Friday, May 20, 2022

It's Complicated

Assalammualaikum,

Apa la masalah bila kita nak uprade laptop yang lembab...

Kalau teman ni memang la tak tau..sebab  komputer tu bukan bidang teman. 

Tetapi apa2 bidang pun, kita kena letakkan diri kita dalam shoe as a lay man. 

Macam teman, nak cerita tentang teknikal thing about property kat makcik jual nasi lemak..for sure tak faham kan...so terangkan la dalam bahasa yang makcik tu mudah faham.

Contoh : Makcik! harga rumah makcik beli RM380,000. Tetapi ikut nilai pasaran dalam RM300,000 jer...sebab rumah makcik takde renovate atau tambah belakang bagi besar. Rumah standard jer.  Yang RM380k kalau ada tukar lantai ke..tukar siling ke..tambah belakang ke..tukar pagar automatik ke...bla..bla..

Takkan teman nak cakap..transaksi kat situ dalam anggaran RM280k ke RM300k. So berdasarkan analisa kami dengan memasukkan faktor2 seperti masa, lokasi, kemudahsampaian, pegangan, Faktor lain yang menyumbang seperti keadaan ekonomi, inflasi, covid, pasaran saham jatuh, ringgit lemah, etc.. Percentage bagai...acerrr..biol makcik tu nak faham.

Ok. Berbalik pada laptop teman. Dah 2 1/2 bulan laptop terbarai.

Bila tanya...oooo...tengah nak order barang.

Tanya lagi..ooo..stok takde...

Tanya lagi...rupa-rupanya yang order dulu silap..

Knp silap..laptop ni harddisk dia 1T tapi sy order 500GB...koa apa kena..adusss...

Tanya lagi..bila boleh ok laptop tu...ala kak takde budget lak..dato tak approved. Teman tanya..berapa RM??? dalam 500 lebih jer...Takpe..saya bayar...Eh..tak boleh kak..ni syarikat kena bayar...masalahnya laptop tu laptop teman..bayar duit sendiri..memang la guna untuk kerja2 ofis dari start buka dulu..

Bukan apa..dalam laptop tu banyak file2 rahsia ..hehehehehe

Lepas tu email list semua dalam tu...sbb mamat IT dulu create guna pop look ke..k-pop ke..ntah la...

Memang ler ada desktop untuk buat kerja...tapi kalau outlook tak sync..lepas tu koa htr email kat client esok baru dapat (ni developer mana ntah depa ambik). 

Bila nak online meeting..kena pulak beli kamera dan headphone..

Bila nak meeting dgn client, lenggang kangkung jer..bawak thumb drive...

Teman dah cakap beli laptop baru..sekali dibaginya teman desktop baru...haishhhh...

Jemmmmm....

Thursday, May 19, 2022

Nenas Goreng

Assalammualaikum,

Pernah makan pisang/cempedak/nangka/sukun goreng kan? Haaa..yang ni nenas goreng...tapi ada jer buah2 lain di goreng kan..strawberi maybe...

Weekend baru ni...kebetulan pagi tu hujan lebat..so tempat yang biasa AG beli sarapan balik dari surau tak buka pula...so dia call bini dia suruh bersiap dan turun untuk pegi sarapan.

Musim2 raya ni..kebanyakan warung/restaurant tutup kan..maklumlah semua nak balas dendam beraya...

So macam biasa google jer...eh tak tau pulak ada tempat ni dekat2 dengan rumah.

Nun diatas bukit kedudukannya...

Gamble sebenarnya..kadang2 dalam google kata open..bila pegi closed...

Off kita ke Sg. Merab Luar, Saudagar Nanas Agrofarm.


Tanah wakaf rupanya...






Lempeng kelapa sedap...sambal tu sambal nenas..karipap pun sedap..


Comel jer nenas ni letak dalam bekas buah nenas..




Thursday, May 12, 2022

Yeop Sipan

Assalammualaikum,

Bila koa ada abang yang layan jer apa adik dia suruh...hehehehehehe..

Ini terpakai bila bini/suami/anak tak ikut yea...



Sekian


Tuesday, May 10, 2022

Food Hunting

Assalammualaikum,

For sure uolls bosan kan makan rendang, lemang, ketupat selama seminggu ni..hehehehehe.

Teman belum lagi sbb tak betul2 beraya...teringin nak makan mee kari, laksa, soto..owh..weekend ni cuti panjang lagi kan? Senin public holiday sbb hari wesak jatuh hari ahad. Dah ada 2 3 jemputan untuk open house. Inshallah..ada umur panjang kita datang. Kebetulan Jumaat ni abis dah puasa 6. Yaaa...boleh raya!!!!!

Orang kata, kita kalau nak menikmati makanan tu kena ada geng. Biasanya kalau makan berdua nak order banyak takut tak habis. Bertiga lagi bagus...lebih dari tiga lagi bertambah bagus...belanja orang makan ni..best wooo....Tengok pinggan licin...bahagia sesangat....


Rakyat malaysia ni bertabah la...sanggup woo beratur panjang walaupun kedai belum buka lagi...



Rasanya sepuluh tahun lepas takde la orang beratur sikit punya panjang ni...




Nasib baik sedap dan murah...

Lepas nasi kandar kita pekena cendol pulak..


Malam kita makan tomyam dgn sup ekor...sambil ditemani bunyi cengkerik dan katak...




Monday, May 9, 2022

Sambung Cuti or MC

 Assalammualaikum,


Setelah seminggu tutup ofis (9 days to be exact), suppose semua staff masuk la hari ni kan...

Tapi subuh2 tadi dapat message...

1. Saya masuk lambat hari ni baru sampai dari kampung.

2. Tiket bas/tren dah abis semalam. Hari ni baru boleh balik.

3. Masuk lambat sbb pengasuh tak sihat.

4. Saya MC hari ni, demam/gaout.

Hmmmmm.....


Friday, May 6, 2022

Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal Faizin 1443H

Assalammualaikum,

Kalau ikut rasa hati nak raya sakan di kampung mak dan abah di Kuala Kangsar. Sementelaah opis tutup seminggu. Kebetulan maksu put sekeluarga pun berhari raya di kampung. Tetapi memikior hazab jem kena redah di highway...teman batalkan niat tu.

Lebih parah bila hari Khamis malam tu teman dah start demam. Pagi keesokan harinya jumpa doktor. Oh my...raya nak dekat. Panas gila badan lebih 40 darjah celcius. Tekak perit. Nak telan air liur pun sakit apatah lagi makanan. Ubat demam dah abis still panas lagi. Last2 pagi raya serah diri kat wad kecemasan Hospital Putrajaya. Teman dapat Tonsilitis. Kedua-dua tonsil bengkak dan bernanah. Muka ke leher bengkak. On antibiotik ler for 5 days. Kira hari ni last. Tak dapat nak puasa 6 sbb ubat kena makan selang 8 jam. 

Sebagaimana semua rakyat Malaysia raya terkejut..teman pun ok jer la..kira demam aka baju raya tak beli2 aka rendang ketupat lemang semua tak buat.

Selain dari beraya ke rumah mak n abah sempat lagi beraya ke Melaka. Terikat silatulrahmi baru. Rupa2..ada geng2 property terkait bersaudara...selama hari ni berlanggar bahu jer..hehehehehe..

Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir Batin.








Thursday, April 28, 2022

Al-Fatihah

Assalammualaikum,

Pagi Jumaat lepas kami sekeluarga menerima pesanan bahawa doktor telah membuat keputusan untuk mencabut oksigen adik ipar yang di Sg Petani. (Arwah adalah balu kepada arwah adik teman yang meninggal pada Dec 2019). Arwah telah dimasukkan ke hospital pada 26/3 akibat tekanan darah dan bacaan gula yang tinggi. Sejak tu arwah tak sedar dan hanya bergantung pada mesin oksigen. Dua minggu kemudian arwah sedar tetapi masih dipantau dan menggunakan oksigen. Sehinggalah 17/3 arwah tak sedar semula dan doktor detect ada jangkitan kuman pada paru2. Dan hasil scan otak arwah dah mati cuma jantung jer masih berdegup. So anak-anak arwah mintak pendapat abang sulung. 

Kami mintak anak-anak arwah berbincang adik beradik. So mereka kata mereka still proceed dengan bantuan oksigen. Sehinggalah pagi jumaat doktor kata semua organ arwah dah kecut dan tak berfungsi. Dua jam selepas oksigen dicabut arwah pun menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.00 pagi.

Kami tak balik hari tu, kami sampai pada pagi Sabtu keesokkan harinya. Sebab arwah dikebumikan selepas Asar. (belah2 Kedah ni mana boleh simpan jenazah lama2).  Yang ikut yeop, pida dan mak. Abah dan ijin tinggal.  

So jadi la anak-anak arwah yatim piatu. Mak takda..Ayah Takde. Tok dan Tok Wan pun takde. Belah maknya cuma ada Pak Long dan Mak Anjang.

Kalau belah kami semua ada lagi. Atok, Opah, Pakwe, Angah (teman la), Mak Lang dan Pak Cu.

Anak arwah ada 4 orang. Yang bersekolah cuma tinggal yang bongsu, tingkatan 2. Dua sudah berkahwin. Yang No. 3 umur 18 tahun. Yang Sulung 22 tahun.

So kami panggil la depa semua berbuka puasa di homestay yang teman tempah. Sambil berbincang apa langkah berikutnya..kemana arah tujuan.


Yang No. 3 nama Danish suka jer duduk sebelah Yeop. 
Katanya muka Yeop macam muka arwah abah dia. 
Sambil Yeop suap satay kat dia. 
Kami mmg purposely beli satay tu untuk dia shj. 
Favourite katanya..
Yang bertopi tu la anak sulung. 
Yang buat tanda peace anak No. 2 (sebelah tu laki dia..muka pun ada iras2 arwah abahnya, bila senyum)
Tepi sekali tudung hitam anak bongsu. Dia akan bersekolah asrama di KL. So weekend akan stay dengan opah dan atok.


Seronok depa bila tau opah ikut sekali.
Mak tu ikut tak larat mmg ler..tapi demi cucu2..dan cicit..


Ni kat rumah depa. Sebelum kami balik ke KL keesokkan harinya.


So mereka telah membuat keputusan untuk berhari raya bersama opah dan atok di Key Ell. Mungkin sampai 2 hari sebelum hari raya...alhamdulillah...


Mak request ke Pekan Rabu..Ni la hasil rampasan...ater..mak cakap anak cucu nak balik beraya...kuih takde pun. Hehehehehe..selalu memang teman yang belikan. Tapi tahun ni macam malas pulak. Yang biasa order tak buat pulak. Nak beli yg kat bazar/pasaraya tu..tak memandang. Rupa ada..tapi rasa belum tentu. Mahal pulak tu...katanya kos bahan mentah naik...