Monday, March 3, 2025

Kenduri Doa Selamat dan Tahlil Untuk Mak

Assalammualaikum, 

Sehari selepas birthday teman, iaitu pada 20.2.2025, kami sekeluarga buat kenduri doa selamat dan tahlil untuk arwah mak dan adik-adik serta sempena kedatangan Ramadhan.

Memandangkan adik beradik yg tinggal semua dah masuk kategori OKU, hehehehe....kali ni kami upah orang jer memasak. Menu utama mesti ada kambing. Lokasi pun buat kat surau jer. Senang..ramai orang tolong sediakan juadah, kemas dan basuh pinggan mangkuk. Yea la..malam jumaat..esok kerja..kalau buat kat rumah..mau keesokkan harinya cuti.

Alhamdulillah, kedatangan kawan2 mengaji dan marhaban arwah mak seramai 45 orang semuanya datang. Kawan2 abah pun ramai juga..senyum abah.. yea la jumpa kawan2 lama..boleh menyembang..kalau tak duduk jer dalam rumah. Cuma hari tu abah hentam minum nescafe tarik..seminggu lepas tu masuk hospital balik...


Tenghari tu fetch abang sulung di KL Sentral, yeop naik train dari Senawang. 


Yang kuban-kuban jer yeop beli..





Sebelah abah tu Imam 1. 


Kat dalam surau, ramai lagi kawan mak yg makan.

Apa2 pun alhamdulillah semua berjalan lancar..ngam2 habis makan..hujan pun turun dengan lebatnya..semua balik ada senyum..perut ada kenyang.


7 comments:

Suria Amanda said...

Alhamdulillah selesai majlis, semoga semuanya dipermudahkan..buat Abah semoga cepat sembuh..dah keluar ward ke belum tu?

Mulan said...

Happy Belated Birthday. Moga panjang umur dan murah rezeki nya.
Moga abah dah sembuh. Alhamdulillah lancar majlisnya.

fzy fuzzy said...

Alhamdulillah..semalam jer abah baru keluar dari wad.

fzy fuzzy said...

Terima kasih. Aminnn...

anamizu said...

Alhamdulillahhhh selesai ye.. "Pancit Tatak Hipon" lain maciammmm tagline mee tu hehe

fairus said...

Semoga segala kebaikan yang dilakukan, pahalanya sampai kepada arwah..

Roziah @ Cie said...

Alhamdulillah selesai dah kendurinya.