Thursday, July 6, 2023

Tengok bunga pun dah boleh healing

Assalammualaikum,

Masa tengah makan laksa johor di pak tam, mak call..cakap pening. Bagitau mak yang lepas sarapan nak tukar lampu brek belakang kejap..dah terbakor..risau nanti ada orang sondol.

Dah settle, ambik mak then bawak ke klinik di Setiawangsa. Macam biasa tunjukkan kat doktor senarai ubat mak..terkejut dia..banyak bebenor makcik oii...so dia buat beberapa test...last2 dia bagi satu ubat. Bukan paracetomal yea. Bagi mak sebiji...mak kata barulah ok..sebelum ni semua nampak macam dua...

Message AG..cakap kita jangan hantar mak balik lg. Kita bawak ronda2 ke, bawak makan2 ke, bawak ke tasik ke..bagi mak healing. Teman tau mak stress sbb kaki dia still tak boleh bergerak laju macam dulu. Getting to know mak, mak akan keep bercakap pasal isu kaki ni. So sebagai anak kena la find solution. Tak perlu bawak jauh2 sampai ke Cameron atau Fraser Hill. Tasik kat taman balak tu ok jer..tak pun Tasik Titiwangsa. Apa susah..kerusi roda ada..tolak jer...hehehehehe..

Nak bagi healing cepat..bawak pergi nursery...Haaa..ni memang tempat mak2 kan...








Hasil tangkapan. Tapi balik rumah kena membebel dengan abah. 
Mak stress balik...hehehehehehehe


5 comments:

nohas said...

tengok bunga satu terapi....wahh, laksa johor, sedapnya..

uncle gedek said...

Wow! Cantiknya! Warna warni!

Mulan said...
This comment has been removed by the author.
Mulan said...

Pergi nursery mmg payah nak balik. Mmg healing sangat, ralit belek bunga & pokok kan.

fzy fuzzy said...

Nohas : Betul..tambah2 pergi ke taman yang penuh bunga2..

Uncle : Musim panas..bunga berkembang mekar..

Mulan : Betul..bila banyak sangat tak tau mana satu nak bawak balik..hehehehe..