Wednesday, September 14, 2022

WW : Lori Sampah

 Assalammualaikum,

Ada baca someone post kat insta. Isi kandungannya.

Kita pernah dengar tak yang manusia ni ada yang macam lori sampah. Setiap hari kutip sampah dari celik mata sampailah sebelum tidur...kita tak membicarakan tentang pekerja yang memang tugas dia kutip sampah yea.

Kalau kita kena marah tak pasal2..tho tu bukan salah kita..(contoh : orang tu nak masuk simpang tapi tak bagi signal lepas tu marah kita...eh apoo???) maksudnya hari tu kita dah jadi tempat orang tu longgokan sampah dia. Yang penting kita jangan ambil hati, senyum dan lindungi diri supaya sampah tu tak masuk dalam diri kita. Bayangkan kalau kita biarkan sampah tu masuk ke dalam diri kita, so kita pun akan jadi tong sampah. Keluar kerja kita kutip semua sampah tu dan bawa balik rumah. Lepas tu longgokan semua sampah pada anak2 atau isteri/suami. Anak dan isteri/suami jadi huru hara.

So..perasaan kita ialah kepunyaan kita. Kita yang kawal sepenuhnya. Abaikan perkara negatif yang kita tak boleh kawal. Sebanyak mana pun lori datang dan nak longgokan sampah, kita tetap saja kuat. Terus fokus pada perkara yang lebih penting iaitu menjaga hati kita dari terima sampah orang lain.



Tuesday, September 13, 2022

Senjakala

Assalammualaikum,

Lama dah tak tangkap gambar sunset...

Kejadian semalam kira2 12 min selepas azan maghrib berkumandang. IOI City Mall yang extension tu dah siap tau. Tapi outlet dalamnya banyak tak buka lagi..





Kejadian hari ini. Sebelum maghrib. 

Kekawan opis tangkap masa mereka otw nak balik ke rumah masing2. Teman bz memeriksa analysis bebudak valuer. Sebab upload kat wassap group, kita upload la kat sini. Hehehehehe..


Yang dua kat bawah ni kat area Putra Heights.




Monday, September 12, 2022

Sarapan dan Seminar

Assalammualaikum,

Sabtu baru ni mak dah boleh discharged dr HKL. So kena kurantin di rumah sampai hari ni. Esok boleh potong gelang. Hujung bulan giliran abah pulak buat procedure endoscopic. Doa2 supaya mak n abah sentiasa sihat selalu.

Macam biasa weekend kat Keramat. Semalam malas nak balik Putrajaya. Tu la..kadang2 buat rumah jual mahal2. Tapi workmanship dan maintenance ke laut dalam 7 lapis. Lift buat hal lagi hari Sabtu. Semua lift offline. Gila..nak turun pegi sarapan kena turun tangga..28 tingkat wooo...bila call security..katanya lift tengah baik. Tanya berapa lama..dalam 10 min. Lepas 20 minit satu lift sahaja berfungsi. Mungkin masih awal pagi so takde orang. Fine. Pegi sarapan then pulang semula..orang dah start nak pegi kerja...Riki2 dengan kontraktor lift..katanya ada floor air melimpah...la..padan la bau hangit...ada yang basuh rumah subuh2 sepi'e ke..adoiii...lepas tu ada ke design/allocate, pump room sebelah dengan lift..bocor kalu memang banjir la lift...

Dapat info, semalam 2 lift dah berfungsi. Takpe...pagi ni teman baru gerak ke Putrajaya dari Keramat. Sebelum tu singgah Medan Selera Kg Baru. Teman nak makan tosei dengan idli...lama dah tak makan. Perghhhh..kasi banjir kuah..nalerkkkk....


Minggu lepas attend seminar 3 hari. Boleh la..untuk dapatkan 10 CPD hour..


Best dapat jumpa valuer dari Fiji...macam bila buat valuation kat Papua dulu. Masalah utama adalah untuk mendapatkan dan mengumpul info. Malaysia ni kira ok la...sales evidence boleh dapat..samada online atau offline. Belum masuk sumber dari website hartanah lain. Kira nak assess the market value tu senang. Kira tabik la kat valuer Fiji dan negara lain...sanggup datang jauh untuk attend seminar bagi tingkatkan ilmu. Yea la..tak nak la orang cakap valuer ni over value la or under value la. Nama pun 'an estimate amount..." 

Tuesday, September 6, 2022

Floria dan keluar masuk hospital

Assalammualaikum,

Kisah keluar masuk hospital mak dan abah lagi..hehehehehehe.

28.8.2022 (Ahad) - Abah masuk IJN balik. Ingat kalau pergi pagi2 tu, petang boleh keluar. Sebab kaki bengkak dan paru2 ada air sikit. Sekali kena tahan wad daaa... sampai 31.8.2022

29.8.2022 (Isnin) - Mak pulak cakap susah nak bernafas dan pening. Terus bawak hospital Serdang. Pun kena tahan semalaman. Doc nak pantau 24 jam.  Abah tak tau lagi yang mak dah kena tahan wad. Lagipun teman tak nak abah risau. Video call pun abah tanya kenapa teman pakai mask dah pukul 10 malam. hehehehe..kasi cover line sikit. 

30.8.2022 - mak discharged. Teman bawak balik rumah teman. Mak ada demam sikit. Sempat lagi bawak sarapan on Merdeka day. Balik bagi panadol. Mak tido seharian. 


Sarapan di warung bunian.

Keesokkan harinya hantar mak balik ke Keramat. Maklumlah abah kan ker dah discharged. 
Bawak la mak sarapan kat Setiawangsa dulu. Restoran Diva. Masakan Johor.




Lepas hantar mak balik kitaorang sempat lagi singgah Floria@Putrajaya2022. 
Tengok bunga. Hehehehehe..sorry yea..penuh gambar AG jer...












Hari Jumaat 2.9.2022 - Abah demam. Nurul pun macam nak start demam sbb adik dia si Amin dah 2 3 hari demam. Tido dengan atok sbb rindu. 

Lepas Jumaat, teman datang bawak ubat. Bagi dema makan. Sama macam mak..flat abis..tido tak sedar diri.

Sabtu 3.9.2022 : Mak pulak start demam balik. Panas. tak larat langsung. Rasa macam gastrik. Bagi panadol...tido..Teman tak lama kat rumah mak. Maklumlah semua dalam rumah tu demam. Malam dalam pukul 10.00, nurul call cakap opah tak boleh bernafas. Teman suruh nurul buat saliva test. Mak n abah. Hasilnya...



Setelah 2 tahun setengah....iskh..iskh..iskh...positif...

Terus call ambulance.

Sekarang mak ada kat HKL. Macam biasa kena tahan wad. 

Setakat hari ni mak cakap susah nak bernafas takde la. Cuma semalam mak start batuk2.

Kat mana dapat. Hanya Allah maha mengetahui.








Wednesday, August 24, 2022

Roti Legend

Assalammualaikum,

Kebelakangan ni agak suram sikit. Lepas abah keluar hospital, mak pulak masuk hospital sebab tiba-tiba pitam lantas jatuh terjelepok kat lantai rumah. Kebetulan nurul ada, kelam kabut jadinya. So far mak dah ok. Cuma kena consult dengan doktor di Hospital Serdang tentang pacemaker mak.  

Semalam teman ke Jay Bee jumpa boss KAR (our MD). Ibunya yang terchenta telah kembali ke rahmatulllah. So kami berempat satu kereta ke sana gerak dari office dalam pukul 8 pagi. Trafik ok. Cuma hujan sepanjang jalan. Jenazah dijangka dikebumikan sebelum zohor. Sampai ke kuburan pun hujan. Teman takde la turun. Lecak n kebetulan payung ada satu jer. Papa, cik zam dan cik lan yg turun. Teman lambai  dan doa dari dalam kereta jer lah. Yang penting teman datang bagi sokongan moral.

Boss KAR tanya tak bermalam ke? Kami balik hari jer boss oii...ni ahli majlis lapar. Nak cari makanan. Sebelum tu Cik Lan bawak ronda2 bandar Jay Bee. Cik Zam pula katanya mengimbau zaman study dolu dolu...nak buat camno. Semua dalam kereta tu dah masuk 50 siri. Except papa..60 siri..hehehehehe.

Kami singgah satu kedai ni dulu. Kedai roti legend area2 bazar karat. Masak pakai arang katanya. Ok mari kita terjah.








Untuk makan tengahari kami ke sini. Medan selera Tepian Tebrau.






Teman bungkus ikan merah masak asam pedas untuk AG. Sedap juga.


Wednesday, August 10, 2022

In the middle

Assalammualaikum,

Fikiran, jiwa dan hati teman since semalam tak seiring. 

Pagi tadi semasa bersarapan teman cuma hint-hint kat AG...ya itu teman nak ambil satu langkah..

Which teman tak tau langkah tu satu langkah yang terbaik atau sebaliknya

Samada teman ni ada kekuatan atau tidak.

Lelah....(mungkin..tapi tak pasti pada skala yang mana...sekiranya skala itu dari no. 1 ke no. 10, adakah sekarang berada ditahap skala 4.5 atau sudah lebih dari skala 7..entahlah...

Teman cakap kat AG..bagi teman fikir 3 atau 4 hari ni...kalau teman lupa..then tak perlu proceed la..tapi kalau perkara itu masih bermain-main di fikiran...tindakan perlu diambil...i need some advice...

Turn around don't drown.

Leave or stay........

Thursday, August 4, 2022

Abah masuk wad lagi

Assalammualaikum,

Minggu lepas hari Rabu masa teman bawak abah rutin check-up kat klinik kesihatan kuala lumpur, masa jumpa doktor tu abah cakap dia rasa macam libang libu...macam susah nak bernafas. Doktor macam gelabah la..check ECG ok jer...atau abah penat sebab banyak sangat prosedur kena buat. Check BP, buat ECG, buat ujian mata, buat ujian kaki, jumpa doktor...

So teman cakap doktor yang abah ni jantung dia lemah sket. Abah cakap bukan rasa ketat cuma rasa susah nak bernafas. So doktor suruh teman bawak abah terus ke emergency IJN. Yea la bukan jauh pun KKKL dgn IJN..tak kan nak panggil ambulance. Tapi immediate abah naik kereta terus abah cakap dgn AG balik rumah. Aikkk..bukan kita nak pegi IJN ke bah...abah cakap dia dah ok...abah..abah...kita ikutkan la jer..

Teman sekarang kan asal weekend jer ada kat Keramat. Ingat nak balik ke Putrajaya lepas zohor Ahad baru ni. Sekali mak call, cakap abah susah nak bernafas. Teman pun turun la ke tingkat 1..bagi portable oksigen dulu sementara tunggu AG solat zohor. Then macam biasa lepas dapat oksigen abah kata abah ok...teman cakap..tak kira..kena bawak ke IJN jugak...sebab nampak abah tak ok.

Hmmm...sampai IJN apa lagi...memang kena tahan wad la...BP so high...lepas tu paru-paru tu macam ada air sket.  Kaki bengkak lagi. Abah mula-mula tak nak..teman pun guna la skil memujuk. Hehehehehe...


Abah diberi ubat darah tinggi untuk kurangkan tekanan darah. Serta ubat untuk lawaskan kencing. Masa depa hantar dari wad emergency ke ward di tingkat 1, teman takde. Teman balik rumah ambik ubat abah dgn pakaian abah sket. Nama pun bagi ubat kencing kan..memang sentiasa kencing la..abis pampers sampai bocor basah lencun kain pelikat, baju n sarung tilam. Teman cakap la dengan nurse, yang teman nak tukar pampers abah, kain dan baju. Serta sarung tilam. Nurse situ cakap..takpe depa boleh buat. Depa nak selesaikan kerja depa dulu. Teman cakap lagi..saya boleh buat..sbb sy tau kamu semua sibuk...cuma tolong bagitau kat mana sy boleh dapat sarung tilam, lapik tilam serta tolong bukak kan wayar2 yang sambung kat dada abah dan ubat yang masuk...still depa cakap depa akan buat semua. 
Maka abah pun sound la teman...tu la sebab abah tak nak masuk wad..kalau dah air kencing kena kulit abah gatal2...lps tu tunggu lama nak tukar...

Malam tu teman memang tak tido ler..every sejam abah nak kencing..apa lagi tadah la guna corong kencing tu....lagi pun kena buat catitan berapa air kencing yang keluar. Teman tanya kalau pakai pamper camno nak tau berapa banyak air keluar...oooo..katanya timbang pampers tu..nanti kita tolak...whatever la....

Lepas subuh teman terpaksa pulang ke Putrajaya. Ada schedule meeting dengan client. Bagi arahan apa yang patut kat staff then lps zohor teman gerak balik ke IJN.


Masa abah dipindahkan ke wad tingkat 3 ni teman baru sampai kat lobby rasanya. 
Abah cakap nurse tingkat 1 tolong mandikan abah.  Alhamdulillah...
Doktor nak jumpa teman..tapi sebab teman takde kan pagi tu..teman cakap esok la jumpa doktor. Malam ni teman jaga abah lagi.

Bilik ni ada 3 katil. Tapi 2 lagi kosong. Apa lagi..bilik ni teman conquer la...hehehehehe..


Adik dan husband dia datang melawat petang. Masa ni BP abah dah stabil sket.


Ni hari ke -3. Dah boleh solat duduk. Sebab ubat pun dah di tanggalkan.
Doktor yang merawat abah kata abah dah semakin baik. Cuma petang kena buat ujian echo. Kalau cantik esok boleh balik. Yahooo....

Masa hari ke-4...doktor cakap dari ujian echo percentage jantung abah increase dari 37% dua bulan lepas naik ke 51%. Alhamdulillah.
Tapi kena tengok ujian darah bagi buah pinggang. Kalau ok. boleh discharge. Teman rasa macam tak boleh keluar jer ni. Mana taknya...semalam abah makan crossoint tuna la, cappucino la, roti la, tauhu sumbat la..buah-buahan la...sempat lagi makan mee goreng sebelum tido. Teman dah larang..makan sikit2 jer...abah cakap sikit la abah makan...sikit apanya..habis semua..masyallah.

Memang betul cakap teman. Abah memang tak boleh balik. Potassium dalam buah pinggang tinggi. Kena stay sehari dua lagi. Adoiiii...teman dah serba salah. Client dah wassap bertalu2. Nak interim report. Teman pulak lupe bawak tab atau laptop. Nak tengok kerja2 excel kat phone..memang takde la...

Kita ni sebagai boss, kadang2 bagi kepercayaan kat staff untuk tunjuk skill..kira bagi sepenuhnya la..sekali banyak salah juga...teman selalu ingat boss teman dulu cakap. Kita kena tengok line by line. word by word. Pun ada silly mistake juga...

Nak tak nak, teman cakap kat nurse yang teman kena balik ke ofis..settle few things..so abah teman serahkan kat nurse untuk taken care off. Nurse memang la cakap itu memang tugas depa..whatever la...
So teman wassap la adik pompuan dan lelaki. Supaya tengok2 kan abah waktu melawat nanti. Adik teman cakap malam tu dia boleh temankan abah. Sekali tak boleh. Sebab dia sampai, kaunter daftar untuk jaga pesakit dah tutup daaa... teman tak boleh datang..sebab gelang biru dah kena gunting...sian abah tinggal sorang2.


Ni masa adik2 datang melawat. Abah pun dah boleh duduk atas kerusi.

Pagi ni tak tau keputusan samada abah boleh keluar hari ini atau tak. Adik teman cakap dia tak dapat naik awal sebab mereka-mereka yang duduk di kaunter tu menyembang dulu baru buat kerja...adoiiiiiiii...