah anak-anak yatim terpilih, alhamdulillah hampir RM1k berjaya dikutip bersama2 beberapa kampit beras, gula, garam serta barangan keperluan dapur yang lain.

So beberapa wakil dari kelab ni memvolunteer kan diri untuk menghantar duit dan barang2 tersebut ke rumah anak-anak yatim al-munirah, jalan johan setia, kelang, selangor darul ehsan pada tarikh yang telah ditetapkan.


Port pertemuan adalah selepas toll kemuning, KESAS jam 9.30 pagi. Antara beberapa org yg telah sampai termasuk aku tgh tunggu 2 3 kereta lg nak sampai.


Bila dah cukup korum, dalam 10.00 pagi kami bertolak ke destinasi tujuan.

Ni la signboard. Senang nak cari....

Sessi memunggah beras dan barangan keperluan dapur yang lain.

Ni signboard kawasan asrama. Pada hari tersebut, asrama ini sedang sibuk menyiapkan majlis untuk berbuka puasa. Kami semua dijemput, tapi minta maaf la....kami tak dapat menghadirkan diri, tu yang datang pada pagi ni....

Kaum ibu dan anak-anak yatim sedang bertungkus lumus menyiapkan barangan untuk keperluan memasak didalam dewan makan. Difahamkan anak2 yatim ini makan bersila dilantai dan makan bersama2 didalam satu dulang untuk mewujudkan ukhwah dan perpaduan sesama mereka.

Rumah ini mempunyai seramai 45 orang anak yatim berumur antara 5 - 17 tahun. Lelaki seramai 21 orang dan selebihnya anak yatim perempuan bersama 11 orang kakitangan. Anak-anak ini semua dihantar kesekolah-sekolah agama berhampiran termasuk sekolah tahfiz. Bangunan asrama, pejabat dan rumah penyelia baru dibina selama 3 tahun dimana peruntukan dari jais sebanyak rm20k selebihnya hasil dari kutipan dan derma perseorangan dan syarikat. Tanah tersebut dibeli oleh pertubuhan ini dengan harga rm450k.

Sebenarnya kalau tak salah aku perbelanjaan untuk mengurus rumah-rumah anak yatim termasuk kemudahan tempat tinggal, persekolahan, tuisyen, yuran utk guru mengajar, makanan, etc, sekurang-kurangkan memerlukan lebih dari RM25k sebulan. Dengan keadaan barangan keperluan dapur yg makin naik, kurang2 rm30k lebih sebulan sekarang. Menurut penyelia kat sini, mereka hanya ada satu syarikat tetap yg menderma sebanyak RM3k sebulan serta dari JAIS, selebihnya hasil dari jualan barang2 yg dihasilkan oleh anak-anak dan kakitangan, derma2 tabung tin yg diletakkan dimasjid @ surau serta derma orang perseorangan etc.

Setelah hampir 1 jam kat sini kitaorang semua pun minta izin membelahkan diri.

4 comments:

nohas said...

Alhamdulillah, semoga anak2 itu dpt bergumbira di hari raya. Keep up a good work..

fzy fuzzy said...

Sy cuma menjalankan sebahagian dari tanggungjawab sebagai sesama islam. Kurang2 duit yg saya ada, sy sedekah kat orang yg lebih memerlukan walaupun jumlahnya cuma seringgit dua.

Rush Murad said...

rasa mcam nak join jer.... kat sini pun ada gak, buat majlis berbuka dgn anak2 yatim...

fzy fuzzy said...

tak pe, lain kali turun semenanjung ader kesempatan dan kelapangan boleh lah joint.