Thursday, July 6, 2023

Tengok bunga pun dah boleh healing

Assalammualaikum,

Masa tengah makan laksa johor di pak tam, mak call..cakap pening. Bagitau mak yang lepas sarapan nak tukar lampu brek belakang kejap..dah terbakor..risau nanti ada orang sondol.

Dah settle, ambik mak then bawak ke klinik di Setiawangsa. Macam biasa tunjukkan kat doktor senarai ubat mak..terkejut dia..banyak bebenor makcik oii...so dia buat beberapa test...last2 dia bagi satu ubat. Bukan paracetomal yea. Bagi mak sebiji...mak kata barulah ok..sebelum ni semua nampak macam dua...

Message AG..cakap kita jangan hantar mak balik lg. Kita bawak ronda2 ke, bawak makan2 ke, bawak ke tasik ke..bagi mak healing. Teman tau mak stress sbb kaki dia still tak boleh bergerak laju macam dulu. Getting to know mak, mak akan keep bercakap pasal isu kaki ni. So sebagai anak kena la find solution. Tak perlu bawak jauh2 sampai ke Cameron atau Fraser Hill. Tasik kat taman balak tu ok jer..tak pun Tasik Titiwangsa. Apa susah..kerusi roda ada..tolak jer...hehehehehe..

Nak bagi healing cepat..bawak pergi nursery...Haaa..ni memang tempat mak2 kan...








Hasil tangkapan. Tapi balik rumah kena membebel dengan abah. 
Mak stress balik...hehehehehehehe


Wednesday, July 5, 2023

Paktam Laksa Johor@Taman Melawati

Assalammualaikum,

Cuti raya macam biasa banyak kedai tutup. Kali ini untuk sarapan lajak ke Taman Melawati. Sedang lalu celah-celah lorong/jalan kat commercial hub Taman Melawati tu ternampak la satu kedai. Buka!!!! 

Comel jer kedainya. Paktam Laksa Johor, an authentic johor cuisine gitew...Terletak di Lorong Perak. Google jer..inshallah sampai.

Memandangkan kedai comel..so kalau datang satu bas sekolah memang takde la tempatnya. Seating adalah limited. Mungkin untuk 10 orang sahaja. Seating luar tu ada 2 meja sahaja, so kalau matahari dah start naik..tengah2 makan apasal rasa panas..jemur la kat situ kejap..dapat vitamin D...tak pun pakai kacamata hitam.

Kebanyakkan yang datang bungkus dan bawak balik. 

Kalau makan situ and you aspect ada air panas, sorry yea. Air adalah dalam tin atau air kotak seperti yang ada didalam chiller. Tapi kalau nak air panas, ada!!! cafe sebelah jer...tapi takde la teh tarik, kopi o, nescaffe or milo o.  Cafe hipster sooo..kena order americano, capuccino, latte...kerlasss kan. Makan laksa johor/lontong dengan capuccino and hot chocolate.









Tuesday, July 4, 2023

Jalan Alor

Assalammualaikum,

Jumaat masih kerja. So dalam pukul 6 gerak ke KL..jalan agak smooth. Sebenarnya kitaorang lapar..sebab tengahari tak makan..cuma breakfast yang agak heavy dalam pukul 10. So AG nak makan nasi dan tomyam. Pusing2 area Kg Baru. Semua kedai tutup. Yea la..orang masih cuti raya. Last2 AG ajak ke area2 Bukit Bintang. Katanya kat situ sure tak tutup. Teman tengok atas bawah jer AG...mana celahnya gerai tomyam kat Bukit Bintang tu. Tapi sebab dia yang bawak kereta..ikut kan jer la..

So kami ke Jalan Alor. Seperti jangkaan. Kedai yang dia nak pergi tu tutup. Hahahahaha...pilihan samada western atau makanan arab jer la yang ada situ. Tapi nak cari nasi juga, Apa2 hal..cari parking dulu dan kebetulan maghrib pun beberapa minit lagi. Eh! tak sangka teman ada surau kat situ. 


Lepas solat kita pun JJCM. Orang ramai bebenor. Local dan tourist. So kitaorang jadi tourist dari Indonesia..bapak dan ibu..hehehehehe..

Jalan Alor ni famous dengan seafood. Difahamkan kedai2 bukak dari 3 petang sampai 4 pagi. Kiri kanan jalan penuh dengan orang makan. Ada juga gerai2 kecil jual buah-buahan dan makanan ringan lain.




Kami makan di kedai ini. Konsep seorang duduk di meja yang kosong..seorang lagi pergi pilih ikan, udang, sotong serta style masakan. Mereka akan timbang dan bagi tag nombor. Makanan dan minuman akan dihantar mengikut nombor tersebut. Orang sangat ramai, so expecting time untuk menerima makanan adalah antara 45 minit ke 1 jam. Sabar itu pasti. Kalau lapar sangat beli la pulut mangga ke serta jajan2 lain.

Owh..lupa snap makanan. Kami makan ikan bawal bakar sambal (571 gram = RM51.25), tomyam ayam (RM25), sayur kailan(RM15) dan minum air mangga (RM7 setiap satu). Food taste biasa jer pada tekak teman. Total damage RM125.45 (Kalau pergi Rosdet..untuk kos seperti ini akan dapat udang masak petai, sotong celup tepung, sup ekor, telur dadar dan macam2 lagi). So maksudnya kalau datang lebih dari 2 orang..kosnya..faham2 jer la yea. Tourist spot katakan.


Ingat nak jalan sampai ke hujung sinun (menghala ke Pavi). Tapi bila hidung teman yang sensitip ni ada certain2 tempat terbau hancing perin (bak kata orang kuale)...memang tak la nak jalan sampai ke hujung kan...
So patah balik dan belilah aiskrim kelapa yang bubuh dalam tempurung kelapa ni. (RM12). Yang mahal tempurung nyea..last2 ke dalam tong sampah jua.


Monday, July 3, 2023

KennyHill Baker - IOI City Mall 2

Assalammualaikum,

Hari Raya Aidiladha tahun ni bertugas di luar kawasan dibahagian timur selatan Selangor.

Dah call mak sehari sebelum yang tak dapat sambut sama2. Kami berpagi raya di Putrajaya sahaja.

Lepas solat sunat, kami breakfast di sini sebelum bergerak ke destinasi.


Bagus staff sini. Dia tau yang nasi lemak tu big portion. So dia bagi extra plate. Sebelah kiri tu dua bahagian ayam dari pinggan AG. Cuma udang tak berapa nak fresh. 


Kat sini seating dia luas. Bahagian dalam pun ada.


Banyak bethollll pastry..







Wednesday, June 28, 2023

Sepagi di Kepak Fasa 2

Assalammualaikum,

Entry kali ini tidak ada kena mengena dengan kepak ayam. Hehehehehe.

Weekend baru ni cucu datang rumah, so bawak pergi beli sarapan. Dalam perjalanan pulang stroll la F&B lane sayap baru shopping complex rumah teman ni.

Budak-budak ni kalau nampak tempat yang boleh bermain nak menyinggah jer...tapi ummi kat rumah kelaparan. Lagipun tok pa nya mengantuk pulak lepas pekena nasi lemak rendang kerang.

Mampu tengok dalam kereta jer la...



Rasa macam tengok filem Hongkong pulak...



Eh..bukak pukul 8.30 la...boleh beli pastri.

 

Tuesday, June 27, 2023

Sarapan Didalam Kebun Lagi - D'Pangkin, Nilai

Assalammualaikum,

Lately ni banyak pulak orang yang share places berkonsepkan menjamu selera di dalam kawasan ala-ala kebun, tepi sungai, kampung dan sebagainya.

Kalau sebelum ni teman pergi ke area2 Bangi lama, Sabtu baru ni lajak ke Pekan Nilai pulak. Jarak perjalanan dari Putrajaya lebih kurang 30 minit. Cuma hari tu lama sikit sebab ada lori terbalik sebelum susur Nilai, so biasa ler jem. Memandangkan ada orang cakap by 7.30 am dah ramai orang, so dalam 6.50 dah gerak. Sampai dalam 7.38 pagi gitew. Masuk2 dah nampak kereta bersusun di parking. Belakang kitaorang pun ada 3 4 kereta yang masuk. Ada ker meja...inshallah ada...

Kat sini kalau nak sarapan, anda boleh duduk dimeja dan ada yang duduk bersila atas pangkin. Kami sempat beramah mesra dengan tauke kedai. Muda belia lagi...baguss...difahamkan d'pangkin tu baru beroperasi 2 minggu. Tapi crowd...alhamdulillah...anak muda zaman sekarang. Mengunakan media sosial untuk mewar2kan kewujudan kedai mereka. Tapi environment atau vibe lawa tak guna yea dak...makanan semestinya kena sedap..takde la expect 5 or 6 star atau michelin star..cuma makanan tu kena berbaloi dengan apa yang dibayar...jauh kut orang datang.

So apa yang kami makan..





Punya la jauh datang, makan beehun goreng jer...well beehon tu sedap, ayam goreng tu sedap, lontong tu pun sedap...kuih2 pun sedap...



Walaupun baru 2 minggu beroperasi, nampak macam sistematik operasi. Order di kertas siap2..pilih mana yang nak makan..lepas tu beratur di kaunter untuk bayar sambil ambil kuih2 yang display kat kaunter tu. Lepas tu tunggu makanan sampai. Dah habis makan silalah mengundurkan diri..jangan berborak macam kat rumah sendiri. Bagi peluang kat orang lain nak makan. Benda tengah viral so kena ada give and take.


Belakang sana ada pokok buah2an, kandang itik/burung.


Masa ni pukul 8.10 minit. Orang dah start beratur tunggu giliran sebab ruang makan tengah penuh.


Penuh sokmo...





Kemana pulak lepas ni..belah2 utara KL maybe...atau belah2 timur...




Friday, June 23, 2023

Another Achievement For The Company

Assalammualaikum,

Busy bebenor teman last week. Ada dua (2) dinner dan satu (1) seminar kena attend.

Syarikat tempat teman kerja dapat award.

Something to proud of..maklumlah kami ni company kecil sahaja..lepas tu masih bertatih di dalam dunia perniagaan ini..umur syarikat pun baru masuk 5 tahun.

Untuk bersaing dengan syarikat property consultant lain memang jauh lagi ler. terutama dari segi panelship, number of cases serta profit kepada syarikat....so kita simpangkan ke lain sikit..

At least dalam company profile boleh ler letak bila jumpa client baru.