Wednesday, September 10, 2008

Kelana Jaya

Date : 8/9/2008
Route : Ofis-Kelana Brem Tower-Ofis

Aku dapat panggilan dari opis lama suruh sapa2 collect payment for valuation job yg aku buat last month. Banyak tu ader la dalam RM66.7k. Kat Kelana Jaya woo..., nak suruh sapa lak ni. Opis boy opis aku main area2 KL jer, rakan2 seperjuangan yg lain tak der lak p area2 ni. Orang akaun dok bising bila payment nak dapat. Cheh! last2 aku sendiri kena p collect. Ah! pedulik apa, aku claim la mileage, abih tak dak sapa pun nak p....harharharharhar.....

Aku macam biasa suke ikut highway, senang beb, cepat sket....aku guna NKVE exit kat Subang toll. Dari toll ni susur kiri dalam lebih kurang 500 meter. Lepas amik cheque dan jumpa boss lama serta ex-opismate utk bermaaf-maafan, aku chow ler..... Ex-opis aku terletak di SS7, Kelana Jaya. 2 tahun lepas aku ulang-alik dari KL ke sini, minyak usah cakap, toll lagi, tapi gaji ok la....nak ke sini boleh gak guna LDP.


Ni Kelana Centrepoint, developed by Glomac.


Ni lak Stadium MPPJ, selalunya international ragbi selalu buat kat sini termasuk ler acara-acara lain.


Ni Masjid Tengku Kelana Jaya Putra, dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor 4 tahun lepas. Masjid ni ex-boss aku yg sponsor pembinaanya. Berapa juta....tak yah la cakap. Kira sedekah jer. Aku dan ex-opis yg lain (Muslim jer ek), ader la involved dalam apa2 aktiviti kat masjid ni. Masa DYMM Sultan first time berkenan berbuka puasa kat masjid ni, kitaorg semua bertungkus lumus dari A sampai Z. Since Sultan berkenan dengan kelancaran majlis tu especially kehadiran anak2 yatim jemputan dan memuji melambung kat boss aku, malam tu jugak boss aku siap call aku dan bagitau suruh informed kat kawan2 lain esok cuti...Yahoo....jaki ajer cino2 kat ex-opis aku tu....apa plak...kita penat maaa....uruskan majlis tu, depa dok kutuk tau la...kata membazir...Cheh! apa barang....ini sedekah maaa..... dan suka hati ex-boss aku la nak belanja berapa banyak pun (duit dia), duit gaji yg mereka dapat tiap2 bulan tu semua berkat untung meniaga bila boss ambil sedikit ruang utk menyedekahkan sebahagian pendapatannya ke arah benda2 macam kat atas..... Kitaorg semua tak mampu lg, sket2 bole ler....harharharharharhar


Menurut kata ex-boss aku masjid ni kalau tak salah dia ikut sket2 design salah satu masjid kat negara arab...tak ingat lak aku...iran ker, afganistan ker, go head gostan ker...Fully air-cond n sapa2 sembahyang kat sini sejuk dan nyaman gitu....pasang masa sembahyang jumaat dan sembahyang terawih jer laa....bil elektrik tinggi maaa.....

2 comments:

Rush Murad said...

dome masjid tu macam al-aqsa lerr... berkat gaji/pendapatan kalau sebahagiannya disedekahkan ke jalan yg betul...

fzy fuzzy said...

ye la en. rush, baru saya ingat, memang follow design dome al-aqsa...terima kasih