Monday, November 23, 2020

Karier atau comfort zone

 Assalammualaikum,

Kadang-kadang tertanya-tanya di dalam hati ini. 

Apa yang dicari ketika melayari alam pekerjaan. 1. Hala tuju  2. Handsome pay  3. Experience  4. Relationship dengan principal dan co-worker  5. Office dekat    6. Job Description sama seperti course yang ambil kat uni dulu  7. Networking  8. Kerja sampai nafas yang terakhir   9. Retired at young age 10. Sepanjang masa explore  11. Dll

Who we want to be. 1. At top notch dalam sesuatu organisasi  but status still sebagai pekerja (means kita dapat gaji tiap2 bulan samada bayaran gaji tu setimpal dengan otak dan tenaga yang dikeluarkan or semua tanggungjawab di atas batu jemala kita)  2. Sebagai rakan kongsi yang tak sumbang kewangan tapi guna nama jer (still guna otak dan tenaga untuk memajukan syarikat or kalau apa2 jadi kat syarikat koa kena jawab..benefit ntah la..itu kalau dapat kalau tak dapat redho jer...sama juga semua atas batu jemala kita)  3. Orang yang betul2 tuanpunya syarikat (yang ni keluar semua sweat and blood untuk majukan syarikat) ATAU 4. dulu kini dan selamanya la macam tu...

Ada la terbaca dalam status one of the top people kat medium upscale mcm capaianpakdin...

1. Bila kita masuk sesuatu organisasi kita kena letak satu matlamat serta tempoh masa. Contoh 5 tahun. Masa tu kita dah close few deals at least millions. Track record memang cantik. Pakej datang sekali dengan new innovation etc. 6 bulan sebelum tempoh masa nak habis kita kena review pencapaian sebelum tu. Kalau dah lebih dari target pencapaian kena start cari kerja lain.  .Why...sebab selepas 5 tahun kita dah ada dalam comfort zone dan akan malas untuk keluar bersaing...kira kita tetap akan macam tu jer macam tepu la...or ada orang yang memang lambat nak start gear...

Sekiranya dalam tempoh 3 tahun no single achivement kita capai..it's time untuk angkat kaki juga. Jangan tipu diri sendiri dan jangan tipu syarikat yang kita kerja. Banyak faktor...mungkin kita yang malas or environment syarikat tu yang menyekat kebolehupayaan kita.

2. Seorang lagi cakap...sama juga..untuk lompat ke position yang tinggi serta handsome pay...lepas 2 ke 3 tahun cari kerja lain yang sama bidang but different position.

3. Seorang lagi kata kalau kita dibayar rendah berbanding skop kerja yang dinyatakan didalam surat lantikan samada kita nak bertahan dengan harapan akan ada sinar dihujung lorong atau dengan harapan tidak mengapa buat all the multi-tasking jobs might be one fine day kita akan guna semua experience tu sekiranya kita ambil keputusan untuk mempunyai syarikat sendiri. See ILMU tu penting.

4. Atau cuba sesuatu yang bukan kebiasaan kita...

Banyak lagi sebenarnya la yang  deme deme share...

Pokoknya disini bila kita tahu its time to move...ada la wise man ni cakap selain dari serah pada yang maha esa dengan melakukan isktiharah sekiranya ada 2 pekerjaan yang kita pilih, kita juga amat perlu avoid membuat keputusan sekiranya di dalam keadaan marah...

Hmmm...at what point tindakan tu betul...

Lately ni tengok banyak orang share buku2 yang membelai jiwa...so..'orang bukit' kita baru nak baca 2 buku ni...3 hari lepas dapat...tapi tengok muka depan jer la so far....


p/s : ada la request untuk forward CV...uishhh..lama gila tak update..8 tahun tu...let me think first...proceed or ignore.....ngeee....

Wednesday, November 18, 2020

Gadget Tambahan sempena pendemic

Assalammualaikum,

Kadang-kadang susah nak kawal manusia ni.

Diberi gelang pink..merata koa berjalan kesana kesini...

Lagi risau bila mak tak berapa nak sihat sangat...dok ulang alik keluar masuk hospital...

Latest pagi tadi...darah keluar melalui hidung dan mulut...dalam seminggu ni 3 kali la dah berlaku...so macam biasa adik bawak ke kecemasan HKL..dah kena masuk i pain darah...

Yang lagi risau bila kes positif di KL makin meningkat drastik...sampai ada ura-ura nak buat PKPD...

Woiiii...kesian la kat orang tua kita yang kat hospital tu...belum masuk yang mengantor... 

Doa la jangan PKPD...teman pun kena pegi HKL tu juga untuk follow-up..

So kat bawah ni big boss suruh pakai...macam menteri2 pakai tu. RM40 katanya satu.






Thursday, November 12, 2020

Berakhirnya sebuah perjalanan

 Assalammualaikum,


Pada 5.11.2020 (khamis), sahabat saya Marwiyah Marjuki telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.50 pagi setelah tenat hampir seminggu. Arwah merupakan pesakit kanser rahim stage 3. Rahimnya telah dibuang sepenuhnya pada November tahun lepas. Dan waktu itu juga merupakan detik terakhir kami semua bertemu dengannya...bergambar, bergurau, bercerita kisah2 dulu dsbnya. 

Kami disini merupakan penghuni dorm P7, ITM Manjung tahun 1992 (Semester 1). 15 orang semuanya. Pelbagai kursus. DEM, Building, QS, Architect, Town Planning, ID, Computer Science dan Secretary. Arwah budak QS.

Semua ada gelaran masing-masing ikut umur bermula dari ayong, angah, alang...sampai la busu. Arwah kami panggil angah. Untuk sekian lama setelah masing2 keluar dari ITM yang masih in contact cuma ayong, ayang,  angah, alang, uteh dan andak serta saya sbg bekas ketua dorm. Yang lain2 sepi tanpa khabar berita, sehinggalah bulan lepas another wassap group was create sbb jejak kasih semula penghuni dorm P7.

Arwah birthday dia jatuh pada 2.11.2020. Off course semua wish tetapi bila angah tak balas kami semua cuak, sehinggalah kami semua mendapat perkabaran bahawa arwah berada didalam wad dalam keadaan tidak stabil sehinggalah suami dan keluarganya mengambil keputusan bawa pulang kerumah. Dua hari dirumah...arwah meninggalkan kami semua. 

Agak sedikit terkilan kerana tidak dapat menziarahi arwah buat kali terakhir. Maklumlah arwah tinggal di kawasan red zone iaitu Meru. 

Cuma yang mampu saya berikan. Al-fatihah untuk sahabatku. Bersemadi dan tenanglah di sana. Miss u my friend. Your positive vibes.


Wednesday, November 4, 2020

Bungaku Dipetik Orang

Assalammualaikum,

Owh! sajer jer nak share...latest hobi AG...menanam bunga..

Alaaa...kat balkoni rumah yang cinonet tu jer...

Jadi la...sempena pkbb kaedahnya...

Kira-kira dah 17 pasu rupanya...dlm masa 3 minggu...

Bior jer la...jangan mula-mula bersemangat...hujung2...ke laut...

Mungkin tangan AG sejuk kut...berkembang bunga-bunga tu...

Wait and see....semalam katanya nak tambah lagi 4 jenis....oh myy....

Gigh ke kedai 2 hinggit..beli artificial rumput...

Yang gambar ke 2 sampai 4 sebelum letak rumput tiruan...

Owh..bukan bunga jer..ada la sepasu pokok cili, sepasu pokok limau dan sepasu macam pokok krismas tu (tak faham sebenarnya kenapa AG beli pokok ni)

Ada la terbaca...selain dari pokok bidara dan pokok kelor, pokok mawar setan atau jin tak suka...(wallahualam)...






Monday, November 2, 2020

Life lepas operation

Assalammualaikum,

Kalau sebelum ini saya pernah jadi bidan terjun, taking care of adik, kakak ipar dan mak sedara yang baru lepas bersalin. Selain dari memastikan tungku panas dibalut dengan segala daun kayu (ala..lupa lak pokok apa..yang jelas daunnya besor-besor), lepas tu dibalut dengan beberapa lapis kain batik terpakai. Untuk lauk tu mak yang sediakan...air mandian suami masing2. Tapi baby tu saya la yang mandikan, bedakkan dan bedungkan..tetapi sebelum tu jemur sekejap bawah matahari bagi tak kena kuning...end up setiap kali sesiapa yg bersalin dan berpantang rumah mak..kulit saya yg sedia gelap akan bertambah gelap...well...saya mudah kena sunburn kay...tu sebab kalau pegi pantai klu panas2 tu adalah amat dielakkan.

Kalau jaga mak pun masa lepas operate breast dan angio dia pun..pengalaman tu mcm jaga orang dalam pantang...semua benda buat sebelum pergi kerja..dan sambung semula lepas balik kerja...alhamdulillah masa tu tempat kerja sepelaung jer dengan rumah (takde la sepelaung..tapi klu watson nyambek tu berlari sap sap soi 5 min dah sampai...)

Bila tiba giliran saya...mak suruh stay rumah keramat...adoiii...mak tu pun tak larat baru lepas masukan pacemaker..sian nurul..nak jaga opah, atuk dan tiba2 angah...tak pa la...sejukkan hati orang tua..lepas doktor kata boleh discharge dah settle semua balik la ke keramat...tidur semalam...memandangkan katil ada dua..so saya tidur atas katil hospital...(owh..katil ni belikan untuk mak sebab senang nak dudukkan mak)..mak pakai siang jer..malam mak tidur dalam bilik dengan anak sedara...kebetulan mak sedara dari kajang datang bawakkan lauk untuk mak...tumpang la sekaki...

So keesokkan harinya mintak elok2 dengan abah n mak...cakap takpe la angah berpantang kat putrajaya..angah ok..lagipun dah ada orang offer untuk masak lauk berpantang...bukan apa tak nak tunjuk kat mak n abah yg kita sakit...so kita ceria2 jer la...must show that we strong...yang penting depa dah tengok kita ok...

So lepas cuci luka balik la kami ke putrajaya...petang tu juga order lauk berpantang untuk seminggu dari foodzyla...sekali dengan garlic krak kruk, ikan bilik masak dengan halia...sedap2 lauknya..kalau satu bekas plastik tu boleh makan berdua untuk tengahari dan malam...abang gebu kalau dia rasa nak goreng telur dia goreng...papa zul pulak masakkan ikan haruan yang dia beli masa ke raub, pahang...alhamdulillah...ada staff office yang bagi pati ikan haruan..tapi teman tak lalu nak minumnya...wekkk...ada la few staff yang tolong masakkan lauk bila saya request...hehehehehehe..

yang penting elakkan makan makanan yang boleh mendatangkan kegatalan dan kelambatan luka2 untuk baik. Tang makanan dah tip top..tapi memandangkan letak ghauze so kena la ubuh selotep putih tu kan...owhh..rupa2 saya ni allergic lak dengan gam selotep tu. Bukan selotep tu jer...ada la mintak staff tolong belikan bra tanpa dawai..walaupun dah basuh dulu tetapi tetap allergic..mungkin material kut..tambah ada renda2 tu...

Bila ke KL ambik borang CT Scan, tanya la nurse kenapa kat payudara tu gatal2..tu nurse yang bagi tau mungkin allergic selotep tu..so dia tolong cucikan luka..dan balut guna selotep 3M..selotep ni dari kain...bila check kat farmasi..sekotak RM60...uish..selotep sebelum ni RM3.90 jer...hantam jer la...

lagi satu...mana2 balutan kita jangan biar sampai 24 jam yer..kena tukar at least 2 atau 3 kali sehari...sebab saya pernah kena la saya bagitau...walaupun guna selotep mahal..tetap kulit ku tetap tersoyat sekali dengan selotep tu bila nak bukak untuk mandi...adoiii...sakit tetek tak abis lagi tambah sakit lain...iskh..iskh..iskh...

2 hari berehat...hari rabu masuk ofis jap...khamis demam...hahahahaha..tapi jumaat datang sebab ada top management meeting...sabtu dan ahad flat...senin membawa ke jumaat still masuk ofis tapi half day jer la..pandai2 la depa siapkan kerja..apa2 hal call..or naik atas jumpa kat rumah...

Friday, October 30, 2020

My First Operation - Minor jer punnn

Assalammualaikum,

Bersiaran lagi kita yea. Owh! saya tak WFH..kena WFO..tapi waktu bekerja dari pkl 10 am sampai pukul 2pm. Tapi kadang2 terlajak sampai pukul 3 atau 4 bila client nak CV or report hari tu juga2...

Ok back to tajuk. Seperti sedia maklum, saya menjalani pembedahan minor untuk membuang ketulan di payudara kiri pada hari Jumaat (9/10/2020). Minor pun..merasa la dibius keseluruhannya...pakar2 bius siap ajar mengucap sambil baca ayat2 suci sampai la saya tidak sedar keseluruhannya...

Jangkamasa di bilik bedah dan sedar semula serta dihantar masuk ke dalam wad adalah lebih kurang 3 jam lamanya...alhamdulillah...sebab dok risau juga bila doktor bius kata saya mungkin tak kan sedar lps operation due to related things yang saya terangkan before...

Owh..memandangkan kes covid sedang mengganas maka Abang gebu tak boleh tunggu..even lps jumaat dia nak naik dengan anak sulung tak lepas...cuma lepas isyak baru dapat tengok..tu pun merayu kat abam polis bantuan kat bawah..yea la bini kena operate..nak call siapa nak tau bini ok ke tak...cuma sebelum operate ada la nurse cakap yg mereka akan call kalau ada apa2 berlaku... 

Masa nak ke bilik bedah pass hp pada nurse...dan immediately di letakkan atas katil sendiri dah disuruh pakai baju hospital...saya cakap la..baju tu tak muat...tang perut ketat bila kancing...hehehehehe..katanya size L yg paling besar..adoiii...so mintak la tlg pakaikan baju yg kancing depan bwk dr rumah...

Nurse tanya ada rasa pening, loya2 ke, nak muntah ke..saya cakap takde..cuma nak kencing jer..hehehehehe...dn dengan selamba rock saya bangun ke bilik air menunaikan hajat.  Owh...saya duduk dalam wad kelas 1 tapi 4 katil. Sebenarnya doktor bg wad kelas 3. Tapi masa kat kaunter pendaftaran..kerani tu tanya..puan nak duduk wad kelas 1 tak...tanya la berapa deposit kena bayar..sedangkan nampak jer kat situ terpampang bayaran ikut kelas...hehehehehe...sajer nak gurau2. Owh deposit RM1,650. Klu katil berempat bed charge RM75..kalau bilik seorang..RM120...baik la bilik berempat ada geng nak berborak. 4 hari dengan kos perubatan dan pembedahan kena la dalam RM840...kira ok la tu..kalau swasta tak tau la berapa yang di chargenya...Chef Wan..his mum mak Aini yg d diagnose kanser payudara tahap 4..kos2 nak buat operation jer dianggarkan dekat RM200k..klu buat procedure radioterapi mungkin separuh atau puluh2 ribu...tu orang yang berduit...kita ni ikut kemampuan...

Further, hospital kerajaan banyak yang pakar...klu ambik insurance depa cover sampai rawatan susulan ker...or just kos untuk operation...end up p hospital kerajaan juga...baik la dari awal...apa2 pun tepuk dada n tepuk poket la..klu nak selesa... tambah2 pandemic ni...

Ok berbalik lps tunaikan hajat...jalan la p kaunter..nak tanya hp..masa tu doktor yang bertugas tanya...eh..apa kat baju puan tu..saya pun tengok la...iskh..iskh..iskh..darah....uittt...semua kelam kabut..puan jangan jalan lagi..pegi kat katil..jap lagi doktor datang tengok...eh...gua ok la...

oooo..rupa2nya doktor tinggalkan macam ada lubang sket untuk drain off the fluid. Kalau yang buat mastocomy depa ubuh mcm tiub...tapi kes saya tak...so..the doktor n nurses bersihkan la darah2 tu and tampal ghauze..

Esoknya doktor2 pakar ronda..katanya kalau petang darah masih keluar so tak boleh discharge...teman sebilik yg buang breast sebelah operate hari yang sama boleh discharge...adoiii..malam tu tinggal la sorang2. Serius..malam hari kedua baru rasa tengkok sakit..badan2 sakit...berat badan..nak gerak pun sakit  tapi pegi toilet selang sejam dengan tak boleh tidurnya...alhamdulillah esoknya boleh discharge...tu pun dah petang...

Tapi isnin masih kena p klinik untuk cuci dan buang all the tampalan...

So far dah lebih 20 hari...darah tak darah la still keluar but skala kecil sangat macam hujung kuku..

Rutin lepas mandi adalah kerja Abang Gebu cuci luka dengan ubat dan tampal ghauz..

11.11 nak buat CT Scan. Jumpa doktor pakar seminggu lps tu...

Doa la supaya bukan cancer sel...sihat la hendaknya...


Diagram kawasan yang kena bedah..bertanda x.

Monday, October 5, 2020

Biopsy to lym (entah ler susah nak nyebut dan ngejanya)

Assalammualaikum,

Bulan 8 kan ker ada buat ujian biopsy kat breast belah kiri. Then kena follow up dengan pakar on 29/9 untuk tahun keputusan makmal.

Guess what...tak boleh detect samada cancer or non-cancer...Then pakar kepada pakar decide untuk buat operation. Kaedahnya ambil sebahagian kawasan lump tu...buat ujian..klu keputusan positif kena operate sekali lagi buang semua kawasan terlibat termasuk kelenjar bawah ketiak...

So.......operation will be schedule this Friday 9/10/2020. Masuk wad sehari sebelum. Last week agak hectic juga la..ulang alik Putrajaya-KL-Putrajaya. Khamis jumpa anestetic...depa bagi penerangan tentang cara and kaedah bius...details betul interviewnya...Jumaat kena buat ujian covid..maklumlah nak operate kan...sabtu tengok mak lagi...ahad rehat jer la..tu pun sempat p Malakat Mall kat cyber dan beli bunga..(AG ada hobi baru..nak menanam katanya).

Soalan2 dari anes adalah...

1. Naik tangga berhenti2 tak (klu berlari naik tangga takde la..slow la naik tapi takde berhenti..sampai atas baru ambik 2 3 nafas 

2. Klu buat kerja rumah sket dah sesak nafas ke?, Hmmm...so far takde...siap boleh mop lantai..cuci kipas..masa rajin la...klu malas sapu sampah jer..

3. Masa memandu mcm mana ada pernah tertidur kat traffic light ke. or during heavy traffic  (never yea..inshallah saya concentrate kat jalan), 

4. Klu sebagai penumpang untuk journey lebih dari sejam ada tidur tak?...ohhh doktor saya takkan tidur coz klu my husband yg drive mmg saya kena alert...dia bawak kereta laju..klu slow mengantuk katanya...why alert sbb kena pastikan tak shoot by AES, langgar lampu merah ke..lori or kereta yg tiba2 brek...TAPI klu saya yg bawak..jangan kata my husband..semua penumpang yg pernah naik kereta dgn saya akan tidur..well bukan la kata bawak slow..im follow the speed rules..rasa2 nak pecut..tengok keadaan...lps tu takde la brek emergency bagai...segala lubang langgar...mcm kata tadi..selalu alert maa...

5. Tidor malam berdengkur tak? klu super penat yes...if not orang sebelah yg lagi kuat berdengkur..hehehehehe

6. banyak lagi sebenarnya...

Kebetulan hari tu ujian ECG ada rythm yg sket slack...mana taknya...ground floor ke first floor naik tangga, lps tu jalan ke lift parking untuk naik ke tingkat 7 ke 8 lupa lak..masuk klinik...sbb dari klinik tingkat satu dok tahan kencing..bergegas ke toilet lepaskan hajat...rush balik ke klinik..baru bontot duduk atas kerusi kena panggil masuk bilik. BP pun naik 138/91...luckly bacaan gula 5.0...

Why doktor tanya...sbb katanya nak bius penuh..tapi sebab faktor ada darah tinggi lps tu tidur berdengkur..it might be masa tak sedar tu sy mungkin akan mengalami masalah pernafasan...either two..lps operate ubat bius abis terus sedar or klu tak sedar kena masuk NICU...kira kena pantau la..if ok then baru hantar ke wad.

Macam serius jer kan...doktor kata itu andaian mereka sahaja...doakan semoga segalanya dipermudahkan...

Well guys..to my reader...ampun dan maaf seandainya tulisan saya menguris hati anda..bukan niat saya..sekadar berkongsi cerita tentang diri, keluarga, rakan2 dan keadaan sekeliling...andai panjang unur kita bersiaran lagi yea...

Assalammualaikum.