Thursday, January 8, 2009

KEJAM

Sedih..pilu..geram...
Kenapa anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa
Allahhuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar
Hanya kepadaMU kami memohon pertolongan
Photo ehsan Utusan Malaysia
Untuk Pejuang-pejuang Palastien
Samarkand
Dia antara debu, angin bersama
Pasir-pasir bertaburan di sana
Bersemadi langkah perjuangan
Bersaksikan kebenaran
Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Walaupun getir di tempoh jua
Dilaluan sutera
Mengalir ketenangan
Titis darah, mensua kekufuran
Mengerat rasa kasih padanya
Samarkand, kaulah pentas perjuangan
Indera alam, tertumpu padamu
Demikian kesetiaanmu
Perjuangan murni
Keagungan jiwa
Samarkand sebahagian dari kebangkitan
Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Tak hiraukan kekejaman
Semakin tertekan
Iman makin terbukti
Samarkand sebahagian dari kebangkitan
Tajuk lagu : Samarkand
Nyanyian : Kump Bloodshed

Outing- Cameron Highland

One sweet day within school holiday.
Tak ada perancangan main redah aje.
On the way try to call well known hotel.
Well, what do we aspect. Padan muka masing2.
FULLY BOOK!!!!!.
Last2 tido kat IPOH. Nasib baik ada geng, dapat gak hotel.

Early in the morning terus shoot ke Cameron via Simpang Pulai. Sunday, school holiday -Tringkap, Blue Valley, Kea Farm, Brincang, Tanah Rata...traffic jem tu. Even nak park pun leceh.


My two Philipine tourist.




Photos below mostly was taken within Old Smoke House.
Having our lunch here before continue our journey back home via old road.









P/s - this entry especially to Mr. Nishad in Qatar - have a nice view

Monday, January 5, 2009

Karikatur

Date : 03/01/2009
Venue : AEON Jaya Jusco, AU2

Selesai sessi diskusi dengan En. Shah (Score A) kat Sakura Kristal Restaurant, aku dan 2 orang anak sedara aku (Loqman Hakim & Nurul Adlin) nak ke 1st floor ke kedai buku SKH Bookstores. Masa nak ke atas kitaorang terserempak dengan brother ni. Ada notis RM10 for black & white, RM20 for Colour.

Aku tanya la boleh tak lukis gambar kitaorang bertiga. Sure la dia cakap boleh kan!!!. Business maa.....Harharharharhar.



Ni le hasilnya.

Tips kalau nak suruh lukis ramai2.
Korang tanya dulu berapa hinggit semua sebelum lukis.
Sebab RM10 adalah HANYA utk satu kepala sahaja.
Kalau 3 orang=RM30.
Kalau korang ada lima orang baik korang suruh lukis muka sorang satu dlm kertas A4
PUAIH ATIII....
Good job bro..apa tah nama dia lupa nak tanya.

Friday, January 2, 2009

Welcome 2009

Antara mesej tahun baru yg aku dapat, yang satu ini mencuit perasaan. Kita kongsi la ek...

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari. DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari...rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan, rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan, sekiranya kita tabah dan terus berusaha"

Ada lagi.....

"Tak selamanya mendung itu kelabu. Habis gelap timbulah terang. Begitu juga gelapnya malam akan didatangi fajar yang indah. Tapi sayangnya kita jarang peduli kerana kita sudah anggap itu lumrah alam. Kasih ibubapa ibarat jalan yang tak putus, kasih anak sepanjang galah..."

Tang galah itu aku sedikit konpius, maka berbalas2 la mesej aku dgn sahabat ini, at the end aku surrender, ngantok maaa...zzzzzzzzzzzzzzz....

Wishing a prosperous year in 2009 even though the indicators are telling tougher times ahead. Well, when going gets tough, the tough gets going...

Wednesday, December 31, 2008

Goodbye 2008

Dua hari terakhir sebelum 2008 melabuhkan tirainya.


Semalam dinner @ foodcourt LG Floor Bangunan Low Yat. Apa kemaruk tah nak pekena japanese food. Hidangan atas tu untuk seorang (kalau betul2 lapar la)...tapi pada aku 3 orang boleh makan ni. Apa-apa hal pun aku suka california rolls. Japanese food tapi nama omputeh -apa cerita?


Sehari sebelum 2008 labuhkan tirainya.

Menemankan rakan seopis menginspect property kat Bolton Industrial Park -Gombak. Konon-konon for lunch aku ajak pekena western food kat friske, sebab TUTUP - kitaorang end up kat sini.



Lepas makan p lak ke Jalan Tun H. S. Lee.
Hotel Malaya - Hmmmm...sound familiar...bukan ker hotel ni Al-tut-tut-tut duduk...


Meninjau lokasi Cicakman 2. Heh! apa barang....
Macam mana bole sesat atas ni...macam biasa kerja macam aku ni nama pun kalau inspect property, segala ceruk tempat kena la pegi. Walaupun ke atas bumbung bangunan.
Good bye 2008

Nota kaki kerang : To La Tahzan - kita panjat lagi tinggi wooo...kalau jatuh bukan patah lagi...mau berkecai. harharharhar

Tuesday, December 30, 2008

Suatu Masa

M. Nasir
Suatu Masa
Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima
Nota kaki kerang : SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H DAN 2009 kepada kalian.

Tuesday, December 23, 2008

kempen Derma Darah

Date : 23/12/2008
Venue : Level 2, Bangunan opis aku, Jalan Sultan Ismail

Hari ini tuanpunya bangunan opis aku anjurkan kempen derma darah. So aku dgn kengkawan sepejabat seperti zira, iszian, norsiah, azna n kak hawa turun utk mendermakan darah.
Kiranya hari ini dah 7 kali la aku derma darah.




Dapat sijil lagi tu.